Mungkin sudah sampai masanya kanak-kanak kecil anda beralih ke susu formula kanak-kanak kerana peningkatan usianya. Terdapat banyak pilihan susu formula di pasaran. Namun pernahkah anda mendengar mengenai susu organik kanak-kanak?
Dengan begitu banyak pilihan susu formula, sukar untuk mengetahui apa yang terbaik.
Mungkin makanan organik biasa didengar, namun bila sebut susu organik mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah ia.
Apakah susu organik kanak-kanak?
Susu organik dihasilkan daripada lembu yang hanya memakan rumput organik, bebas daripada racun perosak, unsur kimia dan hormon pembiakan.
Ia dilakukan supaya susu yang dihasilkan lebih sihat dengan kandungan asid lemak omega 3 dan asid lemak terkonjugasi yang lebih tinggi berbanding susu biasa.
Cara semulajadi memproses bahan makanan dan susu ini juga tidak mengakibatkan pencemaran alam sekitar.
Susu organik juga tidak diproses melalui sinaran dan bahan tambahan kimia lain. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) susu organik sebagai makanan semula jadi kerana ia cenderung mempunyai rasa lebih segar daripada susu bukan organik.
Kenapa perlu beralih kepada susu organik dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Ada beberapa pilihan susu organik kanak-kanak kecil di pasaran antaranya termasuk susu organik kanak-kanak keluaran Bellamy’s Organic EQUISPIRE yang menjadi pilihan utama ibu-ibu di Australia.
Ia juga susu organik kanak-kanak nombor satu Malaysia untuk memulakan hidup yang sihat.
Tidak semua susu lembu dihasilkan sama jadi mengapa anda perlu mempertimbangkan formulasi EQUISPIRE dari rangkaian Bellamy’s Organic untuk anak anda?
Ini kerana Bellamy’s Organic EQUISPIRE hanya membuat formula susu organik dan berkhasiat yang disahkan. Selain itu anda boleh yakin bahawa anda memberi anak-anak anda permulaan yang baik untuk hidup.
Diasaskan pada tahun 2004 oleh seorang ibu dari Tasmania, Bellamy’s Organic EQUISPIRE kekal dengan misi pengasasnya untuk mencipta makanan organik yang ringkas, berkhasiat dan bebas daripada semua perkara yang tidak baik.
Ini sebabnya kenapa anda perlu memilih formulasi EQUISPIRE dari Bellamy’s Organic untuk anak anda:
#1. Mendapat pengiktirafan daripada badan pensijilan bertauliah
Susu organik kanak-kanak rangkaian Bellamy’s Organic EQUISPIRE mendapat pengiktirafan daripada dua badan pensijilan bertauliah Australia iaitu The National Association for Sustainable Agriculture Australia (NASAA Organic) dan Australian Certified Organic (ACO Certified Organic). 100% produk Bellamy’s Organic EQUISPIRE disijilkan dua badan berkenaan.
#2. Dihasilkan di Australia
Ia 100% dihasilkan di Australia dan diimport khas dari negara berkenaan menyebabkan tiada risiko pencemaran makanan.
#3. Tiada bahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan
Lembu susu Bellamy’s Organic EQUISPIRE tidak dirawat dengan antibiotik dan tidak disuntik dengan hormon pertumbuhan.
#4. Tiada racun perosak sintetik
Padang ragut Bellamy’s Organic EQUISPIRE tidak disembur dengan racun perosak sintetik. Tanah juga tidak dirawat dengan baja sintetik.
#5. Tiada bahan diubahsuai secara genetik (GMO)
Lembu Bellamy’s Organic EQUISPIRE tidak diberi makan dengan bijirin, jagung atau soya yang diubahsuai secara genetik.
Jadi apa tunggu lagi, beralihlah kepada susu organik kanak-kanak formulasi EQUISPIRE dari Bellamy’s Organic untuk gaya hidup sihat.
Bukan untuk kanak-kanak di bawah umur 1 tahun. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan menyediakan pemakanan seimbang yang optima serta memberi perlindungan semasa tumbesaran dan perkembangan. Sila mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!