X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

8 Tanda Bayi Alami Alahan Formula, Ibu Ayah Harus Lebih Peka Tentang Susu Formula Bayi!

7 min bacaan
8 Tanda Bayi Alami Alahan Formula, Ibu Ayah Harus Lebih Peka Tentang Susu Formula Bayi!

Jika ibu bercadang ingin memberikan susu formula pada si kecil, pastikan anda alert dengan tanda-tanda alahan ini.

Sememangnya, susu ibu adalah makanan terbaik yang sangat bagus untuk anak kecil. Namun, jika ibu memilih susu formula, anda perlu perhatikan juga tanda alahan susu formula pada bayi anda bagi mengelak sebarang masalah kesihatan pada si kecil. Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Apa itu alahan susu formula?
  • Perbezaan alahan susu formula dengan lactose intolerance?
  • Tanda bayi alami alahan susu formula

Bukan hanya susu badan saja ibu berhadapan cabaran, tapi menggunakan susu formula juga ada kesukaran yang perlu dilalui si ibu!

Contohnya seperti penolakan bayi terhadap botol susu atau alahan yang sering kali dikaitkan dengan susu formula yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan bayi. 

Isi Kandungan

  • Apa itu alahan susu formula?
  • Perbezaan alahan susu formula dengan lactose intolerance
  • Tanda bayi alami alahan susu formula
  • 8 tanda bayi terkena alahan susu formula
  • Rawatan untuk bayi alahan susu formula
  • Tips menukar susu formula anak 
  • Bila perlu jumpa doktor?

Apa itu alahan susu formula?

Alahan susu formula tidak ada kaitan dengan protein susu lembu atau sistem imun1, dan sebaliknya berkaitan dengan sistem pencernaan. Anak anda mungkin mengalami keadaan najis berdarah beberapa hari selepas dia minum susu formula. 

Walaupun ia adalah salah satu alahan yang biasa dikaitkan dengan bayi, alahan susu formula hanya menjejaskan anggaran 2 hingga 3 peratus bayi.

Lebih mengelirukan apabila ramai ibu ayah tidak menyedari perbezaan antara alahan susu formula dan intoleransi terhadap laktosa.

Perbezaan alahan susu formula dengan lactose intolerance

Jadi apakah perbezaan alahan susu formula dengan lactose intolerance2?

Lactose intolerance disebabkan oleh kekurangan enzim laktase, yang diperlukan untuk memecahkan laktosa iaitu gula yang terdapat dalam susu dan produk tenusu lain. Manakala, alahan susu formula adalah alahan makanan sebenar yang disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap protein dalam susu.

Menurut pakar kedua-duanya adalah sangat berbeza yang mana alahan susu biasanya muncul pada awal kehidupan seseorang dan lactose intolerance mengambil masa untuk berkembang dan boleh berlaku pada mana-mana peringkat dalam kehidupan.

Lactose intolerance boleh jadi disebabkan:

  • Masalah genetik
  • Kerosakan usus kecil akibat jangkitan virus atau bakteria
  • Biasa berlaku dalam populasi tertentu (kalangan orang Asia, Afrika-Amerika)
  • Meningkat seiring usia
  • Biasa berlaku pada orang lebih dewasa
  • Mereka yang mengalaminya akan merasakan gejala antara 30 minit hingga 2 jam selepas minum susu3 atau produk tenusu

Gejala lactose intolerance:

  • Sakit perut
  • Kembung perut
  • Loya
  • Perut berangin
  • Cirit-birit

Alahan susu formula dikaitkan dengan:

  • Biasanya hanya merujuk kepada susu lembu
  • Boleh juga jadi alahan kepada susu lain termasuk soya
  • Kerap berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
  • Boleh terjadi pada sebarang umur
  • Alahan paling biasa di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun
  • Biasanya hilang menjelang umur anak 5 tahun

Tanda bayi alami alahan susu formula

Reaksi alahan terhadap makanan berasaskan susu boleh bermula dalam beberapa minit atau selama beberapa jam. Gejala mungkin termasuk:

  • Masalah sistem penghadaman – Sakit perut, cirit-birit, sembelit, loya
  • Masalah kulit – Bengkak pada bibir atau tekak, muka dan kawasan mata, mata merah dan ruam, ekzema berterusan walaupun sudah menerima rawatan
  • Tanda awal demam – hidung berair, mata berair
  • Sukar bernafas
tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi, tanda susu formula tak sesuai, susu formula tidak sesuai dengan baby, susu formula, alahan susu formula, kesan penggunaan susu formula, bayi sensitif susu formula, bayi ada alahan susu lembu, susu lembu

Kredit: Healthy vitagarden

Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi boleh dilihat dari segi reaksi dan tindak balas anak, kerana setiap bayi mengalami reaksi dan simptom yang berbeza-beza bergantung pada berapa banyak jumlah susu atau produk tenusu yang diberikan.

Oleh sebab itu, ibu ayah perlu lebih peka kerana jika tidak disedari, ia boleh membahayakan nyawa si kecil. Biasanya ia dikenali sebagai alahan tenusu atau alahan susu lembu.

Selalunya alahan tersebut akan muncul selepas satu minggu susu formula diperkenalkan pada bayi. Walau bagaimanapun tiada ubat yang dapat merawat alahan susu lembu itu tapi ibu hanya boleh mengelakkanya dengan tidak mengambil produk tenusu atau susu lembu.

8 tanda bayi terkena alahan susu formula

#1. Cirit-birit/sembelit

Selepas memberi bayi minum susu lembu, perhatikan sama ada najis si kecil keras, lembut, kental, berubah warna dan lain-lain. Selain itu, tanda alahan juga boleh dikenalpasti apabila bayi berak sembelit atau cair disertai dengan darah.

Jika keadaan berterusan tanpa dirawat, si kecil boleh kehilangan berat badan yang optimum sekaligus mengganggu tumbesarannya.

#2. Sakit perut atau kembung

Ibu juga perlu perhatikan jika bayi mengalami sakit perut atau kembung kerana minum susu lembu. Bagi permulaa,n mungkin anda boleh sapu minyak di bahagian perutnya bagi melegakan sedikit ketidakselesaan si kecil.

Namun, jika masih tidak surut sebaiknya hentikan memberi susu formula dan terus bawanya berjumpa doktor.

#3. Muncul bintik merah

tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi, tanda susu formula tak sesuai, susu formula tidak sesuai dengan baby, susu formula, alahan susu formula, kesan penggunaan susu formula, bayi sensitif susu formula, bayi ada alahan susu lembu, susu lembu

Biasanya bintik merah ini muncul apabila bayi terdedah dengan suhu panas atau berpeluh. Namun, ada juga bayi yang mengeluarkan bintik merah kerana alahan terhadap susu lembu.

#4. Masalah pernafasan

Disebabkan alami gangguan sistem pernafasan maka akan terhasilnya lendir berlebihan hingga membuatkan nafas bayi berbunyi. Ia diiringi dengan simptom bersin, gatal hidung dan mata atau berubah menjadi merah.

#5. Muntah

Ramai ibu beranggapan bayi muntah itu mungkin terlebih minum susu, bayi tidak biasa dengan susu formula atau kurang suka dengan rasanya. Tapi muntah ini juga boleh jadi disebabkan si kecil tidak selesa atau rasa sesak di bahagian kerongkong.

#6. Ruam

Ruam juga tanda yang sering dialami bayi yang ada alahan terhadap susu lembu dan jika tidak dirawat dengan cepat ia boleh menyebabkan risiko yang lebih besar seperti ekzema dan asma.

#7. Batuk

Bayi batuk juga disebabkan alahan terhadap susu lembu yang dimulai dengan suara serak dan kemudian kerap batuk selepas minum susu ini. Oleh sebab itu, ibu tak boleh pandang remeh jika gejala ini muncul.

#8. Hidung berair

Lihat juga jika bayi alami hidung atau mata berair hingga menimbulkan rasa gatal seolah-olah ingin menggaru di bahagian tersebut. Apapun, segera henti memberi minum susu tersebut dan bawanya berjumpa doktor.

Rawatan untuk bayi alahan susu formula

Antara perkara yang mungkin doktor anda akan syorkan sekiranya mendapati mengalami alahan terhadap susu:

  • Jika bayi diberi susu formula:

Pakar pediatrik anda mungkin akan mencadangkan bertukar kepada susu formula lain. Oleh kerana ramai bayi yang mengalami alahan susu juga alah kepada soya dan kepada susu kambing, doktor mungkin mencadangkan susu formula hipoalergenik dengan protein hidrolisat, yang mempunyai protein susu yang sudah terurai sebahagiannya, jadi ia berkemungkinan kurang menyebabkan reaksi.

  • Jika anda menyusu badan:

Pakar pediatrik anda berkemungkinan akan mengesyorkan agar anda mengelakkan produk tenusu dalam diet anda untuk melihat sama ada ia memberi perubahan kepada bayi anda.

Walaupun ia mungkin mendatangkan rasa tidak selesa pada anda, tetapi ia mungkin jalan terbaik. Pastikan anda dapatkan kalsium daripada sumber lain kerana ia sangat penting untuk tulang anda!

Tips menukar susu formula anak 

tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi, tanda susu formula tak sesuai, susu formula tidak sesuai dengan baby, susu formula, alahan susu formula, kesan penggunaan susu formula, bayi sensitif susu formula, bayi ada alahan susu lembu, susu lembu

  • Beli susu dalam paket kecil atau boleh juga mohon sampel percuma dari pengeluar susu tersebut.
  • Berikan dulu dengan sukatan kecil sekurang-kurangnya 2 onz.
  • Sentiasa pantau keadaan anak jika mengalami sebarang perubahan.
  • Meskipun ada sesetengah susu tidak memberikan tindak balas dengan cepat namun ia tidak bermakna yang ia selamat seratus peratus kerana ada alahan yang muncul cepat dan ada yang sedikit lewat.
  • Jika semua tindak balas itu muncul seperti yang diterangkan tadi sebaiknya hentikan pemberian susu formula tersebut dengan serta merta.

Bila perlu jumpa doktor?

Mungkin ada yang merasakan alahan kepada susu adalah masalah biasa. Namun elok anda berjumpa doktor sekiranya:

  • Bayi anda menunjukkan tanda sukar bernafas kerana dikhuatiri ada pembengkakan kepada organ dalaman akibat alahan
  • Anak alami sawan
  • Tiada perkembangan baik walaupun sudah diberi ubat dan sebagainya

Ya, tugas mencari susu formula ini semakin sukar, terutama bila lambakan susu yang terlalu banyak di pasaran. Jadi ibu harus sabar dan memilih susu yang sesuai dengan lebih berhati-hati.

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

American Academy of Pediatric (February 11,2009). Food Allergy Reactions. www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/Food-Allergy-Reactions.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  6 Tips Berguna Bagi Memilih Susu Formula Terbaik Untuk Si Kecil Anda

Baca juga: Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

Baca juga:  6 Susu Formula Tahap 3 Terbaik & Penuh Khasiat Untuk Si Cilik Anda!

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 8 Tanda Bayi Alami Alahan Formula, Ibu Ayah Harus Lebih Peka Tentang Susu Formula Bayi!
Kongsikan:
  • Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

    Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

  • 11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

    11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

    Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

  • 11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

    11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.