X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

Mencari susu formula terbaik untuk anak 1 tahun ke atas? Susu formula langkah 3 haruslah mengandungi nutrien dan khasiat khusus buat si manja.

Susu merupakan makanan asas yang diperlukan oleh setiap kanak-kanak yang sedang membesar. Sama seperti perkara lain, ibu ayah pasti ingin memberikan susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun.

Namun begitu, dengan pelbagai jenama susu di pasaran, kita pasti teragak-agak untuk memilih yang terbaik buat anak. Usah risau, kami di theAsianparent sedia membantu anda.

Kanak-kanak digalakkan untuk minum susu formula langkah 3 di mana ia dirumus bersesuaian dengan keperluan pada usia 1-3 tahun.

Isi Kandungan

  • Tips Pemilihan Susu Formula Langkah 3 Terbaik
  • Susu Formula Terbaik Langkah 3
  • Spring Sheep
  • Dumex Dugro
  • Enfagrow
  • Frisolac
  • NAN
  • S-26
  • Karihome
  • Similac
  • Dumex Mamil
  • Nestle
  • Anmum
  • Nestle Nespray
  • Fernleaf
  • Fernleaf Calciyum
  • Perbandingan Harga

Perkara Penting Perlu Dititikberatkan Ketika Pemilihan Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

Semasa memilih susu formula terbaik untuk anak, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan seperti:

  • Kandungan nutrien yang mencukupi untuk perkembangan otak dan tumbesaran fizikal si manja 
  • Jenis susu formula sama ada susu lembu, susu soya, susu kambing dan sebagainya
  • Kesesuaian umur kerana setiap susu formula dikhususkan mengikut khasiat untuk usia tertentu
  • Alahan Jika si kecil anda mengalami alahan, pastikan ada mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak dalam mendapatkan pengesyorannya tentang jenis susu formula yang patut anda gunakan.
  • Nutrisi Susu formula perlu dirumus berdasarkan panduan pemakanan. 

Bagi membantu anda, jom ikut senarai susu formula langkah 3 yang menjadi pilihan kami.

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Di Malaysia

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun
product image
Spring Sheep New Zealand Gentle Sheep Toddler Milk Drink
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Inovatif
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Dumex Dugro Step 4 (850g)
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Keseluruhan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Enfagrow A+ Stage 3
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Untuk Perkembangan Minda
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Frisolac Gold Step 3
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Premium Jenis Susu Lembu
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
NAN Optipro Step 3
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Kurang Alergen
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
S-26 GOLD Progress
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Harga Ekonomikal
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Karihome Growing Up Formula Step 3
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Susu Kambing
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Similac Intelli Pro Formula Step 3
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik DHA +7
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Dumex Mamil Langkah 3 D-GestPro 
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Tiada Sukrosa
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Nestle Lactogrow Step 3
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Harga Berpatutan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Anmum Essential Gold Step 3
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik 15 Nutrien Penting
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Nestle Nespray Cergas
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Tinggi Protein Dan Kalsium
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Fernleaf Milk Powder for Children 1 - 3 years
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Untuk Perkembangan Dan Pertumbuhan Tulang
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Fernleaf Calciyum Chocolate
Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Baik Untuk Usus
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Spring Sheep Gentle Sheep Toddler Milk Drink (Step 3)

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Inovatif

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

Susu formula langkah 3 Spring Sheep ini diformulasikan khas oleh pakar untuk kanak-kanak berusia 1 ke 3 tahun yang mana diet harian si comel anda mungkin boleh mendapat lebih manfaat daripada makanan tambahan ini.

Yang terbaiknya lagi adalah susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun ini juga diperbuat daripada kebaikan susu biri-biri premium yang diberi makan rumput dari New Zealand yang tidak mengandungi protein A1 yang boleh dijumpai di dalam susu lembu. Protein A1 dikatakan boleh dikaitkan dengan ketidakselesaan pada sesetengah orang. Susu Spring Sheep Gentle Sheep ini juga kaya dengan Omega 3 DHA. 

Apa yang kami suka?

  • Selesa untuk perut si kecil
  • Dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 1-3 tahun sebagai makanan tambahan ke dalam diet harian mereka.
  • Sesuai untuk semua kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif terutamanya kanak-kanak yang sensitif terhadap susu lembu.
  • Sarat dengan 24 jenis vitamin dan mineral dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum.
  • Jenis susu biri-biri A2 semula jadi yang tidak mengandungi protein A1 seperti mana yang terkandung dalam kebanyakan susu lembu.
  • Sumber selamat, boleh dipercayai dan dijejaki
  • Bebas GMO
  • Tiada pewarna atau rasa tiruan. Bebas gluten.
  • Tiada campuran sukrosa atau monosodium glutamat (MSG)
  • Citarasa bersih, berkrim yang kanak-kanak suka

Spring Sheep New Zealand Gentle Sheep Toddler Milk Drink - RM123.00

dari Spring Sheep

5/5
product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Dumex Dugro Asli/Chocolate Step 3, 4, 5

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Keseluruhan

susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun

Ingin kukuhkan imuniti dan perkembangan si manja semasa keadaan yang mencabar? Pastikan si manja menerima nutrisi yang terbaik, diet yang seimbang dan sentiasa kekal aktif.

Dugro NextGen Nutri bukan sahaja merupakan salah satu jenama yang sudah lama berada di pasaran, malah kini ia mengandungi formulasi Zat Besi Aktif dan nutrien-nutrien tertinggi** yang diperlukan oleh si manja.

Menariknya, ia mengandungi kombinasi unik* zat besi tertinggi** dan vitamin C, 21 vitamin dan mineral untuk pertumbuhan Si Manja. Oh ya, anak pasti gemarkannya kerana ia juga ada dalam perisa coklat yang lazat!

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai.
  • Kombinasi optimum* Vitamin C: Zat Besi dalam nisbah 3 & 4, dalam lingkungan yang disarankan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan.
  • Tertinggi dalam DHA** (41.8 mg- 51.2mg/100g), Kalsium dan Zat Besi berbanding jenama lain (setiap 100g), berdasarkan label produk pada Feb 2021.
  • Kandungan DHA tertinggi**, kalsium dan dwi protein^.

Jika anda berminat untuk mencuba Dugro, anda boleh mendapatkan sampel percuma Dugro Susu Asli percuma di sini.

*Dengan kombinasi optimum Vitamin C: Zat Besi dalam nisbah 3 & 4, dalam lingkungan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meningkatkan penyerapan. 

**Dugro Asli dan Madu Langkah 3, 4 & 5 dan Coklat Langkah 4 &5 adalah tertinggi dalam DHA (41.8 mg- 51.2mg/100g), Kalsium dan Zat Besi berbanding jenama lain (setiap 100g), berdasarkan label produk pada Feb 2021 (Harga jualan yang disyorkan kurang daripada RM30 untuk pek 900g/850g) 

^60% protein dadih.

Dumex Dugro Step 4 (850g) - RM23.79

dari Dumex

5/5
product imageBeli di Shopee

Enfagrow A+ Stage 3

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Untuk Perkembangan Minda

susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun

Mead Johnson Nutrition telah mengeluarkan produk susu formula berkualiti tinggi Enfagrow A + Stage 3 dengan 360° DHA PLUS yang menyediakan khasiat untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan si manja.

Enfagrow A + Tahap 3 dengan 360° DHA PLUS adalah makanan tambahan susu untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun.

Ia mengandungi campuran nutrien unik yang penting untuk perkembangan mental dan fizikal secara keseluruhan.

Apa yang kami suka:

  • Diformulasikan dengan 360 DHA Plus untuk menyokong perkembangan mental dan fizikal anak anda secara keseluruhan.
  • Lebih mudah dicerna dan kurang alergi.
  • Kaya dengan kolin yang membantu menyokong keseluruhan fungsi mental.
  • Mengandungi prebiotik (GOS) merangsang pertumbuhan bakteria Bifidus yang baik untuk membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.
  • Kandungan zat besi membantu menyokong pertahanan semula jadi badan.
  • Diformulasikan untuk anak berusia 1 tahun hingga 3 tahun.
  • Terdapat dalam perasa asli dan vanila.

Enfagrow A+ Stage 3 - RM111.90

dari Mead Johnson

product imageBeli di Lazada

Frisolac Gold Step 3

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Premium Jenis Susu Lembu

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

Jika ibu mencari produk berkualiti, Frisolac bukan sahaja merupakan jenama yang dipercayai malah mempunyai rangkaian produk untuk ibu dan anak.

Friso Gold kini dengan NOVAS Milk Signature berkualiti tinggi, diusahakan dan diformulasikan di Belanda.

Buat pengetahuan anda,, susu dengan NOVAS ini merupakan Friso Gold yang dinaiktaraf  dengan molekul kecil yang kecil dan struktur lembut tanpa sukrosa atau perasa tambahan mudah dicerna oleh si manja.

Setiap lembu yang digunakan dalam mendapatkan susu ini akan diselidik terlebih dahulu, wah, memang sangat teliti!

Apa yang kami suka:

  • Tiada sukrosa tambahan.
  • Susu diambil dari lembu premium yang mempunyai diet tertentu dan dijaga dengan baik.
  • Struktur yang lembut.
  • Molekul semulajadi yang kecil.
  • Tiada perasa tambahan.
  • Untuk anak berusia 1-3 tahun.

Frisolac Gold Step 3 - RM88.68

dari Friso

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

NAN Optipro Step 3

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Kurang Alergen

susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun

NAN Optipro merupakan susu formula berasaskan formula protein terhidrolisis. 

Kanak-kanak terdedah kepada pelbagai alergen selama bertahun-tahun boleh mencetuskan perkembangan alergi. Jadi susu jenis ini boleh menjadi pilihan selain susu lembu.

Susu formula ini lebih mudah dicerna dan diserap malah protein ini lebih kurang alergen daripada protein susu lembu biasa, dan membantu tubuh dan minda si kecil anda berkembang dengan lebih baik!

Apa yang kami suka:

  • Protein yang dioptimumkan.
  • Lebih mudah dicerna.
  • Mengandungi DHA – ARA dan Probiotik yang baik untuk si manja.
  • Kurang alergen.
  • Tidak ada sukrosa tambahan.
  • Kurang 25% gula dan lebih 25% gula dari susu formula biasa.

NAN Optipro Step 3 - RM71.69

dari Nestlé

product imageBeli di Shopee

S-26 GOLD Progress

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Harga Ekonomikal

susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun

S-26 merupakan salah satu produk yang banyak terjual di Malaysia, bukan sahaja kerana harganya yang mampu milik malah rasanya juga enak untuk si manja.

S-26 GOLD® PROGRESS membantu memberikan sokongan pemakanan dengan formula yang paling terbaharu yang duformulasi secara saintifik. Produk ini mengandungi αlipids, ramuan kompleks unik yang dihasilkan menggunakan proses yang dipatenkan.

Anak juga dapat belajar dengan cepat dan sel-sel juga berhubung semasa dalam proses pembelajaran!

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi αlipids dengan sphingomyelin dan fosfolipid; struktur penting yang membina struktur sel saraf, isyarat dan mielinasi (proses yang membolehkan sambungan otak cepat dan cekap)
  • Mengandungi DHA, kolin dan lutein.
  • Oligofructose yang membantu sistem penghadaman lebih cekap.
  • Bebas sukrosa.
  • Kandungan α-Lactalbumin yang merupakan sumber asid amino penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan.

S-26 GOLD Progress - RM81.90

dari S-26

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Karihome Growing Up Formula Step 3

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Susu Kambing

susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun

Susu Karihome Growing Up diformulasikan untuk mencapai nutrisi keperluan kanak-kanak dari usia 1 ke 3 tahun. Ia telah diformulasikan istimewa untuk meningkatkan kebaikan natural susu kambing untuk mencapai keperluan nutrisi akan kanak-kanak yang membesar. 

NCFM® adalah salah satu dari 3 probiotik (jenis bakteria baik) ditambah ke dalam Karihome Growing Up Formula. Bakteria ini membantu di dalam sistem pencernaan dan membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat. 

Ekstrak minyak ikan marina dan minyak sel ditambah untuk menaikkan DHA & AA untuk perkembangan otak dan mata. Ia dihasilkan dengan cukup bermaruah di New Zealand. Susu kambing New Zealand mengandungi asid linoleik yang berlaku konjugasi (CLA).

Apa yang kami suka?

  • Diperkaya dengan DHA, EPA, AA dan mineral serta vitamin lain seperti asid folik dan iron.
  • Mempunyai pensijilan halal dari The Federation of Islamic Associations of New Zealand (Inc).
  • Produk yang berkualiti fantastik mendekati tenusu untuk mereka yang mengalami alergik atau mempunyai masalah kepada susu lembu.
  • Alternatif efektif buat mereka yang mengalami intoleransi protein kupada susu lembu (CMPI).
  • Mengandungi tahap tinggi nukleotida, asid sialik, dan taurine secara semula jadi yang mana penting untuk kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.
  • Tinggi kalsium baik untuk kesihatan tulang.
  • Mudah untuk dihadam.
  • Mengurangkan beban alahan.
  • Memperbaiki kesihatan perut.

Karihome Growing Up Formula Step 3 - RM123.40

dari Karihome

product imageBeli di Shopee

Similac Intelli Pro Formula Step 3

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik DHA +7

Similac Intelli Pro

Susu Similac 1-3 tahun ini adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak. Ia mengandungi prebiotik unik yang akan meningkatkan sistem imun anak anda kerana membekalkan bakteria baik pada usus.

Kombinasi minyak sayuran yang terkandung dalam susu similac langkah 3 seperti minyak bunga matahari oleic tinggi, minyak kelapa & minyak kacang soya dapat membantu memberi penyerapan DHA secara optimum, sekaligus memenuhi keperluan yang diperlukan oleh tubuh. 

Lutein dan Vitamin E semulajadi pula membantu melindungi daripada pengoksidaan dan gabungan pelbagai nutrisi membolehkan lebih banyak sambungan sel otak anak belajar dengan lebih cepat. 

Omega 6 membantu menyokong perkembangan kognitif dan penyerapan kalsium optimum untuk membantu membina tulang yang kuat.

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai
  • Mengandungi DHA +7, Omega 6, Vitamin A, Taurina, Zink & Minyak Sayuran Unik yang lain
  • Memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan tubuh badan 
  • Membantu untuk tulang yang kuat
  • Memastikan kesihatan usus
  • Menyokong sistem pencernaan dengan lebih baik
  • Similac langkah 3 sesuai untuk kanak-kanak berusia 1-3 tahun

Similac Intelli Pro Formula Step 3 - RM60.29

dari Abbott

product imageBeli di Shopee

Dumex Mamil Langkah 3 D-GestPro

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Tiada Sukrosa

Dumex Mamil D Gest Pro

Ibu ayah tercari-cari susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun terbaik untuk sistem pencernaan usus anak? 

Dumex Mamil® dirumus dengan D-gest Pro+™ dengan Campuran Prebiotik Unik GOS untuk menyokong kesihatan pencernaan dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.

Mengandungi kandungan dengan tahap DHA yang paling tinggi untuk  menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak. Secara tidak langsung, anak akan mudah dan cepat belajar sesuatu yang baharu dalam masa yang singkat.

Apa yang kami suka?

  • Tiada sukrosa
  • Dengan Campuran Prebiotik Unik GOS
  • Menyokong kesihatan pencernaan anak
  • Susu diperoleh daripada kebanyakan lembu yang diberi makan rumput, dan kaya dengan Protein, Kalsium dan Vitamin D
  • Membantu pembelajaran anak dengan lebih baik

Dumex Mamil Langkah 3 D-GestPro  - RM69,90

dari Dumex Mamil

product imageBeli di Shopee

Nestle Lactogrow Step 3

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Harga Berpatutan

Lactogrow

Jenama yang tidak asing lagi, Nestle mengeluarkan produk susu Lactogrow Langkah 3 yang mengandungi Zat Besi, Zink dan Vitamin lain yang membantu perkembangan otak kanak-kanak. Ia adalah susu tepung sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun. 

Dalam tempoh satu tahun kelahiran, bayi biasanya mempunyai berat tiga kali ganda berat lahir. Oleh itu, untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi yang betul, bayi memerlukan bekalan nutrien penting seperti protein, kalsium, dan Vitamin D. Susu ini lengkap dengan keperluan nutrisi menjadikan ia pilihan yang tepat untuk dijadikan sebagai susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun. 

Apa yang kami suka?

  • Jenama yang dipercayai
  • Harga berpatutan
  • Susu formula untuk bayi berumur 1 hingga 6 tahun
  • Diperkaya dengan DHA untuk perkembangan otak
  • Mengandungi L Comforts dan Active Grow untuk mengoptimumkan perkembangan badan bayi
  • Mengandungi kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat
  • Mengandungi zat besi yang membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Diperakui Halal

Nestle Lactogrow Step 3 - RM43.43

dari Nestlé

product imageBeli di Shopee

Anmum Essential Gold Step 3

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik 15 Nutrien Penting

Anmum Essential Gold

Susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun yang menjadi pilihan terakhir kami adalah Anmum Essential Gold Step 3.  Anmum Essential Gold ialah susu tepung yang dirumus secara saintifik untuk kanak-kanak dengan nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun.

Disokong oleh 90 tahun penyelidikan dari New Zealand, Anmum Essential Gold dirumus dengan 33% lebih DHA*, MFGM + GA (Gangliosides), prebiotik dan 15 nutrien utama.

Susu langkah 3 ini menyokong 8 perkembangan penting anak anda, menarik bukan? Antaranya ialah membantu dalam pertumbuhan fizikal, persekitaran usus yang baik untuk penyerapan nutrien yang berkesan untuk menyokong pertumbuhan fizikal, imuniti yang baik untuk membantu kanak-kanak kekal dilindungi, perkembangan kognitif termasuk keupayaan pembelajaran,  perkembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk fokus dan belajar serta perkembangan sosial dan emosi.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi DHA dan Gangliosides (GA) yang membentuk sambungan sel otak
  • Diformulasi dengan MFGM iaitu membran globul lemak susu untuk pengawalan emosi dan tingkah laku lebih baik
  • Mengandungi nutrien penting seperti Vitamin A yang menyokong fungsi mata
  • Membantu penyerapan nutrien yang baik 
  • Melindungi persekitaran usus dari penyerapan nutrien bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit

Anmum Essential Gold Step 3 - RM79.90

dari Anmum

product imageBeli di Shopee

Nestle Nespray Cergas

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Tinggi Protein Dan Kalsium

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

Susu Tepung Nespray Cergas padat dengan kebaikan susu seperti protein, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. Kalsium penting untuk tulang dan gigi yang lebih kuat dan Zat besi adalah faktor penting dalam pembentukan sel darah merah.

Susu Tepung Nestle Nespray Cergas  menawarkan nilai yang tiada tandingan kepada ibu bapa dan nutrisi penting kepada anak anda untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Tidak kira berapa kandungan lemak dan kalori bagi beberapa jenis susu ini, ianya boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang. Malahan, Garis Panduan Diet Malaysia mengesyorkan pengambilan 2 hidangan susu dan produk susu setiap hari.

Dan untuk kanak-kanak yang lebih muda, penting untuk memberikan tenaga yang mencukupi bagi memenuhi keperluan mereka untuk pembelajaran dan perkembangan harian.

Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk memberi susu kepada anak-anak dan keluarga anda selagi anda mengawasi pengambilan kalori dan lemak keseluruhan sepanjang hari dan mengambil susu mengikut sukatan yang disyorkan.

Apa yang kami suka?

  • Harganya yang murah
  • Susu tepung Nespray tinggi Kalsium, Zat Besi, Vitamin C dan Vitamin D. Kalsium dan Vitamin D menggalakkan pertumbuhan fizikal dan pertumbuhan tulang yang sihat manakala Zat Besi dan Vitamin C membantu menyokong sistem imun yang kuat.
  • Mengandungi semua kebaikan susu yang diperlukan dalam hanya secawan dengan vitamin dan mineral tambahan untuk memenuhi keperluan nutrien harian anak anda.

Nestle Nespray Cergas - RM21.35

dari Nestlé

product imageBeli di Shopee

Fernleaf Milk Powder for Children 1 – 3 years

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Untuk Perkembangan Dan Pertumbuhan Tulang

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

Fernleaf merupakan salah satu jenama susu tepung terbaik yang ada di pasaran Malaysia pada masa kini yang dirumus khas dari lembu ternakan di New Zealand.

Lembu susu ternakan mereka diberi makan rumput yang segar dipadang ragut mereka, inilah yang membantu mereka menghasilkan susu yang berkualiti tinggi yang kaya dengan kalsium dan mengandungi nutrien penting lain seperti protien, Vitamin A dan B.

Susu ini dirumus khas dengan 5 kali DHA dan Nutri-Care termasuklah Vitamin A dan Zat Besi yang dapat menyokong pertumbuhan tulang dan perkembangan kognitif anak.

Apa yang kami suka?

  • Harganya mampu milik berbaloi dengan khasiatnya
  • Mempunyai perisa asli dan madu
  • Mudah didapati di pasar raya 

Fernleaf Milk Powder for Children 1 - 3 years - RM22.90

dari Fernleaf

product imageBeli di Shopee

Fernleaf Calciyum Chocolate

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun: Terbaik Baik Untuk Usus

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

Selepas anak anda mencecah 1 tahun, tukarkan perisa susunya kepada perasa coklat untuk beri kelainan dan supaya si kecil tidak mudah berasa bosan. Jika anda sedang mencari susu formula berperisa coklat untuk si comel, mungkin anda boleh mempertimbangkan susu coklat 1-3 tahun jenama dari Fernleaf ini.

Bagi bayi berumur antara 1 hingga 3 tahun, susu formula Fernleaf Calciyum berperisa coklat ini mungkin alternatif terbaik untuk membiasakan si kecil meminum susu berformula tinggi. Ianya sedap, penuh nutrisi dan sangat memudahkan.

Sediakan sarapan si kecil dengan susu formula Fernleaf Calciyum ini untuk menambahkan selera anak sebagai permulaan yang indah. Susu formula ini juga mengandungi sumber probiotik yang baik untuk usus anak kecil.

Apa yang kami suka?

  • Susu coklat 1-3 tahun ini mempunyai rasa yang enak
  • Membantu meningkatkan perkembangan otak dan minda si manja. 
  • Sesuai untuk anak yang mempunyai masalah sembelit, penghadaman dan masalah usus.

Fernleaf Calciyum Chocolate - RM21.50

dari Fernleaf

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun

Produk Berat/Isipadu Harga (RM)
Spring Sheep Gentle Sheep Toddler Milk Drink (Step 3) 700g RM123.00
Dumex Dugro Asli/Coklat 850g RM27.20
Enfagrow A+ Stage 3 1.2kg RM111.90
Frisolac Gold Step 3 1.2kg RM88.68
NAN Optipro Step 3 800g RM71.69
S-26 GOLD Progress 900g RM81.90
Karihome Growing Up Formula Step 3 900g RM123.40
Similac Intelli Pro Formula Step 3 1.2kg  RM60.29
Dumex Mamil Langkah 3 D-GestPro  1.2kg  RM69.90
Nestle Lactogrow 3 1.3kg  RM43.43
Anmum Essential Gold Step 3 1.1kg RM79.90
Nestle Nespray Cergas 550g RM21.35
Fernleaf Milk Powder for Children 1 – 3 years 900g RM22.90
Fernleaf Calciyum Chocolate 900g RM21.50

Jenis Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun

susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun

Semasa ibu bapa memilih susu formula mana yang sesuai untuk anak, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor, terutamanya kesihatan, keperluan diet, umur serta kos dan masa penyediaan susu formula yang berbeza. 

Terdapat tiga jenis susu formula:

  • Berasaskan susu lembu
  • Formula protein terhidrolisis
  • Berasaskan soya

Kebiasaannya si manja boleh menerima susu formula berasaskan susu lembu, namun atas beberapa faktor seperti kesihatan dan diet, anak-anak boleh minum susu formula berasaskan soya atau protein terhidrolisis. 

Tips Memastikan Anak Anda Membesar Dengan Sempurna Dan Sihat

Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1-3 Tahun Penting Untuk Tumbesaran Mereka Secara Sihat. Ini Pilihan Terbaik!

Sebagai ibu bapa, pastinya kita mahukan anak kita membesar dengan sempurna sihat. Kami faham yang mana menjadi seorang ibu bukanlah kerja mudah, jadi di sini kami kongsikan sedikit tips berkesan dalam memastikan anak anda membesar dengan sihat.

1. Diet seimbang

Hormon tumbesaran manusia (HGH), tersorok oleh kelenjar pituitari, yang mengawal tumbesaran kanak-kanak. Jadi, mereka memerlukan makanan yang mampu mencetus kelenjar ini untuk melepaskan HGH.

Pastikan mereka mendapat diet pemakanan yang tinggi kalsium, vitamin, mineral dan khususnya protein.

Produk makan yang dapat merangsang hormon tumbesaran kanak-kanak termasuklah bijiran, sayur-sayuran, buah-buahan, telur, oatmeal, kacang soya, bayam dan ikan.

Juga perlu tambahkan makanan berasaskan zink seperti gandum, kacang, labu, dan ketam. Berikan perhatian lebih pada pemakanan mereka sehingga anak anda mencapai usia kanak-kanak besar.

2. Persekitaran positif

Terdapat banyak perubahan yang mengambil tempat di dalam tubuh anak pada tahun-tahun pertama. Ketika tempoh ini, ibu bapa mesti memastikan yang persekitaran mereka sentiasa gembira, penuh dengan rangsangan, selesa, dan positif.

Berinteraksi dengan mereka lebih kerap. Lebih kerap anda berinteraksi dengannya, lebih baik skil komunikasinya pada masa hadapan kelak.

Interaksi yang aktif mempromosikan tumbesaran minda kanak-kanak. Praktik ini perlu diteruskan, sebagai satu persekitaran yang positif dan sihat adalah amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

3. Aktiviti fizikal

Anda juga harus mula terlibat sama dalam aktiviti fizikal kanak-kanak seperti kelas tarian, berlari, berbasikal, dan bersukan yang mana penting untuk tumbesarannya. Ini dapat membantunya membesar secara fizikal.

Pastikan anak anda terlibat sama di dalam aktiviti tambahan di sekolahnya. Jika anak anda boleh belajar bagaimana untuk mengekalkan keseimbangan betul di antara belajar dan aktiviti lain pada peringkat ini, kemudian percayalah yang mereka boleh melakukan yang sama pada masa hadapan. 

4. Makanan tambahan HGH

Ini adalah makanan tambahan yang membantu meningkatkan ketinggian dan berat kanak-kanak. Hanya ambil makanan tambahan ini jika doktor menyarankannya, dan apabila tiada apa yang berkesan dalam memperbaiki tumbesaran anak anda.

Elak gunakannya pada peringkat awal tumbesaran. Jangan terlebih guna ya!

5. Tidur

Tidur yang cukup dan corak tidur yang betul juga mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak. Rangsangan hormon tumbesaran maksimum mengambil tempat pabila kita tidur. Tidak hanya itu, tidur yang sihat juga dapat menenangkan minda dan meningkatkan kecekapan.

Waktu tidur terbaik adalah dari jam 10 malam ke 4 pagi.  Pastikan anak anda tidur awal pada waktu malam.

Menurut laporan National Sleep Foundation yang dikeluarkan pada tahun 2015, kanak-kanak di peringkat usia 3-5 tahun memerlukan 10-13 jam waktu tidur, kanak-kanak yang bersekolah di antara usia 6-13 tahun perlu tidur sekitar 9-11 jam sehari.

Remaja perlukan tidur sekitar 8 ke 10 jam.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran, Untuk Perkembangan Anak

Baca juga: Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

Baca juga: Jangan Simpan Baki Susu Bila Bayi Tak Habis Minum Botol, Ia Penyebab Kuman Membiak

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Baby Rompers Paling Cute Untuk Anak, Bukan Sahaja Selesa Malah Nak Tukar Lampin Pun Senang & Cepat!

    Baby Rompers Paling Cute Untuk Anak, Bukan Sahaja Selesa Malah Nak Tukar Lampin Pun Senang & Cepat!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Baby Rompers Paling Cute Untuk Anak, Bukan Sahaja Selesa Malah Nak Tukar Lampin Pun Senang & Cepat!

    Baby Rompers Paling Cute Untuk Anak, Bukan Sahaja Selesa Malah Nak Tukar Lampin Pun Senang & Cepat!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.