X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

5 min bacaan
8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Masakan ayam menggunakan air fryer bukan sahaja memudahkan kerja ibu di dapur, malah ia lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak

Apabila memasuki bulan Ramadhan, ibu-ibulah yang akan sibuk di dapur dan memikirkan menu sahur serta berbuka puasa. Justeru beberapa masakan ayam guna air fryer ini mungkin boleh membantu anda.

Selain mudah dan menjimatkan masa, resepi ayam menggunakan air fryer dikatakan lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak. Paling penting boleh memikat selera seisi keluarga kerana rasanya begitu sedap.

Senarai masakan ayam guna air fryer

Berikut beberapa jenis menu ayam yang boleh anda wajib cuba di rumah:

#1. Resepi ayam masak kicap butter

resepi ayam air fryer

Bahan-bahan untuk resepi ayam

  • 4 ketul ayam
  • Bawang merah – potong 4
  • Bawang holland – potong kasar
  • 4 ulas bawang putih – ketuk
  • Halia – hiris kasar
  • Cili padi – ikut tahap kepedasan
  • Cili merah besar – hiris kasar
  • Kicap pedas Mahrusi 2tbs
  • Kicap soya cair 1tbs
  • 15-20g unsalted butter
  • Carrot
  • Air

Cara-cara masak resepi ayam:

1. Gaul semua bahan. Masuk dalam air fryer.

3. Bakar pada suhu 200°C selama 20 hingga 25 minit. Selepas 10 minit, kalau ayam dah garing, terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata. (suhu dan masa mengikut jenis air fryer masing-masing). Selamat mencuba!

#2. Resepi Khairul Aming: Ayam tiram thai 

menu ayam guna air fryer

Bahan-bahan perap menu ayam:

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam/secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak

1. Perap semua bahan seketika. Bakar dalam air fryer pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos ayam:

  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi merah
  • 3 batang akar ketumbar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap cair
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji perahan limau nipis/lemon
  • Daun ketumbar dipotong halus

Cara buat sos:

1. Tumbuk lumat bawang putih, cili padu merah dan akar ketumbar.

2. Gaul sebati bersama bahan-bahan lain. Curah atas ayam yang sudah dimasak. Selamat mencuba!

#3. Resepi ayam pandan

hidangan ayam air fryer

Bahan-bahan

  • 500gm dada ayam (potong ketul) – boleh dapat dalam 25 ketul
  • 2 bungkus perencah bihun goreng adabi
  • 2 sudu besar minyak
  • Daun pandan
  • Toothpick/satay stick

Cara-cara

1. Perap ayam dengan perencah bihun goreng adabi dengan minyak.

2. Potong daun pandan dan gulung ayam dengan daun pandan tadi. Cucuk dengan toothpick.

3. Susun dalam air fryer dan masak menggunakan air fryer selama 20 minit pada suhu 180°C.

4. Selepas 10 minit, balikkan ayam supaya masak sekata. Sambung masak lagi selama 10 minit. Siap untuk dihidang.

#4. Resepi ayam panggang bersama sayur

ayam air fryer

Bahan-bahan

  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos stok ayam
  • Sos lada hitam
  • Lada hitam kasar
  • Gula perang
  • Secubit garam
  • Satu sudu besar minyak

Cara-cara sediakan masakan ayam:

1. Satukan semua bahan dan perap bersama ayam. Bakar pada suhu 200°C selama 25 minit.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

2. Lagi 10 minit nak masak, masukkan semua sayur dan sambung masak. Selamat mencuba!

#5. Resepi ayam madu merah BBQ

resepi ayam guna air fryer

Bahan-bahan

  • 400g ayam tanpa tulang
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos kicap pekat
  • 1 sudu besar sos kicap
  • 2 sudu besar gula putih
  • 1/2 sudu kecil bawang putih
  • 1 sudu kecil halia
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Lima Rempah Cina
  • 3 sudu besar sos merah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan perap bersama ayam.

2. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 15minit. Pastikan ayam jangan bertindan atau berlipat supaya ayam masak dengan rata.

3. Pada 5 minit terakhir, balikkan ayam dan sambung masak.

4. Masak lebihan sos perapan bersama sedikit air, kacau sampai pekat dan tutup api.

5. Sapu sos pada permukaan ayam. Biarkan sejuk seketika dan siap untuk dihidang.

#6. Resepi ayam grill juicy

masak ayam guna air fryer

Bahan-bahan

  • Ayam / daging (ikut citarasa)
  • Sos lada hitam kimball (Dalam pack senang dan jimat)
  • Serbuk rosemary herbs
  • Serbuk tyhme herbs
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula (kena lebih)
  • Campur air panas / air suam sedikit

Cara-cara

1. Ambil sos lada hitam letak dalam pekat. Kalau pekat tambah air panas. Kemudian kacau sebati.

2. Masukkan perasa iaitu garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu).

3. Kemudian kacau sampai dah sebati semua, baru masukan ayam / daging. Perap semalam kalau nak sedap.
4. Bakar dalam oven atau air fryer. Suhu guna air fryer, 200°C selama 17 minit. Bila dah siap, boleh makan dengan apa-apa sahaja. Selamat mencuba!

#7. Resepi ayam ala pizza hut

ayam masak apa sedap

Bahan-bahan

  • Sayap ayam 10 ketul potong 2
  • Serbuk cili 3 sudu
  • Madu 3 sudu
  • Sos tiram 3 sudu
  • Kicap manis 3 sudu
  • Gula 2 sudu
  • Limau kasturi kecil 1 biji
  • Garam & bahan perasa
  • Serbuk cili (kalau suka pedas)
  • Gula sedikit (kalau suka manis)

Cara-cara

1. Satukan semua bahan dan perap beberapa jam. Boleh bakar terus kalau tak nak tunggu lama.

2. Bakar dalam air fryer pada suhu 170-180°C selama 10-15 minit. Kemudian balikkan, bakar pada suhu dan masa yang sama.

#8. Resepi ayam mayonis

8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mayonis 
  • Kewpie Dressing roasted sesame

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan gaul bersama dengan ayam. Sukatan agak-agak mengikut kuantiti ayam.

2. Gaul sebati dan perap sekejap. Bakar dalam air fryer pada suhu 200°C selama 30 minit.

Semoga bermanfaat!

Belajar Intai Resepi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!

Baca juga: Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!

Baca juga: Resepi Sea Salt Cookies Viral Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi! Boleh Jadi Kuih Raya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • 8 Masakan Ayam Guna Air Fryer Yang Mudah, Sesuai Untuk Sahur & Berbuka Puasa
Kongsikan:
  • Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

    Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

  • Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

    Cara Cerai Susu Badan/ Putus Susu Anak Yang Berkesan, Panduan Berguna Untuk Para Ibu

  • Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

    Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

  • Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

    Coach Kongsi 17 Menu Makanan Untuk Diet Sihat & Sedap, Bantu Turunkan Berat Dengan Mudah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.