X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

5 min bacaan
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Sarapan pagi adalah amat penting buat ibu-ibu dan seisi keluarga. Sebab itulah, kami mempunyai 5 cara untuk bantu ibu-ibu berkerja menyediakan sarapan pagi dengan lebih mudah!

Tahukah anda? Sarapan pagi adalah merupakan sajian atau hidangan yang paling penting dan wajib diambil pada waktu pagi. Tetapi, masih ramai dalam kalangan ibu-ibu yang selalu terlepas waktu sarapan kerana terlalu sibuk dan tiada masa untuk ambil sarapan.

Adakah ini berlaku kepada anda? Jika ya, anda tidak keseorangan. 

Banyak manfaat yang anda boleh dapati sebenarnya apabila anda mengambil sarapan pagi. Antaranya ialah pengambilan sarapan pagi mampu memberikan anda tenaga yang diperlukan sepanjang hari. 

Yang paling menarik sekali ibu-ibu semua, sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan anda bagi membantu anda membakar kalori. Menarik kan? Ini baru sikit sahaja kelebihan sarapan pagi. 

Kami faham bahawa ada masanya ibu-ibu sendiri tidak menang tangan untuk menyediakan sarapan pagi yang baik lagi berkhasiat.

Jadi, kami ingin cadangkan kepada anda beberapa tips iaitu 5 cara mudah menyediakan sarapan berkhasiat khususnya untuk ibu-ibu yang sibuk. Lepas ini mudahlah anda sekeluarga nak bersarapan bersama kan? Jom kita baca!

#1. Rancang awal 

cara mudah

Kredit: iStock

Tanyalah sesiapa sahaja. Mereka pasti akan mengatakan bahawa perancangan awal adalah amat penting untuk anda berjaya! 

Apa yang anda perlu lakukan ialah buat perancangan awal dan rancang apa yang anda nak masak untuk keesokan pagi. Anda juga kena realistik dengan perancangan anda.

Jika anda tidak biasa memasak sarapan pagi, anda boleh mulakan secara perlahan-lahan dan ambil masa anda untuk memasak. Barulah boleh mahir nanti dan yang penting, anda jangan putus asa!

#2. Sediakan sarapan pagi mengikut kemampuan anda

cara mudah

Kredit: iStock

Jika anda adalah seorang ibu yang sibuk dan sentiasa terkejar-kejar masa nak uruskan keluarga dan urusan pada waktu pagi, pastikan sarapan pagi anda ringkas dan mudah disediakan.

Kalau anda bercita-cita tinggi nak sediakan sarapan pagi yang boleh memakan masa anda, memang tidak terkejar anda dibuatnya. Mana nak siapkan anak dan mana nak sediakan sarapan lagi.

Akhirnya, semua tak dapat makan nanti. Pastikan menu sarapan pagi anda senang, dan cepat disediakan.

#3. Siapkan bahan masakan awal

cara mudah

Kredit: iStock

Nombor 3 ini memang kunci untuk mana-mana ibu yang sibuk iaitu anda perlu buat persiapan bahan masakan awal. Jika anda sudah tahu apa menu sarapan anda, lebih mudah untuk anda menyediakan sarapan jika anda sediakan bahan-bahan dengan lebih awal.

Kalau boleh, siapkan bahan pada malam sebelumnya. Tidaklah anda kelam kabut nanti pada waktu pagi. Ada juga ibu yang memilih untuk bangun awal pagi dan sediakan sarapan.

Terpulang kepada anda. Tepuk dada tanya selera!

#4. Cuba pelbagai resepi yang menyihatkan

cara mudah

Kredit: iStock

Ibu-ibu! Inilah waktunya untuk anda menyediakan sarapan pagi yang sihat lagi berkhasiat. Caranya adalah dengan menyediakan sarapan yang mempunyai unsur sayur-sayuran atau buah-buahan ke dalam hidangan anda.

Bercakap mengenai sayuran, makanan ini pastinya bukan hidangan kegemaran anak-anak kan? Jadi apa kata anda sediakan hidangan seperti sandwich telur atau sardin dengan salad, spageti olio dengan lobak dan salad buah-buahan dengan yogurt.

Barulah anak-anak anda suka nak makan dan resepi-resepi ini pun tidak susah untuk disediakan.

#5. Beli bahan makanan untuk sarapan dengan banyak

Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Kredit: iStock

Adakah ianya pernah terjadi kepada anda? Bila sampai mood nak masak sahaja tapi pada akhirnya, barang pula tidak ada. Akibatnya, ibu-ibu jadi malas nak masak dan sediakan sarapan. Sebab itulah, kuncinya disini adalah perancangan. 

Antara tips yang ibu-ibu boleh ikuti adalah dengan membeli bahan makanan awal dan beli secara banyak. Ibu boleh rancang siap-siap apa nak masak untuk minggu tersebut dan pastikan bahan makanan ada di rumah.

Kalau ada yang dah siap pek atau memudahkan ibu masak lagilah bagus. 

Dapatkan tenaga sepanjang hari dengan bersarapan bersama minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 

Tidak ada masa nak menikmati sarapan pagi? Apa kata anda cuba dulu minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1. Mudah, cepat dan senang disediakan untuk ibu-ibu yang sibuk. Bukan ibu-ibu sahaja yang boleh menikmatinya tetapi seisi keluarga anda juga boleh menikmati minuman coklat sebagai sarapan pagi yang berkhasiat.

Mengapa anda perlu mendapatkan minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 ini?

  • Kaya dengan khasiat koko sebenar

Minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 mempunyai rasa koko yang sangat asli dengan rasa coklat yang sangat lazat kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa koko tiruan. Ini kerana ianya diperkaya dengan 100% biji koko yang diperam yang menjadikan rasanya sungguh istimewa

  • Mengandungi kemanisan asli

Tidak seperti minuman lain, minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 ini diperkayakan dengan Gula Batu Premium yang memberikan rasa manis semulajadi pada minuman coklat ini. Ianya tidak pahit dan sedap untuk dinikmati pada bila-bila masa!

  • Pelengkap sarapan pagi anda sekeluarga!

Hanya perlu tuang air panas dan minum! Ianya sangat mudah disediakan untuk seisi keluarga dan sesuai diminum bukan sahaja untuk anda di rumah tetapi anda boleh menikmatinya tidak kira dimana sahaja anda berada. 

Jika anda inginkan kelainan dalam minuman coklat anda, apa kata anda cuba perisa terbaru minuman coklat iaitu minuman coklat 3 dalam 1 dengan Perisa Pudina. Buat penggemar minuman coklat dengan perisa pudina, jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman coklat Chek Hup dengan perisa baru!

Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Menarik kan minuman coklat daripada Chek Hup ini, jika anda nak mendapatkan minuman coklat ini dengan rasa koko asli dan juga rasa pudina, kami nak berikan anda sesuatu yang istimewa!

Jom dapatkan potongan 25% untuk setiap pembelian produk Kokoo dari Chek Hup eksklusif hanya untuk pembaca theAsianParent!  

Anda hanya perlu klik laman web ini untuk tebus baucar dan anda boleh terus buat pembelian di laman web Chek Hup!

Nikmatilah minuman coklat daripada Chek Hup yang lazat lagi berkhasiat hari ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

Baca juga: Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa

Baca juga: Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Kongsikan:
  • Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

    Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

  • Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

    Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.