Manfaat mengambil sarapan pagi yang berkhasiatKebanyakan orang akan bersetuju bahawa makan sarapan yang sihat adalah penting, tetapi adakah anda benar-benar tahu mengapa? Mengambil sarapan yang sihat mempunyai banyak manfaat termasuklah manfaat pemakanan yang lebih baik, prestasi sekolah yang lebih meningkat serta pengurusan berat badan yang lebih baik. Malangnya , kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 3 orang tidak mengambil sarapan di peringkat antarabangsa. Tetapi jangan bimbang, moga-moga tips kami ini akan mengubahnya! Ini bermula dengan setiap ibu menyedari betapa mudahnya untuk menyediakan sarapan pagi yang sihat dan seimbang, dan sedap untuk seluruh keluarga.