Anak sudah boleh menikmati makanan pejal? Tentu ibu yang terlebih teruja bukan? Selain memberi makanan lengkap 3 kali sehari, ia perlulah disertai dengan snek yang berkualiti juga.
Bagi ibu bapa yang tidak tahu, penting tau memberi snek kepada bayi seawal usia 6 bulan, i bertujuan untuk melatih sensori, merangsang kordinasi dan menggalakkan mereka makan dengan sendiri. Malah ibu bapa kena peka untuk pilih bukan saja berkualiti & berkhasiat malah 100% halal.
Dan pilihan yang tepat adalah DDODDOMAM. Ada sebab mengapa ia diberi nama DDODDOMAM, atau sebutannya “doh-doh-mam” yang bermaksud “Lagi ibu!” kerana rasanya yang sedap buat anak mahukannya lagi dan lagi!
Apa yang lebih meyakinkan beras yang digunakan dalam pembuatan snek ini adalah bebas dari penggunaan racun perosak, kerana ia ditanam dan dituai secara semula jadi dan dalam penjagaan yang sangat teliti di YangPyeong Gun, Korea. Sebuah tempat agrikultur yang cukup mesra alam sekitar.
Untuk pengetahuan anda semua snek dalam rangkaian DDODDOMAM ini tidak digoreng menjadikan ia bebas minyak. Selain itu ia juga tanpa pemanis, perasa dan bahan pengawet.
Jadi ibu ayah bolehlah tarik nafas lega, akhirnya ada juga snek lazat yang sihat malah dijamin HALAL untuk diberi kepada si manja.
Namun tahukah anda setiap peringkat usia anak, anda perlu berikan jenis snek yang berbeza? Ini penting untuk memastikan snek yang diberi kena dengan tekstur yang boleh melatih perkembangan sensori anak.
Cara memilih snek bayi 6 bulan ke atas
Untuk ibu bapa baru juga yang berpengalaman, ini panduan memilih snek yang tepat mengikut usia bayi. Bermula dari 6 bulan hingga satu tahun keatas.
Pemilihan tekstur dan khasiat bagi setiap snek perlu dipertimbangkan, seiring dengan nutrien yang diperlukan bayi.
Malah snek yang diberi juga perlulah berasaskan dari bahan-bahan berkualiti seperti beras yang bersih, buah-buahan dan sayuran berkhasiat seperti epal, pisang, labu, ubi keledek dan macam-macam lagi
#1. 6 bulan – 7 bulan
Snek bagi bayi 6 bulan ke atas perlulah hadir dalam bentuk yang mudah dipegang oleh bayi malah sebaik dikunyah ia akan cair di dalam mulut menjadikannya dan dihadam oleh perut bayi.
Seperti dalam rangkaian DDODDOMAM, anda boleh berikan bayi anda Organic Rice Rusk Series. Ia hadir dengan pelbagai perasa yang lazat malah cukup sesuai untuk diperkenalkan kepada bayi berusia 6 bulan iaitu perisa Asli, Labu Manis, Ubi Keledek Manis, Bayam, Epal dan Pisang.
#2. 6 bulan – 12 bulan
Selain itu, anda juga punya pilihan lain iaitu Organic Rice Stick Series. Hadir dalam bentuk yang lebih menarik dan mudah digenggam.
Seiring dengan perkembangan kemahiran motor bayi, mereka lebih mahir memegang benda yang kecil sekarang berbanding bentuk rusk yang lebih besar.
Ia cukup enak dan rangup tapi sebaik ia masuk di dalam mulut ia cair serta merta, menjadikan ia selamat untuk bayi anda.
Ia juga disahkan organik, HACCP, Halal dan Multi-ISO. Ia hadir dengan tiga perasa menarik iaitu Beri, Buah-buahan dan Sayuran.
#3. 1 tahun ke atas
Untuk anak-anak 1 tahun ke atas mereka mempunyai lebih banyak pilihan snek, dan boleh dikatakan semua tekstur adalah sesuai untuk mereka. Malah rangkaian snek untuk 1 tahun ke atas ini juga boleh dinikmati ibu dan ayah juga! Ya, anda mesti terliur bukan melihat anak begitu menikmati snek mereka?
Dan sebagai ibu bapa anda perlu kawal pemakanan mereka agar setiap makanan yang diambil penuh khasiat dan masih bebas daripada perasa tambahan dan pengawet.
Ibu ayah boleh cuba Rice Puff Series yang diperbuat daripada 95 peratus bahan organik dan ia hadir dalam perasa yang cukup lazat iaitu strawberi, yogurt, keju, bayam, labu dan pisang!
Selain itu DDODDOMAM juga hadir dengan REAL series iaitu puff beras dan gandum yang hadir dengan pelbagai perasa menarik.
Anda boleh pilih sama ada perasa keju dari Denmark, Strawberi dan pisang yang cukup menyegarkan malah elok untuk anak yang lebih sukakan sesuatu yang berasaskan buah-buahan, dan tidak lupa juga perasa coklat! Siapa yang tak suka coklat bukan?
Untuk pilihan lain, Injeolmi snack juga patut dicuba. Cukup selamat untuk bayi kerana ia diperbuat daripada jagung, beras perang dan kekacang! Malah ia hadir dalam bentuk bola bulat yang comel, sukar untuk anak-anak menolak.
Rata-rata ibu yang telah cuba berikan bayi mereka snek dari DDODDOMAM ini semuanya cukup berpuas hati kerana anak mereka bukan saja menggemarinya malah jenama ini dikatakan punyai khidmat pelanggan yang terbaik.
Penghantaran untuk setiap pembelian produk juga dikatakan cukup pantas. Jika ibu ayah ingin cuba berikan untuk anak dan juga untuk snek seisi keluarga, anda boleh dapatkannya di sini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
kredit foto: iStock
Baca Juga: 5 Resipi Snek Homemade Mudah, Sesuai Untuk Anak Yang Asyik Nak Mengunyah!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!