X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi Secara Semulajadi, Guna Lada Hitam Pun Boleh!

4 min bacaan
7 Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi Secara Semulajadi, Guna Lada Hitam Pun Boleh!

Bayi menangis tak henti mungkin sebab kembung perut. Kali ini kami kongsikan cara hilangkan kembung perut bayi. Guna lada hitam pun boleh!

Salah satu perkara yang boleh buat bayi meragam tak henti adalah kembung perut. Buntu jadinya ibu ayah. Jadi kali ini kami kongsikan cara hilangkan kembung perut bayi yang mungkin boleh membantu anda.

Menariknya, hanya perlu gunakan cara semulajadi saja, malah barang-barang ini boleh didapati di dapur saja.

Kembung perut ini memang boleh buat bayi rasa sangat tidak selesa. Kita sebagai orang dewasa pun rasa sangat tidak selesa apabila kembung perut, serba tak kena jadinya. Apatah lagi bayi yang tidak tahu untuk menyatakan apa yang mereka rasa, jadi bila rasa tak selesa mereka hanya tahu menangis saja.

Cara hilangkan kembung perut bayi secara semula jadi

Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi

Bayi yang mengalami masalah perut kembung akan menangis setiap masa akibat kesakitan. Sudah pasti sebagai ibu, anda akan berasa sangat susah hati.

Tak keruan jadinya bila anak menangis kerana kembung perut. Malah perut mereka pun nampak tegang semacam. 

#1. Tuam perut bayi dengan lada hitam

Jika bayi anda sering menangis akibat kembung, anda boleh tuam perutnya dengan lada hitam. Caranya, ambil secubit lada hitam dan masukkan dalam sehelai sapu tangan. Ikat.

Panaskan lada hitam tadi dengan menekap pada seterika panas. Apabila suhunya agak suam, tuamkan ke perut bayi. Tekan perlahan-lahan untuk memecahkan angin yang terkumpul dalam perut yang menjadi punca kembung.

Buat sekerap yang boleh. Pastikan suhu tuam tidak terlalu panas hingga menyebabkan kulit bayi anda melecur.

#2. Tuam perut bayi dengan halba

Selain lada hitam, anda juga boleh bungkus halba didalam sapu tangan, panaskan dan tuam ke perut bayi.

#3. Sapukan minyak angin

Menyapu minyak angin ke perut bayi dapat mengurangkan kembung perut yang dialaminya. Ia membantu mengeluarkan angin dari perut dan dalam masa yang sama mengurangkan kesakitan yang dialami bayi anda.

Tapi pastikan anda cuba sedikit demi sedikit dulu dan pastikan bayi tidak ada sebarang alahan dengan minyak yang digunakan.

#4. Urutan mengeluarkan angin

Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi

Kredit: thezuriat

Ini adalah lima teknik urutan mengeluarkan angin bagi menghilangkan kembung bayi:

  • Teknik lambai dan panggil. Letakkan ibu jari anda pada pusat bayi tanpa bergerak. Manakala untuk empat jari yang lain, gerakkan seperti anda sedang melambai dan tarik ke arah anda seperti sedang memanggil orang untuk datang kepada anda.
  • Teknik kayuh dan tekan. Caranya, lipatkan kaki bayi anda ke atas dan kayuhkan. Kemudian anda tolak kedua-dua kaki bayi ke dalam sehingga terasa bayi anda membalas tolakan anda.
  • Tapak Kaki. Urut tapak kaki bayi anda dari tumit hingga ke jari dengan menggunakan kedua-dua ibu jari anda. Kemudian tolak jari-jari bayi anda ke atas.
  • Keting dan Peha. Pegang keting dan peha bayi anda dengan kedua tangan. Pulas seperti anda sedang memerah baju. Buat dalam arah berlawanan. Tangan kanan pusing arah jam, sementara tangan kiri bergerak arah lawan jam.
  • Belakang badan bayi. Letakkan bayi dalam posisi meniarap, urut belakang bayi ke arah anda dalam gerakan menurun. Lalukan jari anda pada tulang belakang bayi secara perlahan.

#5. Pakaikan barut

Berbarut merupakan tradisi lama yang sememangnya membantu untuk menghilangkan kembung perut pada bayi. Anda boleh pilih barut biasa atau barut gantung. Sapukan minyak panas sebelum barutkan bayi anda.

#6.Pakaikan bedung

Selain barut, bedung juga mampu mengurangkan kembung bayi dan memberikan keselesaan supaya bayi mudah tidur.

#7. Gunakan kipas siling

Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi

Pengunaan kilas meja akan menyebabkan bayi anda mudah kembung. Ini kerana, apabila menggunakan kilas meja, kipas akan ditumpukan ke arah bayi anda dan angin akan menuju secara direct ke arah bayi.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Jika anda menggunakan kilas siling, angin akan tersebar ke seluruh bilik, bukannya fokus terus kepada bayi anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Si Manja Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut, Ibu Ini Cara Untuk Mengatasinya!

Baca juga: Anak Menangis Tak Henti Pada Waktu Malam? Kembung Perut Bukan Boleh Buat Main-Main Tau!

Baca juga: Bayi Selalu Meragam Sebab Kembung? Ini 9 Petua Legakan Bayi Kembung Perut

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 7 Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi Secara Semulajadi, Guna Lada Hitam Pun Boleh!
Kongsikan:
  • Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik

    Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik

    Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.