X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Si Manja Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut, Ibu Ini Cara Untuk Mengatasinya!

4 min bacaan
Si Manja Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut, Ibu Ini Cara Untuk Mengatasinya!

Bila melihat si manja kerap menangis yang luar biasa, ibu usah panik kerana ia mungkin tanda bayi kembung perut. Cuba beberapa tips ini untuk mengatasinya!

Tanda bayi kembung perut amat mudah untuk diketahui. Apabila melihat sahaja si manja anda menangis berterusan atau kerap dalam masa yang lama tanpa sebab, bolehlah ibu-ibu memeriksa bahagian perutnya.

Walau bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana ia adalah masalah normal yang sering dihadapi oleh kebanyakan bayi kecil. Berdasarkan kajian, ia menyerang hampir 50 peratus anak yang sedang membesar.

Baca juga: 7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

Tanda bayi kembung perut

simptom bayi kembung perut

credit to sources

Colic berasal daripada perkataan Greek iaitu kolikos yang bermaksud kolon, ia merupakan satu organ di dalam perut. Kebiasannnya, masalah ini membuatkan bayi rasa tidak selesa atau kesakitan.

Secara umumnya, masalah ini lebih kerap terjadi sekiranya bayi anda berusia 5 bulan ke bawah dan lebih mudah berlaku pada waktu malam. 

Antara tanda bayi kembung perut ialah:

  • Menangis tanpa henti yang lebih kepada menjerit
  • Sukar ditenangkan meskipun suda diberikan susu dan didukung
  • Wajah bayi bertukar kemerahan
  • Mimik muka kelihatan seolah-olah menahan sakit
  • Menarik kedua belah kaki ke bahagian perut dan menggenggam tangan
  • Menangis tanpa sebab yang jelas

Penyebab sesetengah bayi mengalami masalah kembung perut

Punca berlakunya masalah kolik pada bayi masih belum diketahui secara tepat. Akan tetapi beberapa teori boleh menjadi alasan keadaan ini berlaku.

#1. Masalah usus

  • Sistem pencernaan bayi masih belum matang
  • Terlalu banyak minum susu formula
  • Ibu menyusu tidak menjaga pemakanan harian
  • Alahan terhadap protein susu lembu
  • Alah kepada laktosa
  • Terdedah kepada angin yang berlebihan

#2. Biologi

  • Bayi yang lahir dari ibu memiliki tabiat merokok semasa mengandung atau selepas bersalin berdepan risiko lebih besar untuk mengalami masalah kembung perut
  • Cara menyusu yang terlebih banyak atau kurang
  • Kurang sendawakan bayi
  • Ibu ayah yang sering tertekan
  • Sistem saraf bayi belum sempurna menyebabkan dia sensitif terhadap faktor persekitaran

#3. Faktor makanan

makanan yang membuatkan bayi kembung perut

credit to sources

  • Produk tenusu seperti yogurt, aiskrim, susu lembu dan dadih
  • Coklat
  • Bawang merah
  • Kekacang seperti taugeh, kacang hijau dan kacang tanah
  • Gandum
  • Jagung
  • Bunga kubis
  • Kubis
  • Jagung
  • Brokoli

Cara berdepan masalah anak kembung perut

#1. Berikan urutan

Urutan pada bahagian tubuh bayi dapat memberikan kesan kelegaan dan membuatkan bayi anda berasa lebih selesa. Caranya adalah dengan menitiskan beberapa titik minyak urut bayi pada bahagian belakang dan perut.

Sambil itu ibu bolehlah berselawat dan memohon kepada Allah agar masalah kembung perut segera pulih.

petua bayi kembung perut

credit to sources

Sentuhan tangan ibu mampu menghentikan bayi menangis. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang digunakan adalah betul agar tidak mendatangkan bahaya kepada bayi

#2. Tenangkan dan bedung bayi

Mendukung bayi ketika dia menangis boleh membuatkan si manja lebih selesa. Pastikan juga anda membedung seluruh anggota badan dalam keadaan lurus serta mengelakkan gangguan tindak balas aktif.

Kesan memakai bedung ini dapat membentuk suatu tekanan yang menyerupai bayi semasa berada dalam kandungan ibu.

#3. Periksa semula teknik penyusuan harian

Pastikan bayi tidak minum menggunakan botol susu dengan posisi yang terlalu condong. Bukan itu sahaja, saiz lubang yang terdapat pada botol mungkin tidak sesuai sehingga menyebabkan bayi menelan banyak udara dan risiko masalah kembung perut.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Manakala bagi anda yang menyusu badan sepenuhnya, praktikkan cara lekapan  dan posisi ketika menyusu badan yang selesa. Jika payudara berasa sakit, ia menandakan ibu berada dalam kedudukan salah.

Tips mengelakkan masalah perut kembung

Menurut portal Myhealth, tiada rawatan yang khusus bagi menghindari si manja anda berdepan masalah kembung perut. Ia akan pulih dengan sendirinya apabila bayi berusia 3 hingga 4 bulan.

Namun kami boleh nasihatkan ibu ayah untuk:

  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikannya dengan lemah lembut
  • Elakkan bunyi bising yang boleh membuatkan si manja bertambah stres
  • Kerap membawa bayi bersiar-siar
  • Jangan terlalu kerap mengangkat bayi ketika dia merengek
  • Jangan sesekali menggoncangkan bayi
  • Jika sudah pelbagai usaha yang dilakukan dan keadaan diiringi dengan masalah lain seperti cirit-birit, sembelit atau muntah, segeralah membawa si manja anda berjumpa dengan doktor.

Sumber: Myhealth, thezuriat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Si Manja Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut, Ibu Ini Cara Untuk Mengatasinya!
Kongsikan:
  • Bayi Selalu Meragam Sebab Kembung? Ini 9 Petua Legakan Bayi Kembung Perut

    Bayi Selalu Meragam Sebab Kembung? Ini 9 Petua Legakan Bayi Kembung Perut

  • Kenali 5 Makanan Penyebab Kembung Di Kalangan Bayi, Jangan Salah Beri!

    Kenali 5 Makanan Penyebab Kembung Di Kalangan Bayi, Jangan Salah Beri!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Bayi Selalu Meragam Sebab Kembung? Ini 9 Petua Legakan Bayi Kembung Perut

    Bayi Selalu Meragam Sebab Kembung? Ini 9 Petua Legakan Bayi Kembung Perut

  • Kenali 5 Makanan Penyebab Kembung Di Kalangan Bayi, Jangan Salah Beri!

    Kenali 5 Makanan Penyebab Kembung Di Kalangan Bayi, Jangan Salah Beri!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.