Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan

Jadual pemakanan ibu menyusu amat penting bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan emosi. Ini antara tips berguna yang boleh anda cuba!
Susu ibu merupakan makanan yang paling terbaik buat bayi sehingga usianya 6 bulan atau lebih. Hal ini kerana ia membekalkan pelbagai nutrisi penting untuk proses perkembangan si manja. Justeru, anda hendaklah memastikan jadual pemakanan ibu menyusu seimbang agar rasa susu ibu sedap dan berkrim.
Meskipun ada sesetengah ibu berdepan kesukaran dalam proses menyusu badan, namun ia bukanlah alasan untuk anda terus memilih susu formula. Adalah lebih baik mencari jalan penyelesaian agar si manja anda dapat membesar dengan sihat dan kuat.
Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!
Jadual pemakanan ibu menyusu mampu memperbanyakkan penghasilan susu badan

credit to sources
Adalah amat penting untuk ibu menjaga jadual pemakanan harian agar kekal bertenaga dan gembira menguruskan anak-anak di rumah.
- Sarapan pagi pada jam 7-8 pagi
Antara menu yang boleh anda cuba ialah roti bakar bersama air coklat kurma atau oat. Dalam jam 9 pagi sesuai untuk pam susu (untuk buat stok bila keluar bekerja).
- 10-11 pagi: Makan pagi
Anda boleh makan biskut lemak atau roti telur. Minum air susu kurma.
- 12-1 tengah hari: Makan tengah hari
Menu ini terpulang kepad anda. Pastikan ada buah oren, sayur hijau, ikan atau ayam dan segenggam nasi putih. Minum air suam.
- 3-5 petang: Minum petang
Jenis makanan untuk ibu menyusu ialah biskut lemak atau roti bakar. Makan bersama air coklat panas.
- 7-8 malam: Makan malam

credit to sources
Menunya adalah nasi putih, lauk, sayuran hijauan dan buah-buahan.
- 9-10 malam: Minum malam
Waktu ini anda boleh minum coklat panas yang ditambah dengan kurma dan oat. 1 cawan sudah memadai. Pastikan juga ibu menyediakan buah kurma dengan air kosong agar tidak perlu ke dapur apabila rasa lapar dan dahaga.
Selain itu, antara makanan yang boleh anda amalkan ketika menyusu ialah:
#1. Roti gandum penuh
Roti wholemeal ini amat bagus untuk ibu hamil dan menyusu. Ini kerana di dalamnya mengandungi sumber karbohidrat kompleks dan kaya dengan serat seperti vitamin E, vitamin B, asid folat, zat besi dan anti oksidan.
Selain itu ia juga digemari ramai kerana rasanya sedap dijadikan sarapan ataupun minum petang. Dengan kalori yang rendah, anda juga boleh meletakkan sapuan kacang atau jem strawberi bagi membuatkan perut rasa kenyang lebih lama.
#2. Oat
Bijirin seperti oat sering kali menjadi pilihan oleh mereka yang mengamalkan pemakanan sihat. Ia berkesan untuk menjaga kesihatan jantung dan disyorkan bagi ibu menyusu badan.
Bukan itu sahaja ia turut membantu menggalakkan susu badan, melancarkan sistem pencernaan serta mengenyangkan. Anda boleh menikmati oat ini bersama buah-buahan segar atau tambah sedikit serbuk milo.
#3. Pilih snek yang sihat

credit to sources
Tidak dinafikan sepanjang menyusu bayi, anda kerap berasa lapar sehinggakan tidak menahan diri untuk makan berat pada waktu malam. Namun apa kata ibu tukarkan kepada snek yang lebih sihat seperti kekacang, yogurt atau buah-buahan segar.
Kesannya, ia dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan serta membantu menurunkan berat yang ideal. Jika teknik ini dimulakan lebih awal, anda pastinya akan terbiasa untuk menikmati snek sihat setiap kali perut lapar selepas menyusukan bayi.
#4. Amalkan sayur-sayuran hijau sebagai milk booster
AMeskipun rasanya agak kurang sedap, namun anda perlulah kreatif dengan mencampurkan lobak putih bersama sayur lain. Ia amat berkesan dalam meningkatkan susu ibu dengan mudah.
Selain itu, sayur sawi juga dikatakan amat baik untuk ibu menyusu kerana mengandungi pelbagai vitamin. Selain menjadi milk booster, ia juga dapat mengatasi masalah sembelit ketika dalam pantang.
#5. Minum banyak air kosong
Kandungan air yang mencukupi dalam tubuh ibu menjadi faktor utama penghasilan susu badan berjalan lancar. Hal ini kerana kekurangan air boleh membuatkan anda cepat berasa letih, mudah pening dan emosi sensitif.
Selain itu ia turut membuatkan anda hilang seri pada wajah kerana kulit sudah mengalami dehidrasi. Justeru, sediakan satu botol air yang diisi sebanyak 2 hingga 3 liter dan letakkan di tempat yang mudah dicapai. Dengan cara ini juga dapat mengingatkan ibu tentang jumlah air yang perlu diminum agar kekal hidrasi.
Sumber: Babycenter, Mariafirdz
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia