X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Manfaat Luar Biasa Ubi Ungu, Mencegah Sembelit & Penyakit Mudah Lupa Ketika Hamil

4 min bacaan
Manfaat Luar Biasa Ubi Ungu, Mencegah Sembelit & Penyakit Mudah Lupa Ketika Hamil

Anda sering mengalami masalah sembelit ketika mengandung? Jangan risau kerana khasiat ubi ungu mampu membantu anda berhadapan dengan situasi ini dengan baik

Memandangkan terdapat pelbagai pilihan ubi yang dijual di pasaran, khasiat ubi ungu dikatakan antara ubi yang terbaik kerana ia membekalkan lebih 76% vitamin A dan 65% vitamin C.

Tidak dinafikan, ubi adalah salah satu makanan yang memiliki pelbagai kandungan nutrisi seperti vitamin A, C, E, kalium, beta-karoten, antioksidan dan magnesium.

Khasiat ubi ungu untuk ibu hamil

khasiat ubi ungu untuk ibu hamil

foto: shutterstock

Ketika melalui proses kehamilan, seorang wanita memerlukan lebih banyak nutrisi berbanding dengan individu yang tidak mengandung.

Hal ini adalah untuk memastikan perkembangan janin sentiasa sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi yang sukar.

Justeru, anda perlu sentiasa menjaga pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar proses kehamilan dan melahirkan anak menjadi mudah.

Khasiat ubi ungu adalah salah satu makanan yang bebas lemak dan sangat sesuai untuk diambil ketika tempoh mengandung. Terdapat pelbagai manfaat lain untuk kesihatan ibu hamil, antaranya ialah:

#1. Menjaga kesihatan mata

Khasiat ubi ungu untuk ibu mengandung adalah dapat menjaga kesihatan mata. Menurut saranan oleh The American Pregnancy Association, anda perlu mengambil vitamin A sebanyak 700 mg sehari ketika hamil.

Dalam hal ini, kandungan vitamin A yang hadir dalam ubi ungu berperanan sebagai agen antioksidan di mana ia berfungsi menjaga kesihatan mata anda serta mencegah cacat penglihatan pada janin.

#2. Mencegah masalah sembelit

khasiat ubi ungu untuk ibu mengandung

foto: parentprime

Pernahkah anda berhadapan dengan masalah sembelit ketika hamil? Atau ia sering kerap terjadi? Sebenarnya, anda memerlukan serat lebih kurang 28 gram sehingga 34 gram sehari.

Hal ini bertujuan untuk melancarkan sistem pencernaan anda dan mencegah masalah sembelit. Dengan mengamalkan pengambilan ubi ungu, ibu mengandung akan menerima dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut dalam air.

Serat larut akan menyerap lebih banyak air dan mempercepatkan perjalanan makanan dalam saluran penghadaman sehingga menjadi najis. Sebaliknya, serat yang tidak larut lebih sukar menyerap air, tetapi akan menghalang najis daripada terlalu cair.

Sesetengah serat larut atau tidak larut akan ditapai oleh bakteria dalam usus dan membentuk asid lemak rantaian pendek. Fungsi asid lemak ini adalah untuk membantu dinding usus kekal sihat dan kuat mencerna makanan.

#3. Mengelakkan risiko penyakit Anemia

Khasiat ubi ungu mampu mengelakkan anda menjadi seorang pelupa. Hal ini kerana kandungan anthocyanin dalam didalamnya telah terbukti dapat meningkatkan fungsi otak dan menangkis radikal bebas.

Walau bagaimanapun, kandungan anthocyanin tidak pernah terbukti dapat menghilangkan masalah yang tidak diingini pada manusia.

Tetapi kajian lain mengatakan individu yang mengamalkan makanan kaya dengan antioksidan mempunyai peluang 13% lebih rendah untuk risiko penyakit mental atau demensia pada masa akan datang.

Dalam hal ini, khasiat ubi ungu yang kaya dengan zat besi berfungsi mencegah penyakit anemia dan seringkali menyerang ibu hamil.

#4. Meningkatkan sistem imunisasi

manfaat ubi ungu

foto: FirstCry Parenting

Ubi ungu mengandungi vitamin C yang merupakan sumber prebiotik dan diperlukan dalam menjaga sistem imunisasi tubuh ibu hamil.

Dengan mengamalkan ubi ungu secara teratur, anda akan dijauhkan dengan risiko mudah diserang sebarang penyakit.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Bukan itu sahaja, ubi ungu mengandungi serat dan menjadi perlindungan dalam mengekalkan kesihatan janin di dalam rahim.

#5. Mencegah masalah pembekuan darah

Risiko pembekuan darah adalah masalah yang boleh mendatangkan maut. Oleh sebab itu, ia perlu dicegah sebelum terjadi. Antara cara mudah adalah dengan sering mengambil ubi ungu dalam menu diet harian.

Manfaat ubi ungu juga berpotensi mencegah pembekuan darah kerana ia mengandungi asid klorogenik. Asid klorogenik ini yang akan berfungsi mencegah risiko darah menjadi beku.

Kesimpulannya, tidak sukar untuk anda menikmati khasiat ubi ungu ini memandangkan ia mudah diperoleh dan sesuai dimasak dengan apa jua jenis masakan seperti merebus, kukus, goreng atau panggang.

Sumber karbohidrat tidak semestinya dijumpai di dalam beras atau nasi, anda juga boleh menggantinya dengan ubi ungu dan ia adalah lebih sihat.

Sumber: Kumparan, Doktor Sehat

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Manfaat Luar Biasa Ubi Ungu, Mencegah Sembelit & Penyakit Mudah Lupa Ketika Hamil

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkhasiat-bendi

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Manfaat Luar Biasa Ubi Ungu, Mencegah Sembelit & Penyakit Mudah Lupa Ketika Hamil
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham