TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mata Bayi Berair Sebelah: Punca Mata Berair Sebelah, Rawatan & Bila Perlu Jumpa Doktor

5 min bacaan
Mata Bayi Berair Sebelah: Punca Mata Berair Sebelah, Rawatan & Bila Perlu Jumpa Doktor

Punca mata bayi berair sebelah terjadi disebabkan saluran air mata tersumbat, jangkitan mata, iritasi atau alahan atau termasuk bendasing

Eh, kenapa pula mata bayi berair sebelah? Sebagai ibu bapa baru, mesti kita tertanya-tanya sama ada ia perkara biasa atau tidak. Selalunya, keadaan ini disebabkan oleh saluran air mata tersumbat, tetapi kadangkala ia boleh menjadi tanda jangkitan atau masalah kesihatan lain.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Mata Bayi Berair Sebelah?
  • Kenapa Mata Bayi Berair Sebelah?
  • Rawatan Mata Bayi Berair Sebelah
  • Cara Mengatasi Mata Bayi Berair
  • Bila Perlu Jumpa Doktor?

Apa Itu Mata Bayi Berair Sebelah?

Mata bayi berair sebelah berlaku apabila satu mata si kecil kelihatan sentiasa berair atau mengeluarkan air mata berlebihan tanpa sebab yang jelas.

Keadaan ini boleh berlaku seawal usia beberapa minggu selepas kelahiran dan selalunya tidak berbahaya.

Dalam kebanyakan kes, masalah ini berpunca daripada saluran air mata yang belum berkembang sepenuhnya. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan atau faktor lain yang memerlukan perhatian perubatan.

Kenapa Mata Bayi Berair Sebelah?

Beberapa punca utama mata bayi berair sebelah adalah:

1. Saluran Air Mata Tersumbat (Dacryostenosis)

Bayi dilahirkan dengan saluran air mata yang sempit atau belum terbuka sepenuhnya. Air mata tidak dapat mengalir dengan baik, menyebabkan ia terkumpul dan meleleh keluar.

2. Jangkitan Mata (Konjunktivitis)

Jangkitan bakteria atau virus boleh menyebabkan mata bayi menjadi merah, bengkak dan berair. Jika terdapat lendir kekuningan atau kehijauan, ini mungkin tanda konjunktivitis.

3. Iritasi atau Alahan

Punca mata bayi berair sebelah dikaitkan dengan iritasi atau alahan.

Debu, asap rokok atau produk seperti sabun dan syampu boleh merengsakan mata bayi, menyebabkan ia berair. Alahan seperti resdung juga boleh menyebabkan simptom mata bayi berair sebelah terjadi.

4. Mata Termasuk Bendasing

Bulu mata, habuk atau zarah kecil lain yang masuk ke dalam mata bayi boleh menyebabkan iritasi dan air mata berlebihan.

Rawatan Mata Bayi Berair Sebelah

Jika mata bayi berair sebelah disebabkan oleh saluran air mata tersumbat atau iritasi ringan, ibu bapa boleh mencuba rawatan berikut:

1. Bersihkan Mata Bayi Dengan Betul

Gunakan kain lembut atau kapas yang dibasahkan dengan air suam untuk membersihkan sebarang kotoran atau lendir di sekitar mata bayi. Lap dari bahagian dalam ke luar untuk mengelakkan jangkitan merebak.

2. Gunakan Titisan Air Garam (Saline Solution)

Jika mata bayi berair disertai dengan lendir, titisan air garam boleh membantu membersihkan mata dengan selamat.

3. Pastikan Kebersihan Persekitaran

Elakkan bayi daripada terdedah kepada asap rokok, debu atau bahan pencetus alahan lain.

4. Urut Mata Bayi Berair

Urutan lembut boleh membantu membuka saluran air mata yang tersumbat dan melancarkan pengaliran air mata. Berikut cara urut mata bayi berair:

  1. Cuci tangan dengan sabun sebelum melakukan urutan.
  2. Gunakan hujung jari yang bersih dan tekan perlahan di bahagian dalam sudut mata bayi (berdekatan hidung).
  3. Buat gerakan membulat kecil selama 5-10 saat.
  4. Ulang beberapa kali sehari, terutama selepas mandi ketika kulit bayi masih lembut.

Urutan ini boleh membantu membuka saluran air mata secara semula jadi dalam tempoh beberapa minggu. Jika tiada perubahan, doktor mungkin akan mencadangkan rawatan lain.

Cara Mengatasi Mata Bayi Berair

Selain rawatan di rumah, ibu bapa juga boleh mengambil langkah tambahan untuk mengatasi masalah ini:

  • Jika disebabkan oleh alahan, cuba kenal pasti pencetus alahan dan elakkan pendedahan bayi kepada alergen tersebut.
  • Pastikan tangan ibu bapa bersih sebelum menyentuh mata bayi bagi mengelakkan jangkitan.
  • Jika terdapat tanda jangkitan, seperti kemerahan atau bengkak pada mata, segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan antibiotik jika diperlukan.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Walaupun mata bayi berair sebelah sering hilang dengan sendirinya, ibu bapa perlu berwaspada jika:

  • Mata bayi menjadi merah, bengkak atau bernanah.
  • Bayi kelihatan tidak selesa dan sering menggosok mata.
  • Masalah berlanjutan lebih daripada 6 hingga 12 bulan tanpa tanda-tanda pemulihan.
  • Bayi mengalami demam atau tanda jangkitan lain.

Jika simptom ini berlaku, segeralah berjumpa dengan pakar pediatrik atau pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.

Mata bayi berair sebelah adalah keadaan yang biasa dan selalunya tidak berbahaya. Dalam kebanyakan kes, masalah ini berpunca daripada saluran air mata yang tersumbat dan boleh dirawat dengan urutan lembut serta penjagaan kebersihan yang baik.

Namun, jika mata bayi menunjukkan tanda jangkitan atau masalah berlarutan, segera dapatkan rawatan doktor untuk memastikan kesihatan mata si kecil terjaga.

Healthline , Medical News Today

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Berlengah Jika Mata Bayi Kuning, Ia Petanda Gejala Penyakit Yang Serius

Baca juga: Mata Bayi Berair Dan Bertahi (Epiphora): Punca Mata Berair Pada Bayi, Gejala Dan Rawatan

Baca juga: Anak Keluar Tahi Mata Banyak, Adakah Ia Normal Atau Tanda Masalah Kesihatan?

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Mata Bayi Berair Sebelah: Punca Mata Berair Sebelah, Rawatan & Bila Perlu Jumpa Doktor
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham