X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Jangan Berlengah Jika Mata Bayi Kuning, Ia Petanda Gejala Penyakit Yang Serius

4 min bacaan
Ibu Jangan Berlengah Jika Mata Bayi Kuning, Ia Petanda Gejala Penyakit Yang Serius

Mata bayi kuning bukanlah suatu yang normal. Ibu mana tidak berasa bimbang bila berdepan situasi ini kerana ia dipercayai berkaitan dengan penyakit bahaya

Bimbang melihat mata bayi kuning, adakah ia berkaitan dengan penyakit yang serius dan patutkah anda membawanya berjumpa doktor? 

Menjadi satu tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga perihal kesihatan anak supaya pertumbuhan dan perkembangan mereka berada dalam fasa yang baik seperti kanak-kanak yang lain.

Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!

Punca mata bayi kuning

Terutama anak yang masih kecil mereka perlu mendapatkan penjagaan kesihatan yang baik kerana lebih mudah mengalami pelbagai penyakit hingga membawa risiko yang berbahaya.

Dalam usaha menjaga tahap kesihatan anak, ada beberapa tindakan yang boleh dilakukan ibu bapa seperti menjaga kebersihan diri anak, memberi suntikan imunisasi supaya mencegah penyakit tertentu, membekalkan makanan yang bernutrisi tinggi dan sebagainya.

Walaupun sudah memberikan yang terbaik untuk menjaga kesihatan anak, namun anda harus juga memerhatikan setiap gejala yang mungkin muncul di mana sebagai petanda yang si manja mengalami penyakit tertentu.

Salah satu gejala yang membimbangkan adalah mata kuning pada anak yang tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa.

Ini antara punca mata kuning bayi dan kanak-kanak adalah:

 

kenapa mata bayi kuning,

Biasanya mata kuning ini dialami oleh orang dewasa, namun kanak-kanak dan bayi juga tidak terkecuali mengalami masalah ini kerana ia berkaitan dengan kerosakan hati.

Apapun ibu bapa harus tambah pengetahuan ini supaya anda lebih bersedia jika berhadapan dengan situasi penyakit kuning pada si kecil.

#1. Penyakit kuning

Punca utama yang menyebabkan mata kuning pada anak adalah kerana penyakit kuning yang dialami bayi.

Penyakit kuning ini merupakan satu keadaan di mana bilirubin pada bayi mempunyai jumlah yang tinggi di dalam darah.

Bilirubin ini adalah pemecahan hemoglobin yang secara normal akan dikeluarkan oleh tubuh melalui proses hati kemudian terus ke saluran hempedu dan dibuang melalui tinja.

Selain itu, penyakit kuning ini juga petanda kerosakan pada organ hati yang menyebabkan hati gagal berfungsi dengan baik dan memerlukan rawatan yang lebih lanjut.

Penyakit kuning ini juga adalah salah satu gejala hepatitis pada bayi dan kanak-kanak.

#2. Sirosis hati

penyakit demam kuning

Penyebab mata kuning pada anak juga adalah kerana sirosis hati.

Sirosis ini merupakan keadaan pada organ hati di mana terbentuknya jaringan parut yang membuatkan hati tidak dapat bekerja dengan baik.

Sirosis hati ini adalah salah satu penyakit serius yang dapat memberikan implikasi berbahaya bagi anak.

#3. Pengaruh ubat-ubatan

Sekiranya keadaan mata kuning pada anak hanya berlangsung dalam waktu yang singkat maka anda perlu perhatikan jenis ubat yang diambil. Mungkin itu sekadar efek sampingan yang berlaku setelah diberikan ubat berkenaan.

Beberapa ubat ini mungkin mempengaruhi mata anak dari putih berubah menjadi kekuningan seperti Chlorpromazine, Diadonosiine, Isotretinon, rifampizin, isoniazid, serta penggunaan ubatan herbal.

#4. Anemia hemolitik

 mata baby kuning

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Selain kerana pengaruh bilirubin, salah satu penyebabnya kadar bilirubin ini diproduksi oleh tubuh adalah kerana kelainan darah yang disebut anemia hemolitik. Keadaan ini menyebabkan sel darah merah mengalami masalah.

#5. Batu hempedu

Permasalahan kesihatan lain mengapa mata kuning pada anak adalah kerana batu hempedu.

Ini kerana terdapatnya saluran hempedu tersumbat yang disebabkan aliran cairan hempedu menjadi tersekat sehingga bilirubin yang diproses dalam hati tidak dapat bertindak dengan baik.

Keadaan tersebut akan menyebabkan risiko penyakit kuning pada anak mahupun orang dewasa.

Selain mata berwarna kuning, gejala lain yang dapat menandakan munculnya batu hempedu seperti perut sebelah kanan rasa sakit, nyeri punggung, demam, pucat, mual dan muntah.

Selain batu hempedu, gangguan pada pankreas juga dapat memicu terjadinya masalah pada aliran cairan hempedu.

Justeru, inilah antara sebab mata kuning pada anak yang harus diwaspadai oleh ibu bapa supaya lebih menjaga kesihatan mereka.

Jika terdapat sebarang keraguan, jangan berlengah dan segera bertindak dengan membawa anak berjumpa doktor.

Jangan lupa untuk terus membaca artikel-artikel di laman website theAsianparent Malaysia kerana ada banyak lagi maklumat menarik yang akan kami sajikan buat anda.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Hamil.co.id 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Kerap Beri Susu Ibu, Daun Pisang Dipercayai BERKESAN Turunkan Kuning Bayi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Ibu Jangan Berlengah Jika Mata Bayi Kuning, Ia Petanda Gejala Penyakit Yang Serius
Kongsikan:
  • Bayi masuk ICU lepas dirawat dengan petua untuk penyakit kuning ini! Jangan suka-suka cuba petua

    Bayi masuk ICU lepas dirawat dengan petua untuk penyakit kuning ini! Jangan suka-suka cuba petua

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Bayi masuk ICU lepas dirawat dengan petua untuk penyakit kuning ini! Jangan suka-suka cuba petua

    Bayi masuk ICU lepas dirawat dengan petua untuk penyakit kuning ini! Jangan suka-suka cuba petua

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.