X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

4 min bacaan
Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

Ubat cirit birit dan demam bayi adalah 1.Air Rebusan Daun Jambu Batu 2.Bubur Nasi Kosong 3.Pisang Masak Ranum 4. Air Garam Rehidrasi (ORS)

Bila si kecil tiba-tiba asyik membuang air besar yang cair dan lebih kerap dari biasa, itu tandanya dia sedang mengalami cirit-birit. Cirit birit juga boleh sebabkan demam. Jadi apa ubat cirit birit paling sesuai untuk bayi?  

▲▼Isi Kandungan

  • Keadaan Bayi Cirit Birit
  • Dehidrasi Kesan Bayi Cirit Birit
  • Petua Hilangkan Cirit-Birit Bayi & Anak Kecil

Keadaan Bayi Cirit Birit

Keadaan ni memang boleh buat mak ayah gelisah, terutama kalau cirit-birit datang sekali dengan demam  bayi jadi makin tak selesa, asyik meragam, kurang selera makan dan susah tidur.

Kadang-kadang puncanya cuma jangkitan ringan pada sistem penghadaman, tapi kalau tak dikawal awal, boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan perlu beri mereka ubat cirit birit yang sesuai dan berkesan. 

Dehidrasi Kesan Bayi Cirit Birit

Apa yang paling perlu dipantau ketika bayi cirit-birit adalah tanda-tanda dehidrasi iaitu kekurangan cecair dalam badan. Bila bayi kehilangan banyak air melalui najis cair, badan mereka boleh kering dalam masa yang singkat.

Antara tanda-tanda dehidrasi termasuklah bibir dan mulut kering, mata kelihatan cengkung atau kurang air mata ketika menangis, kurang buang air kecil (lampin masih kering selepas 6 jam) dan badan lemah atau lesu luar biasa.

Dan kalau cirit-birit berlaku ketika bayi demam, risiko dehidrasi akan jadi lebih tinggi. Sebab itulah penting sangat untuk pastikan bayi sentiasa minum dan rehat secukupnya.

Petua Hilangkan Cirit-Birit Bayi & Anak Kecil

Sebelum terus berikan ubat cirit birit, anda boleh cuba dahulu beberapa petua tradisional turunkan cirit-birit bayi yang lebih semula jadi dan lembut untuk perut si kecil:

1.Air Rebusan Daun Jambu Batu

Sesuai untuk anak yang dah mula makan makanan pejal. Rebus daun jambu, biar suam dan beri sedikit untuk diminum.

2.Bubur Nasi Kosong

Makanan paling mudah hadam dan bagus untuk bantu ikat najis.

3.Pisang Masak Ranum

Kaya dengan pektin, bagus untuk menenangkan perut dan mengurangkan najis cair.

4. Air Garam Rehidrasi (ORS)

Boleh didapati di farmasi, penting untuk menggantikan elektrolit yang hilang akibat cirit-birit.

Kalau dah cuba petua-petua ni tapi cirit-birit masih berlarutan, atau najis berdarah dan bayi kelihatan sangat lemah cepat bawa ke klinik atau hospital. Mungkin bayi perlukan ubat cirit birit yang sesuai dari doktor.

Jika Menyusu Badan

Teruskan penyusuan seperti biasa. Susu ibu mengandungi antibodi semula jadi yang sangat membantu untuk lawan jangkitan dan elakkan dehidrasi. Malah, inilah “ubat” terbaik untuk bayi ketika sakit!

Minum Susu Formula

Jika bayi minum susu formula, cuba perhatikan sama ada susunya sesuai. Ada sesetengah bayi yang tak serasi dengan jenis formula tertentu, terutama yang mengandungi laktosa. Boleh bincang dengan doktor untuk pertukaran jenis susu yang lebih sesuai ketika cirit-birit.

Telah Mengambil Makanan Pejal

Jika bayi atau anak kecil sudah mula makan, elakkan makanan bergula, berlemak atau tinggi serat. Beri makanan yang “lembut” untuk perut seperti bubur nasi, sup ayam, roti putih atau pisang. Jauhkan dulu makanan pedas, buah mentah dan produk tenusu buat sementara waktu.

Cirit-birit bayi, terutamanya ketika bayi demam, memang memerlukan perhatian lebih daripada ibu bapa. Tapi jangan panik, ada banyak cara yang boleh dicuba untuk ubat ciriy birit dari petua tradisional hinggalah pemantauan cecair yang cukup.

Kalau keadaan tak bertambah baik dalam sehari dua, atau anak nampak makin lemah, segera dapatkan rawatan doktor. Dan ingat ya, ubat cirit birit hanya perlu diberi dengan nasihat doktor, bukan sembarangan.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Cirit Birit Tapi Aktif? Ibu Ayah, Ini Cara Pastikan Anak Tidak Dehidrasi & Selesa

Baca juga: 5 Petua BERKESAN Hilangkan Masalah Cirit-Birit Tanpa Perlu Ke Klinik Atau Makan Ubat

Baca juga: Bayi Batuk Kering, Tips Atasi Dan Hilangkan Batuk Bayi Dengan BERKESAN

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Perasaan Sedih Saat Hamil, Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ini RISIKO Pada Janin

    Perasaan Sedih Saat Hamil, Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ini RISIKO Pada Janin

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Perasaan Sedih Saat Hamil, Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ini RISIKO Pada Janin

    Perasaan Sedih Saat Hamil, Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ini RISIKO Pada Janin

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham