Bayi batuk kering memang boleh buat ibu bapa rasa risau tak tentu arah. Mana tidaknya si kecil asyik batuk tapi tak keluar kahak! Biasanya, bayi batuk kering bunyinya lebih kasar dan kering berbanding batuk biasa, dan selalunya berlaku waktu malam atau bila cuaca sejuk.
Bayi Sakit Tekak
Walaupun nampak ringan, batuk jenis ni boleh ganggu tidur si manja dan buat mereka cepat letih. Tapi jangan panik! Dengan penjagaan yang betul dan perhatian penuh kasih sayang, batuk si comel boleh reda dengan cepat. Yang penting, pantau pernafasan dan pastikan mereka cukup rehat dan hidrasi.
Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak Bayi
Biasanya bayi batuk kering akan mengambil masa dalam satu ke dua minggu untuk reda sepenuhnya. Sebenarnya, bila si kecil terdedah kepada kuman dan cuba lawan balik, itu semua adalah proses belajar untuk sistem imun mereka.
Tak banyak yang kita boleh buat untuk “hilangkan” sakit tekak bayi atau bayi batuk kering sepenuhnya, tapi yang penting, bantu mereka rasa selesa, cukup rehat, cukup minum, dan penuh kasih sayang. Berikut adalah tips hilangkang bayi batuk kering:
1. Ubat Titis Hidung
Yang ni memang lifesaver untuk hidung tersumbat! Ubat titis hidung jenis air garam (saline) boleh bantu cairkan hingus, jadi senang dikeluarkan. Tak perlu ubat-ubatan berat pun yang penting, hidung bayi boleh ‘bernafas’ semula!
2. Pengambilan Cecair
Walaupun baby belum boleh minum air masak (bawah 6 bulan), pastikan dia cukup susu badan atau susu formula. Bila cukup cecair, lendir dalam badan pun lebih mudah keluar, dan tekak yang kering sebab batuk tu pun jadi lebih lega. Hydration is key, ibu ayah!
3. Penyedut Hidung
Alat kecil tapi power! Lepas guna ubat titis hidung, sedut perlahan-lahan guna penyedut hidung. Bunyi dia macam pelik sikit… tapi percayalah, bayi anda akan bernafas jauh lebih lega lepas tu!
4. Madu (Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas)
Untuk bayi yang dah berumur 1 tahun ke atas, madu boleh bantu melegakan batuk kering secara semula jadi. Ia lapisi tekak dan kurangkan rasa gatal yang buat baby batuk kering tak henti tu. Tapi ingat ya — jangan beri madu kepada bayi bawah 1 tahun sebab risiko botulisme.
5. Gunakan Pelembap Udara
Kalau udara dalam bilik terlalu kering, ia boleh buat tekak bayi bertambah tak selesa. Gunakan humidifier atau letak semangkuk air panas dalam bilik untuk lembapkan udara. Tekak yang kering = batuk makin menjadi, jadi pelembap ni memang best untuk bantu redakan bayi batuk kering!
6. Elakkan Punca Kerengsaan
Kadang-kadang, punca batuk datang dari sekeliling kita. Elakkan asap rokok, habuk, pewangi udara atau apa-apa yang boleh buat saluran pernafasan bayi jadi sensitif. Lagi ‘bersih’ persekitaran, lagi senang sistem badan baby nak lawan batuk tu!
7. Mandian Stim
Ini antara cara semula jadi yang ramai parents suka! Bawa bayi masuk bilik air, buka air panas (jangan mandikan dengan air panas ya, cukup biar wap memenuhi ruang), dan duduk bersama selama 10-15 minit.
Wap tu boleh bantu longgarkan lendir dalam saluran pernafasan dan legakan batuk kering si manja. Bukan je lega, tapi biasanya lepas tu baby pun tidur lena.
8. Tinggikan Kepala Semasa Tidur
Bayi batuk kering biasanya akan batuk lebih teruk waktu malam. Cuba tinggikan sedikit posisi kepala bayi semasa tidur contohnya dengan meletakkan bantal kecil di bawah tilam (bukan terus bawah kepala ya!). Ini bantu kurangkan pengumpulan lendir dan elak batuk ganggu tidur malam mereka.
Boleh Ke Berikan Ubat Selesema & Batuk ?
Mesti ada ibu-ibu yang tertanya-tanya, “Eh, selain petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi kat atas tu, boleh tak bagi ubat batuk atau selesema terus je kat baby?” Jawapannya — tak boleh ya, ibu!
Untuk bayi bawah 2 tahun, ubat batuk dan selesema tidak digalakkan langsung, termasuklah kalau bayi batuk kering sekalipun. Badan si kecil masih belum cukup matang untuk proses ubat-ubatan tu, dan ia boleh sebabkan kesan sampingan yang kita tak nak berlaku.
Jadi, selagi boleh, guna cara semula jadi dulu, dan kalau batuk makin teruk cepat-cepat bawa jumpa doktor. Pastikan ibu ayah tidak memberikan ubat kepada bayi batuk kering ya! Takut bawa mudarat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Batuk Pada Bayi Baru Lahir: Ketahui Punca, Gejala Dan Rawatan Yang Selamat Bagi Mengatasinya
Baca juga: Kenali 7 Ciri-Ciri Batuk Yang Berbahaya Pada Bayi, Ibu Sila Pantau Elak Gejala Bertambah Teruk!
Baca juga: Sterilizer Botol Susu, Adakah Memang Perlu Atau Sekadar Gaya?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!