TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

4 min bacaan
Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

Apa itu cerebral palsy? Terdapat pelbagai jenis seperti 1.Spastic Cerebral Palsy 2.Dyskinetic Cerebral Palsy 3.Ataxic Cerebral Palsy

Apa itu cerebral palsy? Cerebral palsy (CP) ialah satu keadaan yang menjejaskan pergerakan, keseimbangan, dan postur badan seseorang akibat kerosakan pada otak yang sedang berkembang – biasanya sebelum, semasa, atau sejurus selepas kelahiran.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Cerebral Palsy?
  • Jenis-Jenis Cerebral Palsy
  • Gejala-Gejala Cerebral Palsy
  • Penyebab Cerebral Palsy
  • Faktor Risiko Cerebral Palsy
  • Diagnosis Cerebral Palsy

Apa Itu Cerebral Palsy?

Kalau nak faham dengan lebih mudah, bayangkan otak adalah “pusat kawalan” badan. Bila pusat kawalan ni terganggu, maka pergerakan fizikal pun akan terjejas.

Walaupun Cerebral palsy tak boleh sembuh sepenuhnya, dengan sokongan terapi dan rawatan awal, ramai individu dengan Cerebral palsy boleh hidup aktif dan berdikari.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy

Cerebral palsy bukan satu jenis saja. Ia datang dalam beberapa bentuk berbeza, bergantung kepada bahagian otak yang terjejas:

1.Spastic Cerebral Palsy

Jenis yang paling biasa. Otot jadi tegang dan kaku, menyebabkan pergerakan jadi terhad atau “tersangkut-sangkut”.

2.Dyskinetic Cerebral Palsy

Menyebabkan pergerakan yang tak terkawal, terutamanya di tangan, kaki, dan muka. Kadang-kadang nampak seperti menggeliat atau tidak sengaja.

3.Ataxic Cerebral Palsy

Menjejaskan keseimbangan dan koordinasi. Anak mungkin susah nak berjalan lurus, senang jatuh, atau tangan bergoyang bila cuba capai sesuatu.

4.Mixed cerebral palsy

Gabungan dua atau lebih jenis Cerebral Palsy. Contohnya, spastic + dyskinetic. Setiap jenis cerebral palsy datang dengan cabarannya yang tersendiri, dan rawatan pun mungkin berbeza mengikut jenis tersebut.

Gejala-Gejala Cerebral Palsy

Gejala cerebral palsy berbeza-beza bergantung pada tahap dan jenis. Tapi antara tanda-tanda umum yang boleh diperhatikan termasuk:

Pergerakan yang tidak seimbang atau kekok, Otot terlalu kaku atau terlalu lembik atau lewat mencapai ‘milestone’ perkembangan seperti duduk, merangkak, atau berjalan.

Selain itu, sukar mengawal pergerakan tangan dan kaki dengan pertuturan, makan, atau menelan dan alam beberapa kes, sawan atau gangguan pembelajaran. 

Kalau ibu bapa perasan anak lambat capai perkembangan motor atau nampak pergerakan ganjil, sebaiknya rujuk doktor untuk pemeriksaan awal. Lebih cepat dikenal pasti, lebih baik rawatannya.

Penyebab Cerebral Palsy

Cerebral palsy biasanya disebabkan oleh kerosakan otak yang berlaku sebelum otak bayi berkembang sepenuhnya. Antara penyebab utama termasuk:

Jangkitan semasa kehamilan (contohnya rubella atau toksoplasmosis), kecederaan kepala semasa atau selepas kelahiran atau masalah bekalan oksigen ke otak ketika proses bersalin.

Selain itu, kelahiran pramatang atau berat lahir terlalu rendah dan masalah genetik yang jarang berlaku. Apa itu cerebral palsy bukanlah disebabkan oleh satu perkara semata-mata. Kadang-kadang gabungan beberapa faktor yang mengganggu perkembangan otak boleh membawa kepada keadaan ini.

Faktor Risiko Cerebral Palsy

Ada beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan anak menghidap cerebral palsy, antaranya:

Kelahiran pramatang (sebelum 37 minggu), berat lahir terlalu rendah (kurang daripada 2.5kg) dan kehamilan berganda (kembar dua, tiga dan seterusnya).

Selain itu, jangkitan pada ibu ketika mengandung dan komplikasi ketika proses kelahiran – contohnya bayi lemas atau terpaksa melalui prosedur kecemasan. Menjaga kesihatan semasa hamil dan mendapatkan rawatan prenatal yang baik boleh membantu mengurangkan risiko-risiko ini.

Diagnosis Cerebral Palsy

Diagnosis cerebral palsy biasanya dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap perkembangan anak. Doktor akan menilai keupayaan motor, refleks, koordinasi, dan tahap perkembangan umum bayi atau kanak-kanak. Antara ujian yang mungkin dijalankan:

Ujian MRI atau CT scan akan dijalankan untuk melihat struktur otak. Selain itu, ultrasound otak biasa digunakan untuk bayi pramatang dan ujian darah untuk mengenal pasti jangkitan atau masalah genetik. 

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Kadang-kadang, cerebral palsy hanya dapat dikesan selepas beberapa bulan, terutamanya bila anak mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan perkembangan atau pergerakan luar biasa.

Sekarang anda dah tahu apa itu cerebral palsy, jenis-jenisnya, gejala-gejala, penyebab, serta bagaimana ia didiagnosis. Walaupun ia satu cabaran, dengan rawatan awal, terapi yang konsisten dan sokongan keluarga, ramai individu dengan cerebral palsy mampu capai potensi mereka. Yang penting, jangan abaikan tanda awal, dan sentiasa rujuk pakar untuk langkah seterusnya.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cerebral Palsy Dalam Kalangan Kanak-Kanak: Punca, Gejala, Jangka Hayat Penyakit & Rawatan

Baca juga: Bayi Batuk Kering, Tips Atasi Dan Hilangkan Batuk Bayi Dengan BERKESAN

Baca juga: Tanda Sakit Buah Pinggang Tahap 1 Yang Perlu Anda Waspada & Segera Dapatkan Rawatan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham