Menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah, ia memerlukan tenaga mencukupi dari tubuh badan yang sihat.
Tidak dinafikan bahawa menjalani kehidupan sebagai ibu ayah di zaman moden ini memberikan cabaran dalam pelbagai bentuk. Peranan ibu amat penting dalam keluarga, buktinya anak-anak dan suami sentiasa memerlukan anda. Jika ibu jatuh sakit, seluruh isi keluarga akan merasainya.
Tanda-tanda anemia pada wanita
Kredit: Shutterstock
Anemia terjadi apabila seseorang tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi.
Di dalam tubuh, zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, yang merupakan protein membawa oksigen melalui aliran darah ke organ-organ.
Apabila mengalami anemia, anda cenderung berasa lebih letih atau sejuk daripada biasanya. Dalam sesetengah kes, anda juga akan mengalami kekurangan zat besi selepas menderma darah.
Menurut data Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2019, jumlah pesakit anemia yang dicatatkan dalam kalangan wanita seluruh dunia berusia antara 15 hingga 49 tahun adalah 29.9% atau bersamaan dengan lebih setengah billion wanita1.
Gejala anemia atau kekurangan zat besi ini mungkin ringan pada mulanya, bahkan anda mungkin tidak menyedarinya.
Tanda-tanda anemia pada wanita dengan gejala sederhana hingga teruk termasuk:
- Sering letih
- Sakit kepala
- Kulit pucat
- Sesak nafas
- Degupan jantung yang cepat
Anda lebih mengetahui tentang badan anda sendiri. Jika anda mengesyaki anda mengalami simptom anemia, sila berjumpa dengan pakar kesihatan dengan segera bagi mengesahkan diagnosis dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Mengapa golongan wanita paling ramai berdepan masalah anemia?
Ada beberapa punca mengapa golongan wanita paling kerap berdepan penyakit ini. Antaranya ialah:
#1. Jadual harian yang begitu padat
Kredit: Shutterstock
Ibu yang bekerja dan dalam masa sama menguruskan keluarga cenderung berdepan tekanan yang begitu tinggi setiap hari. Bukan itu sahaja, waktu kerja yang tidak teratur dan diet tidak sihat boleh mengurangkan zat besi dalam tubuh badan.
#2. Pendarahan haid setiap bulan
Wanita kehilangan darah kira-kira sekali sebulan semasa haid. Zat besi diperlukan untuk membuat darah baru yang menggantikan darah yang hilang setiap kali haid.
#3. Kehamilan dan kelahiran
Ketika mengandung, ibu memerlukan zat besi tambahan bagi menyokong perkembangan bayi ke tahap optimum.
Golongan wanita juga kehilangan darah semasa bersalin. Adalah penting bagi anda yang hamil atau merancang untuk hamil membuat pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran.
#4. Pengambilan zat besi yang tidak mencukupi dan kafein
Kredit: Shutterstock
Kurang pengambilan makanan yang tinggi kandungan zat besi boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan buat jangka masa panjang.
Cara menangani masalah anemia kekurangan zat besi
Ada beberapa cara mengatasi anemia ini. Ia bergantung pada apa penyebabnya. Biasanya keadaan ini melibatkan kekurangan zat besi dalam diet anda, atau masalah badan anda menyerap zat besi yang diambil.
#1. Amalan diet seimbang kaya vitamin dan mineral
Kredit: Shutterstock
Adalah penting untuk mempunyai diet seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk mengelakkan daripada mengalami sebarang kekurangan.
Apabila bercakap tentang anemia kekurangan zat besi, pastikan anda mengambil jenis makanan yang kaya dengan zat besi, vitamin C, vitamin B12, dan folat.
Antaranya adalah bayam, kismis, aprikot, buah prun, daging, telur, ikan dan ayam. Manakala makanan yang tinggi vitamin C ialah limau gedang, buah oren, kiwi, strawberi, tomato dan plum.
#2. Merawat punca pendarahan
Pengambilan makanan tinggi zat besi mungkin tidak berkesan sepenuhnya bagi wanita yang mengalami pendarahan haid berat. Sila berjumpa dengan doktor untuk merawat punca pendarahan.
#3. Supplemen zat besi
Pengambilan supplemen zat besi membantu memulihkan tahap zat besi dalam badan anda. Untuk penyerapan yang lebih baik, anda dinasihatkan mengambilnya ketika perut kosong.
Jika ia membuatkan perut tidak selesa, anda boleh mengambilnya bersama makanan lain. Doktor mungkin mencadangkan anda mengambil supplemen tersebut bersama-sama dengan sumber vitamin C, seperti segelas jus oren atau buah sitrus untuk membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.
Supplemen zat besi yang terbaik untuk mengatasi anemia
Kami mencadangkan anda mencuba Iberet® Folic 500 kerana ia menjadi pilihan kebanyakan ibu di Malaysia.
Iberet ialah vitamin penggalak darah yang berkesan mengatasi anemia kekurangan zat besi. Istimewanya, Iberet® Folic 500 diformulasikan bersama vitamin lain iaitu:
- Zat besi elemen 105mg: Zat besi berunsur tinggi untuk merawat anemia kekurangan zat besi dengan berkesan.
- Vitamin C 500mg: Menyokong penyerapan zat besi.
- Vit B complex membantu meningkatkan tenaga. Ia termasuk 800 mcg Asid Folik (Vit B9) untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.
Selain itu, Iberet® Folic 500 dirumus dengan Teknologi Gradumet®. Sistem pelepasan ini mampu membuatkan perut lebih selesa dan sekaligus mengurangkan kerengsaan gastrik.
Dengan penyerapan zat besi yang optimum dan pengambilan satu biji sehari, atau seperti yang disarankan oleh pengamal kesihatan, Iberet® Folic 500 boleh membantu para ibu agar dapat melalui perjalanan kehamilan dengan penuh gembira.
Untuk maklumat lanjut mengenai supplemen ini, anda boleh terus melayari laman web rasmi Iberet iaitu www.iberet.my.
Sekiranya anda merasakan anda mempunyai simptom anemia, kami menyarankan anda melakukan pemeriksaan doktor di klinik yang berdekatan bagi mengesahkan diagnosis dan memulakan rawatan.
Ini adalah iklan produk ubat.
KKLIU 0375 / EXP 31.12.2025
Rujukan:
- Anaemia in women and children (no date) World Health Organization. World Health Organization.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!