X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Kanak Kanak (HFMD): Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah

9 min bacaan
Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Kanak Kanak (HFMD): Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah

Penyakit kaki, tangan dan mulut kanak-kanak (HFMD) menyebabkan demam, ruam merah, ulser dalam mulut, dan lepuh berair pada tangan, kaki

Penyakit kaki, tangan dan mulut kanak-kanak (HFMD) adalah penyakit berjangkit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka yang berusia bawah lima tahun. Penyakit ini disebabkan oleh virus dari kumpulan enterovirus, yang menyebabkan gejala seperti demam, ruam merah, dan ulser dalam mulut.

Walaupun HFMD tidak berbahaya dalam kebanyakan kes, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara kepada anak, terutamanya apabila ia mengganggu rutin harian mereka seperti makan dan tidur.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut Kanak-Kanak?
  • Cara HFMD Merebak?
  • Siapa Yang Berisiko Penyakit HFMD?
  • Simptom HFMD Kanak-Kanak
  • Apa Perlu Buat Kalau Anak Kena HFMD?
  • Gambar Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut
  • Adakah HFMD Bahaya?
  • Bagaimana HFMD Didiagnos?
  • Rawatan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut
  • Tip Penjagaan Anak HFMD Di Rumah
  • Bolehkah Saya Sentuh Anak Yang Kena HFMD? 
  • Berapa Lama HFMD Akan Sembuh?
  • Bila Perlu Jumpa Doktor?
  • Bolehkah Anak Dijangkiti HFMD Lebih Dari Sekali?
  • Cara Mencegah HFMD
  • Proses Pemulihan Anak HFMD
  • Mitos Tentang HFMD

Apa Itu Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut Kanak-Kanak?

Penyakit kaki, tangan dan mulut kanak-kanak (HFMD) adalah penyakit jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit, biasanya menyerang kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun.

Ia juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak lebih besar dan orang dewasa. Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis virus dalam kumpulan enterovirus, paling biasa ialah Coxsackievirus A16 dan Enterovirus 71 (EV71).

Nama penyakit kaki, tangan dan mulut atau HFMD diambil sempena tanda utama penyakit ini iaitu bintik-bintik dan lepuh merah yang muncul pada tangan, kaki dan mulut. Kadangkala, ruam juga boleh muncul di punggung, lutut dan siku.

penyakit kaki tangan dan mulut kanak kanak, hfmd, anak kena hfmd, penyakit kaki tangan dan mulut, hfmd bayi, hfmd kanak kanak

Cara HFMD Merebak?

HFMD sangat mudah berjangkit dan boleh merebak melalui:

  1. Air liur (batuk, bersin)

  2. Lendir hidung

  3. Cecair daripada lepuh

  4. Najis (terutamanya semasa menukar lampin)

  5. Permukaan tercemar (mainan, tombol pintu, meja)

Anak yang dihantar ke pusat jagaan, tadika atau tempat bermain berisiko tinggi kerana mereka sentiasa dalam jarak dekat dan belum mahir menjaga kebersihan diri.

Lebih membimbangkan, virus ini boleh kekal dalam badan anak walaupun selepas pulih, terutama dalam najis selama beberapa minggu. Oleh itu, kebersihan sangat penting walaupun selepas simptom penyakit kaki, tangan dan mulut kanak-kanak telah hilang.

Siapa Yang Berisiko Penyakit HFMD?

Penyakit kaki tangan dan mulut kanak kanak biasanya menyerang:

  • Bayi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun

  • Kanak-kanak yang berada dalam kumpulan besar (taska, tadika)

  • Kanak-kanak dengan sistem imun lemah

  • Ibu bapa dan penjaga (boleh dijangkiti walaupun gejalanya ringan)

Namun begitu, orang dewasa dan kanak-kanak lebih besar juga boleh dijangkiti, terutamanya jika mereka belum pernah terdedah kepada virus ini.

Simptom HFMD Kanak-Kanak

Berikut beberapa simptom HFMD kanak-kanak yang perlu ibu ayah perhatikan:

1. Demam Secara Tiba-Tiba

HFMD biasanya bermula dengan demam mengejut tanpa tanda awal lain. Suhu badan anak boleh naik mendadak dan menyebabkan mereka kelihatan lemah atau meragam.

2. Sakit Tekak Dan Kurang Selera Makan

Simptom HFMD seterusnya adalah sakit tekak dan kurang selera makan. Akibat jangkitan, tekak menjadi perit dan tidak selesa. Anak mungkin enggan makan atau enggan menyusu kerana rasa sakit semasa menelan.

3. Ulser Dalam Mulut

Luka kecil seperti ulser atau mata ikan muncul di bahagian lidah, gusi dan pipi bahagian dalam. Ini menyebabkan kesakitan yang ketara, terutamanya bila makan atau minum.

4. Ruam Atau Lepuh Berair Di Tapak Tangan Dan Kaki

Bintik merah atau lepuh kecil berisi air akan muncul di tapak tangan dan tapak kaki. Ruam ini boleh gatal atau sakit jika disentuh.

5. Ruam  Di Kawasan Punggung Dan Lutut

Simptom HFMD yang lain adalah ruam di kawasan punggung, lutut atau lipatan kulit, terutamanya bagi bayi yang memakai lampin.

6. Air Liur Meleleh

Disebabkan mulut yang sakit, anak kecil mungkin tak mahu telan air liur, menyebabkan ia keluar meleleh tanpa henti.

7. Anak Meragam Dan Tidak Selesa

Rasa sakit dan ketidakselesaan membuatkan anak jadi lebih mudah menangis, merengek atau susah tidur.

8. Kurang Aktif 

Kanak-kanak yang dijangkiti biasanya jadi kurang bertenaga, tak mahu bermain dan hanya mahu berbaring atau dipeluk.

Apa Perlu Buat Kalau Anak Kena HFMD?

Jika anak kena HFMD atau penyakit kaki tangan dan mulut kanak kanak, ibu ayah perlu segera lakukan 9 perkara ini:

1. Asingkan Anak Daripada Kanak-Kanak Lain

HFMD sangat mudah berjangkit. Elakkan hantar anak ke taska atau jumpa sepupu/kanak-kanak lain selama sekurang-kurangnya 7–10 hari.

2. Pantau Suhu Badan Anak

Jika anak demam, berikan ubat demam seperti paracetamol mengikut dos. Pastikan suhu badan sentiasa dipantau.

3. Beri Anak Minum Air Secukupnya

Anak mungkin tak lalu makan, tapi pastikan mereka minum air kosong, air kelapa, sup atau jus buah (bukan masam) untuk elakkan dehidrasi.

4. Berikan Makanan Lembut Dan Sejuk

Ulser mulut menyakitkan. Bagi makanan lembut seperti bubur, yogurt, aiskrim, atau puri buah supaya senang ditelan.

5. Rehat Yang Cukup

Badan anak perlukan masa untuk melawan jangkitan. Pastikan anak banyak berehat dan tidur secukupnya.

6. Jaga Kebersihan Diri Dan Persekitaran

Basuh tangan anak dan penjaga dengan sabun sekerap mungkin, terutamanya selepas tukar lampin atau sentuh air liur anak.

7. Cuci Barang Anak Setiap Hari

Tuala, mainan, botol susu, pinggan mangkuk dan alat permainan perlu dibasuh dan disanitasi setiap hari untuk elakkan jangkitan berulang.

8. Jangan Pecahkan Lepuh

Lepuh berisi air mengandungi virus. Jangan pecahkan kerana boleh sebabkan jangkitan merebak atau luka menjadi teruk.

9. Dapatkan Nasihat Doktor

Walaupun HFMD biasanya sembuh sendiri, lebih baik dapatkan nasihat doktor untuk rawatan dan pemantauan keadaan anak.

Gambar Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

  1. Ulser mulut: menyakitkan dan boleh menyebabkan anak enggan makan/minum
  2. Bintik merah di tangan dan kaki: boleh menjadi lepuh
  3. Ruam di badan: tidak selalu ada, bergantung pada individu

Jangan keliru antara HFMD dengan penyakit seperti cacar air (chickenpox), campak atau alahan kulit. Corak dan lokasi ruam dalam HFMD adalah unik.

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Kanak Kanak (HFMD): Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Kanak Kanak (HFMD): Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah

Adakah HFMD Bahaya?

Dalam kebanyakan kes, HFMD adalah ringan dan sembuh sendiri. Namun, ada beberapa komplikasi jarang berlaku, antaranya:

  • Dehidrasi: akibat kesukaran menelan

  • Kuku tercabut (beberapa minggu selepas sembuh): tidak berbahaya dan tumbuh semula

  • Meningitis virus: keradangan lapisan otak, jarang tetapi serius

  • Ensefalitis: jangkitan otak, sangat jarang tetapi boleh membawa maut

Strain Enterovirus 71 (EV71) lebih cenderung menyebabkan komplikasi, terutamanya di Asia dan semasa wabak besar.

Bagaimana HFMD Didiagnos?

HFMD biasanya didiagnos melalui pemeriksaan fizikal dan simptom. Ujian darah jarang diperlukan kecuali jika komplikasi disyaki.

Doktor akan memeriksa:

  • Ruam di tangan, kaki dan mulut

  • Demam dan sakit tekak

  • Sejarah kontak dengan pesakit HFMD

Rawatan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

Tiada ubat khusus untuk HFMD kerana ia disebabkan oleh virus. Rawatan adalah berbentuk sokongan, iaitu menguruskan simptom sehingga tubuh sembuh sendiri.

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Kanak Kanak (HFMD): Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah

Tip Penjagaan Anak HFMD Di Rumah

Berikut beberapa tip penjagaan anak HFMD di rumah:

1. Kawal Demam

Berikan paracetamol atau ibuprofen kanak-kanak. Jangan beri aspirin.

2. Pastikan Hidrasi

Galakkan anak minum air, susu, sup atau air garam rehidrasi. Elakkan jus masam dan minuman bergas.

3. Legakan Ulser Mulut

Berikan makanan sejuk seperti yogurt atau aiskrim. Elakkan makanan pedas, masin atau masam. Gunakan gel mulut jika perlu (ikut nasihat doktor)

4. Rehat Secukupnya

Biarkan anak berehat dan tidur lebih. Jangan hantar ke tadika/sekolah sehingga pulih.

5. Jaga Kulit

Pastikan ruam/lepu bersih dan kering. Jangan pecahkan lepuh.

Bolehkah Saya Sentuh Anak Yang Kena HFMD? 

Ya, semestinya boleh peluk dan tenangkan anak, asalkan jaga kebersihan dengan betul!

Apa yang perlu dilakukan:

  • Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh anak.

  • Elakkan sentuhan langsung dengan mulut, hidung atau cecair dari lepuh anak.

  • Kerap nyahkuman permukaan dan mainan anak.

  • Jika anda sedang hamil atau ada sistem imun yang lemah, lebihkan langkah berjaga-jaga. Walaupun jarang berlaku, ada jenis virus HFMD yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Kasih sayang dan pelukan ibu ayah lebih kuat daripada kuman. Cuma pastikan sentiasa bersih dan berhati-hati!

Berapa Lama HFMD Akan Sembuh?

HFMD biasanya sembuh dalam 7 hingga 10 hari

  • Hari 1–2: Demam, kurang selera makan
  • Hari 3–4: Ulser mula timbul dalam mulut
  • Hari 4–6: Ruam atau lepuh timbul di tangan, kaki, dan kadang-kadang punggung
  • Hari 7–10: Simptom semakin berkurang dan anak mula pulih

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Walaupun HFMD selalunya ringan, bawa anak ke klinik jika:

  1. Tidak mahu minum atau menunjukkan tanda dehidrasi (kurang air kencing, mulut kering)

  2. Demam berpanjangan melebihi 3 hari

  3. Ulser mulut terlalu sakit hingga tak boleh makan/minum langsung

  4. Ruam merebak atau bernanah

  5. Anak sangat lesu, tidak aktif atau kelihatan tidak seperti biasa

  6. Ada tanda komplikasi (muntah, leher kaku, sawan)

Bolehkah Anak Dijangkiti HFMD Lebih Dari Sekali?

Ya. Terdapat banyak jenis enterovirus, jadi dijangkiti sekali tidak menjamin imun sepenuhnya. Seorang anak boleh dijangkiti beberapa kali, namun biasanya lebih ringan selepas jangkitan pertama.

Cara Mencegah HFMD

Langkah pencegahan penyakit kaki tangan dan mulut kanak kanak tertumpu pada kebersihan dan pengurusan. Berikut beberapa cara mencegah HFMD:

1. Basuh Tangan Dengan Betul

Ajar anak basuh tangan:

  • Selepas guna tandas

  • Sebelum makan

  • Selepas batuk/bersin

  • Selepas tukar lampin

Guna sabun dan air atau pencuci tangan beralkohol.

2. Bersihkan Mainan dan Permukaan

Disinfeksi permukaan seperti meja, tombol pintu dan mainan secara berkala.

3. Elakkan Berkongsi Barang

Jangan kongsi makanan, minuman, sudu, tuala, botol susu atau puting.

4. Kuarantin Anak Yang Sakit

Anak yang kena HFMD perlu berehat di rumah sekurang-kurangnya 5–7 hari atau sehingga lepuh dan demam hilang.

5. Adab Batuk dan Bersin

Ajar anak tutup mulut dengan tisu atau siku ketika batuk/bersin.

Proses Pemulihan Anak HFMD

  • Kebanyakan anak pulih sepenuhnya dalam 7–10 hari

  • Lepuh kering tanpa parut

  • Ulser mulut sembuh dalam masa seminggu

  • Kuku mungkin tercabut selepas beberapa minggu, tetapi akan tumbuh semula

Mitos Tentang HFMD

Beberapa salah faham biasa:

  • Hanya kanak-kanak boleh kena HFMD: Sebenarnya, Orang dewasa juga boleh dijangkiti, walaupun simptom lebih ringan.
  • Antibiotik boleh sembuhkan HFMD: Tidak benar. HFMD disebabkan virus, bukan bakteria.
  • Sekali anak kena HFMD, dia tidak akan kena lagi: Salah. Boleh kena lagi kerana virus berlainan jenis.

Kesimpulannya, walaupun penyakit kaki tangan dan mulut kanak kanak menyebabkan gejala ruam dan demam, ia sebenarnya adalah penyakit ringan dan boleh sembuh sendiri.

Kuncinya ialah menjaga kebersihan, kawal simptom seawal mungkin, dan beri keselesaan kepada anak anda. Paling penting, jangan panik dan ketahuilah anda sedang melakukan yang terbaik untuk anak anda.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Mayo Clinic, CDC

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Petua Hilangkan HFMD Pada Bayi & Kanak-Kanak Yang Terbukti Berkesan, Tak Sampai Seminggu Dah Pulih!

Baca juga:  Penyakit Kaki, Tangan Dan Mulut: Punca HFMD, Simptom & Cara Merawat HFMD Dengan Cepat

Baca juga:  10 Makanan Untuk HFMD Segera Pulih, Bantu Melegakan Ulser Dalam Mulut Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut Kanak Kanak (HFMD): Panduan Lengkap Untuk Ibu Ayah
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Mengidam Makanan Manis Petanda Apa? Ini Cara Bagi Mengatasi Craving Yang Berlebihan

    Mengidam Makanan Manis Petanda Apa? Ini Cara Bagi Mengatasi Craving Yang Berlebihan

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Mengidam Makanan Manis Petanda Apa? Ini Cara Bagi Mengatasi Craving Yang Berlebihan

    Mengidam Makanan Manis Petanda Apa? Ini Cara Bagi Mengatasi Craving Yang Berlebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham