Apabila anak demam, ibu ayah perlulah memberikan rawatan segera bagi mengurangkan gejala. Namun tahukah anda cara kira dos ubat demam anak yang betul dapat mengatasi gejala menjadi teruk.
Bagi ibu ayah kali pertama, ramai yang berasa keliru tentang cara pemberian dan dos ubat demam yang betul kepada anak.
Di Malaysia, paracetamol adalah salah satu ubat ‘over-the-counter’ yang paling biasa digunakan, terutamanya untuk penyakit ringan yang dihidapi oleh ramai kanak-kanak. Tetapi jika tidak diberi dalam dos yang betul, ia boleh menyebabkannya kurang berkesan dan mendatangkan bahaya.
Cara Kira Dos Ubat Demam Anak
Menurut Dr Syahida dari Klinik Lathika, disebabkan oleh dalam pasaran terdapat dua persediaan (2 strength ) ubat Paracetamol kanak kanak ( dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents tersalah beri dos.
Ada ada 2 persediaan Paracetamol syrup:
1) 120mg / 5ml
* atau ada juga yang 125mg / 5ml
2) 250mg / 5ml
Untuk anak, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati. Manakala jika kurang dos ubat demam anak, maka suhu badan tidak turun (underdose).
Apabila kurang dos ubat, suhu badan tidak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.
Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yang perlu diberi ikut berat badan anak. Formula dan cara kira dos ubat demam anak adalah:
15mg / kg of Paracetamol, every 6 hour
Ini formula nya. Maknanya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol utk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.
* Formula ini terpakai untuk anak yang beratnya <50KG ya.
Contoh berat anak 10kg. So berapa ubat demam paracetamol yang patut kita bagi?
15mg X 10kg = 150mg Paracetamol
Kalau kita guna persediaan paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi ( berapa mL) untuk dapatkan 150mg tu?
Kiraannya:
150 / 120 x 5ml = 1.25 x 5ml
= 6.25ml
So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.
Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pula berapa ml perlu bagi?
150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml
Jadi, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.
Nampak tak, beza 12.5ml VS 6ml ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat. Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.
Formula maksimum dos ubat demam anak dalam 24 jam ialah: 75mg / kg in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dlm bentuk suppository ( makna nya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)
Ambil contoh anak yg berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.
Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.
*Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti tentang cara kira dos ubat demam anak.
Kesilapan Ketika Beri Anak Makan Ubat
- Dos Ubat Demam Adalah Mengikut Berat Anak: Kesilapan yang sering berlaku bila parents bagi ubat ikut umur. Sekian sekian mL untuk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa ibu ayah perlulah mengikut berat badan anak. Ada anak umur 1 tahun yang berat macam anak 2 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur adalah tidak tepat.
- Ubat Berbeza Dan Dos Berbeza: Kesilapan lain ialah salah kira dos ubat (dah ambil kira berat anak), tapi salah persediaan. Disangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan dan baca label ubat betul-betul.
Perlu tahu ya, anak demam adalah bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan diagnosis doktor terhadap menyakit yang dihidapi.
Peringatan Buat Ibu Ayah
- Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, perlu jumpa doktor terlebih dahulu. Jangan beri ubat demam Paracetamol memandai.
- Suhu demam anak tinggi > 37.5 degree.
- Berapa kerap beri anak makan ubat demam? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24jam.
- Apa apa demam yang berserta simptom merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol.
- Anak demam panas berserta dengan meracau
- Anak demam disertai dengan gejala cirit birit teruk.
- Anak demam yang berserta ruam.
- Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dos yang ingin diberikan
Gunakan Picagari Ubat Dengan Betul
Pastikan anda menggunakan alat picagari ubat yang disertakan bersama ubat untuk mengukur dos dengan betul. Jangan gunakan sudu biasa kerana ini boleh mengakibatkan ukuran yang tidak tepat.
Bagaimana Jika Saya Tidak Tahu Berapa Berat Anak?
Adalah lebih baik untuk memberikan dos berdasarkan berat badan, BUKAN umur. Walau bagaimanapun, pembungkusan mungkin memberikan anggaran dos berdasarkan umur – contohnya, 5-6 tahun (18-20 kg).
Julat umur ini boleh digunakan sebagai panduan berapa banyak dos paracetamol untuk si manja. Jika anak kecil atau lebih ringan daripada purata untuk umur mereka, dos mungkin perlu berdasarkan umur yang lebih muda (selalunya kumpulan umur seterusnya ke bawah).
Demam Anak Tidak Turun Setelah Minum Paracetamol
Jika demam anak anda tidak turun selepas mengambil paracetamol, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil:
- Periksa Suhu Badan: Gunakan termometer untuk memeriksa suhu badan anak. Jika suhu badan masih tinggi, ini mungkin bermakna paracetamol tidak berkesan atau dos yang lebih tinggi diperlukan.
- Sediakan Air Minum: Pastikan anak anda kekal terhidrasi dengan baik. Beri minum air atau susu dengan banyak untuk mengekalkan badannya terhidrat dan membantu menurunkan suhu badan.
- Pakai Pakaian Ringan: Pakai anak anda dengan pakaian yang ringan dan longgar. Ini boleh membantu meningkatkan peredaran udara dan membantu badan kanak-kanak untuk menurunkan suhu badannya sendiri.
- Lap dengan Kain Basah: Gunakan kain basah yang diletakkan pada dahi kanak-kanak atau bahagian lain badan kanak-kanak. Ini boleh membantu menurunkan suhu badannya.
- Rujuk Doktor: Jika demam anak anda tidak turun selepas mengambil paracetamol dan anda telah mencuba langkah-langkah di atas, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Doktor akan memberikan rawatan lain mengikut gejala yang dialami si manja.
Kesan Jika Anak Terlebih Ubat Demam Paracetamol
Walaupun paracetamol dalam dos yang betul adalah ubat yang sangat selamat, ia boleh berbahaya apabila terlalu banyak diambil.
Dos ubat demam anak yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati, kegagalan hati dan kerosakan buah pinggang, malah boleh mengancam nyawa.
Jika anda mengesyaki anak anda telah mengambil terlalu banyak paracetamol secara tidak sengaja, anda harus segera mendapatkan bantuan perubatan.
Bila Perlu Jumpa Doktor
Ubat demam atau paracetamol boleh membantu anak anda berasa lebih baik, tetapi tidak merawat punca simptom mereka. Pengambilan paracetamol tidak memberi sebarang perbezaan kepada perjalanan sebenar penyakit yang mendasari, keterukan atau akibatnya.
Jika anak masih tidak sihat, mengalami kesakitan sederhana hingga teruk yang berlarutan lebih daripada beberapa jam, atau telah mengambil paracetamol selama lebih daripada 48 jam, segera membawanya berjumpa doktor.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: 5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!
Baca juga: Susu Full Cream Untuk Anak: Bila Boleh Bayi Minum, Jenis Susu Terbaik & Manfaat Untuk Si Manja
Baca juga: Mahukan Anak-Anak Lebih Bersemangat Bangun Bersahur? Cuba Tips Berkesan Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!