X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?

4 min bacaan
Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?

Bayi cirit-birit dan berak cair membuatkan ramai ibu berasa risau. Namun jangan panik kerana ada beberapa cara bagi mengatasi masalah ini

Gejala bayi cirit-birit tidak boleh diambil mudah kerana sudah terjadi kes di mana ia meragut nyawa seorang anak kecil. Sebagai ibu ayah baru, anda mungkin keliru bagi mengetahui apakah masalah yang dialami oleh si manja dan bagaimana cara bagi merawatnya di rumah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tanda yang biasa berlaku apabila bayi cirit-birit
  • Apakah perbezaan baby cirit-birit dan najis yang normal?
  • Punca cirit-birit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak
  • Cara untuk merawat masalah cirit-birit pada bayi
  • Bilakah anda perlu berjumpa doktor jika bayi terkena cirit birit?
  • Bagaimana cara untuk mengelakkan kejadian cirit-birit ini dari berulang?

Najis bayi yang kadang kala cair itu adalah normal. Namun, bayi anda mungkin sedang mengalami cirit-birit jika dia kerap berak cair dan tiada najis ketul. Sebab itu penting untuk ibu bapa tahu tanda-tanda si kecil mengalami cirit birit.

Tanda yang biasa berlaku apabila bayi cirit-birit

masalah cirit-birit

Tekstur dan jenis najis bayi sebenarnya bergantung kepada kuantiti susu yang diminum oleh si manja. Sekiranya terdapat pengeluaran najis bersama dengan lendiran aneh atau darah, ibu-ibu hendaklah lebih berwaspada akan tanda anak cirit-birit.

Antara tanda-tanda biasa berlaku pada kebanyakan bayi ialah:

  1. Muntah
  2. Demam
  3. Kekerapan membuang air besar melebihi dari kebiasaan

Akan tetapi, ramai ibu bapa yang keliru dengan najis bayi hingga menganggap ia masalah cirit birit, sedangkan najis bayi itu mungkin normal untuk usianya. 

Bayi akan kerap membuang air besar dan perkara itu bergantung sepenuhnya sama ada dia mengambil susu badan atau susu formula.

Apakah perbezaan baby cirit-birit dan najis yang normal?

Najis bayi yang normal akan berwarna kekuningan jika dia diberi susu badan. Najis itu juga akan sedikit cair dan ia boleh berlaku selama lima kali sehari.

Bayi yang menyusu badan juga boleh membuang air besar sejurus selepas mereka habis menghisap susu ibu. Hal ini kerana selepas perutnya penuh, susu ibu akan merangsang saluran usus bayi, membuatkan mereka ingin berak.

Punca cirit-birit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak

Punca utama mengapa bayi mengalami cirit birit ialah kerana rotavirus. Apa itu rotavirus? Ia adalah satu jangkitan usus yang berupaya menjejaskan lapisan dalaman usus, juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Lapisan ini menyebabkan najis cair. Akan tetapi, anda boleh menghalang anak anda dari terkena jangkitan rotavirus dengan mengambil vaksin anti rotavirus di klinik dan hospital swasta.

punca bayi ciri-birit

Antara sebab-sebab lain mengapa masalah ini berlaku adalah kerana:

  • alahan
  • susu formula tidak disediakan dengan sempurna
  • anak kena selesema
  • antibiotik
  • anak keracunan makanan
  • anak kekurangan enzim tertentu

Cara untuk merawat masalah cirit-birit pada bayi

  1. Pastikan bayi minum banyak cecair supaya dia takkan ternyahhidrat. Jika bayi minum susu badan atau susu formula, teruskannya
  2. Beri bayi minum air garam rehidrasi beberapa kali sejam
  3. Jangan beri ubat anti cirit birit kepada bayi. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius
  4. Jangan bawa/tinggalkan bayi ke pusat jagaan sekurang-kurangnya 48 jam selepas cirit birit kerana ia boleh menjangkiti orang lain.

Bilakah anda perlu berjumpa doktor jika bayi terkena cirit birit?

tanda bayi cirit-birit

credit to sources

Cirit-birit mungkin boleh membawa bahaya jika ia tidak berhenti selepas beberapa jam. Namun masalah ini selalunya berhenti dengan sendiri.

Tapi, anda harus berjumpa doktor jika baby cirit-birit masih tidak berakhir walaupun selepas masuk hari ke-2. 

Kebimbangan yang paling menakutkan akibat cirit-birit ialah dehidrasi. Jadi, usah berlengah untuk jumpa doktor jika anak anda menunjukkan tanda-tanda ini:

  • kulit atau bibir menjadi kering
  • bayi jadi lemah lesu
  • menangis tanpa air mata
  • ubun-ubun kepala yang makin mengecut
  • tangan dan kaki bertukar pucat
  • air kencing berwarna kuning pekat
  • kurang air kencing berbanding biasa
  • demam dan cirit birit berterusan

Bagaimana cara untuk mengelakkan kejadian cirit-birit ini dari berulang?

Amalan kebersihan yang sihat dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit lagi. Ini sebab bakteria penyebab cirit-birit boleh dipindahkan dari tangan ke mulut.

Jadi, anda diwajibkan untuk mencuci tangan bersih-bersih dengan sabun selepas menggunakan tandas atau selepas menyalin lampin bayi.

Jkn Perlis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:  Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

Baca juga:  7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

Baca juga: Risaunya Najis Bayi Berwarna Hijau, Apakah Punca Ia Terjadi & Cara Mengatasinya?

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?
Kongsikan:
  • Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

    Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

  • 3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

    3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

    Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

  • 3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

    3 perkara penting anda patut tahu jika anak mengalami cirit-birit

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.