X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Menjayakan Penyusuan Susu Ibu, Begini Cara Menyusu Yang Betul Elak Rasa Sakit

4 min bacaan
Cara Menjayakan Penyusuan Susu Ibu, Begini Cara Menyusu Yang Betul Elak Rasa Sakit

Penyusuan susu ibu yang betul dapat mengelakkan anda rasa sakit dan pedih ketika bayi menyusu badan. Ikuti beberapa panduan dari doktor

Ramai ibu melalui fasa penyusuan susu ibu buat kali pertama akan mengadu puting melecet, bengkak susu, sakit belakang dan sebagainya. Ada yang hingga rasa fobia nak bagi bayi hisap sampai menggigil tahan pedih.

Untuk ibu baru menimang cahaya mata, pastinya proses penyusuan susu ibu sesuatu yang amat janggal untuk dilakukan. Memang bukan mudah bagi memastikannya berjalan lancar tanpa adanya ilmu dan sokongan orang sekeliling.

Penyusuan susu ibu yang betul

Jadi kali ini kami kongsikan saranan doktor tentang cara penyusuan yang betul dan tidak menyebabkan kesakitan pada ibu. 

Penyusuan Susu Ibu

Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, menyusu bayi tidak sepatutnya menyakitkan. Jika sakit ketika menyusu bayi, apa yang ibu perlu buat terlebih dulu adalah semak semula cara latching.

Semak smula cara perlekapan bayi pada puting payudara anda jika rasa tidak selesa, sakit dan pedih semasa menyusukan bayi. Berikut adalah senarai semak yang perlu anda lihat:

#1. Hujung hidung, dagu bayi perlu menyentuh payudara anda

Cara penyusuan yang betul adalah anda perlu pastikan dagu bayi menyentuh payudara anda. Itu adalah posisi terbaik yang disarankan doktor untuk elak kesakitan ketika menyusukan bayi. 

#2. Areola dalam mulut bayi

Sebahagian besar areola (tampuk hitam ) berada dalam mulut bayi. Bukan hujung puting sahaja. Cara menyusu bayi dengan betul adalah memastikan si manja menghisap  bahagian areola tu, bukan hujung puting saja.

#3. Semasa menghisap pipi bayi kembung

Semasa bayi menghisap susu, cuba perhatikan, jika betul cara perlekapan pipi bayi anda akan kembung.

#4. Bibir bayi terjuih sedikit

Penyusuan Susu Ibu

Bibir bawah bayi akan terjuih sedikit ini menandakan perlekapan dan cara penyusuan yang betul.

Menurut doktor ini, teknik perlekapan sangat penting. Jika teknik perlekapan salah memang perlu diperbetulkan untuk elak ibu alami kesakitan dan tidak selesa ketika menyusu bayi. 

Cara penyusuan yang betul untuk ibu baru

Ibu baru jangan putus asa jika mahu menyusukan bayi anda. Apa yang penting anda sudah cuba panduan dan cara penyusuan yang betul. Barulah nanti anda rasa seronok dapat menyusu badan!

#1. Fahami penyusuan badan

Fahami bahawa penyusuan susu ibu berkait rapat dengan konsep demand and supply jadi pastikan ibu fahami perkara itu.

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak yang masih menyusu.

#2. Fahami teknik lekapan yang betul

Untuk mengetahui cara menyusu bayi dengan betul, ibu perlu memahami teknik lekapan atau latch on yang tepat. Teknik ini merangkumi kedua-dua puting dan kawasan sekitar areola.

Umumnya areola akan menjadi sedikit gelap semasa anda sedang hamil dan perubahan ini berlaku sebagai petunjuk kepada bayi kawasan yang perlu dihisap untuk memperolehi susu.

Cara melakukan teknik ini adalah dengan meletakkan bayi anda pada sebelah tangan dalam keadaan posisi yang betul dan selesa. Pegangkan payudara dengan tangan yang sebelah lagi dan suakan puting kepada bayi secara perlahan.

Mendapatkan teknik lekapan yang betul mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia adalah penting dalam teknik dan cara menyusu bayi dengan betul.

Ini kerana jika anda tidak mendapat teknik lekapan yang tepat, si kecil mungkin tidak mendapat jumlah kuantiti susu yang mencukupi untuk tumbesaran. Selain itu, puting anda juga akan berisiko untuk mudah terluka ketika proses penyusuan dilakukan.

#3. Cari posisi selesa

Penyusuan Susu Ibu

Ia adalah satu perkara yang normal jika pada hari pertama anda menyusukan si kecil dan susu yang terhasil tidak begitu banyak.

Ini kerana dalam susu ibu ada tiga jenis susu, iaitu kolostrum dan susu matang yang terbahagi kepada dua; hindmilk dan foremilk.

Kolostrum adalah susu yang terhasil sehingga hari ketiga atau keempat selepas kelahiran bayi. Ia biasanya dihasilkan dalam jumlah yang sangat sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi yang kecil selepas dilahirkan.

#4. Kenalpasti tanda bayi lapar

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Antara tanda yang boleh dikenal pasti seperti:

  • Tanda awal yang menunjukkan bayi lapar
  • Mula menggerakan badan
  • Mengangakan mulut
  • Menoleh kiri dan kanan, untuk mencari puting

therohani, Muhammad Izzat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 perkara gila yang saya tidak tahu tentang menyusu badan: Surat terbuka buat isteri saya

Baca juga: Puting Sakit Semasa Menyusu Bayi, Ibu Ini Punca & Cara Berkesan Bagi Mengatasinya!

Baca juga: Menu Untuk Ibu Menyusu, WAJIB Jaga Pemakanan Barulah Susu Ibu Berkhasiat Untuk Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Cara Menjayakan Penyusuan Susu Ibu, Begini Cara Menyusu Yang Betul Elak Rasa Sakit
Kongsikan:
  • Faktor mengapa penyusuan ibu boleh gagal

    Faktor mengapa penyusuan ibu boleh gagal

  • Ibu, anda perlu tahu 6 fakta ini jika tak mahu penyusuan susu badan anda ada masalah

    Ibu, anda perlu tahu 6 fakta ini jika tak mahu penyusuan susu badan anda ada masalah

  • Faktor mengapa penyusuan ibu boleh gagal

    Faktor mengapa penyusuan ibu boleh gagal

  • Ibu, anda perlu tahu 6 fakta ini jika tak mahu penyusuan susu badan anda ada masalah

    Ibu, anda perlu tahu 6 fakta ini jika tak mahu penyusuan susu badan anda ada masalah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham