X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu, Ini Pentingnya Jadual Penyusuan Bayi Waktu Malam Yang Anda Wajib Tahu!

7 min bacaan
Ibu, Ini Pentingnya Jadual Penyusuan Bayi Waktu Malam Yang Anda Wajib Tahu!

Walaupun mengganggu tidur ibu, tetapi ternyata penyusuan waktu malam mempunyai banyak manfaatnya!

Sejurus melahirkan anak, pola tidur ibu pasti akan berubah dan mengalami kesukaran tidur pada malam hari disebabkan jadual penyusuan bayi khususnya pada malam hari yang harus diikuti oleh para ibu di luar sana.

Bayi baru lahir kebiasaannya ada menyusu setiap 1.5 hingga 2.5 jam pada malam hari mahupun siang hari. Jadi jangan hairan pula jika bayi sering merengek waktu malam, itu tandanya dia ingin minum susu ibunya.

Walaupun anda merasa mengantuk dan penat, anda tetap harus menyusukan anak ya. Beri susu kepada bayi mengikut jadual penyusuan bayi yang sudah terbentuk secara semulajadi sejak si manja dilahirkan.

Selain membuatkan bayi kenyang dan berhenti menangis, penyusuan waktu malam sebenarnya memiliki banyak manfaat, dan bagus untuk perkembangan fizikal di manja pada masa hadapan.

Jadual Penyusuan Bayi: Manfaat Penyusuan Mengikut Masa Ditetapkan

jadual penyusuan bayi, kepentingan menyusukan bayi, penyusuan badan, corak penyusuan bayi, kekerapan bayi menyusu, ibu menyusui, kebaikan susu ibu, polisi penyusuan susu ibu kkm, penyusuan ibu dalam islam, cara menyusukan anak, penyusuan ibu, susu ibu, cara menyusukan anak, menyusukan bayi baru lahir

Berikut merupakan beberapa kelebihan jika ibu mengikut rutin jadual penyusuan bayi baru lahir pada malam hari. 

#1. Menyumbang Kepada Sebahagian Besar Penyusuan Bayi

Menurut Bellybelly, menyusukan bayi pada waktu malam merupakan bahagian penting dari keseluruhan sesi penyusuan dalam 24 jam. Kajian menunjukkan yang sekitar 64% bayi usia 1-6 bulan menyusu 1-3 kali pada malam hari. (jam 10 malam hingga 4 pagi)

Jadi, ini bermakna 20% dari penyusuan ibu dalam 24 jam adalah dari penyusuan pada waktu malam. Jadi ibu tahan mengantuk sebentar ya, agar si manja anda mendapat susu yang cukup!

#2. Membantu Bayi Tidur 

Bayi memiliki pola tidur yang diatur oleh hormon. Semasa bayi menyusu, dalam susu ibu terdapat kandung triptofan, asid amino yang digunakan oleh tubuh untuk membuat melatonin.

Melatonin merupakan hormon yang boleh membantu bayi tidur. Dengan menyusu, ini dapat membantu bayi tidur lebih nyenyak di malam hari hasil mendapat melatonin dari susu ibu.

jadual penyusuan bayi, kepentingan menyusukan bayi, penyusuan badan, corak penyusuan bayi, kekerapan bayi menyusu, ibu menyusui, kebaikan susu ibu, polisi penyusuan susu ibu kkm, penyusuan ibu dalam islam, cara menyusukan anak, penyusuan ibu, susu ibu, cara menyusukan anak, menyusukan bayi baru lahir

#3. Mengurangkan risiko SIDS

Salah satu sebab penting penyusuan bayi waktu malam adalah bagi mengurangkan risiko kematian mendadak pada bayi ataupun SIDS. Keadaan ini lazimnya berlaku kepada bayi baru lahir sekiranya tidak berwaspada.

Menurut National Health and Medical Research Council, sebuah organisasi kesihatan terkemuka di Australia, menunjukkan jika ibu tidak menyusu ini akan meningkatkan risiko SIDS sebanyak 56%. Tetapi dengan jadual penyusuan bayi pada waktu malam, risiko SIDS akan berkurangan,

#4. Menambah Berat Badan Bayi

Apabila bayi lahir dengan berat badan yang kurang atau bertubuh kecil, ibu harus kerap menyusukan bayi ya. Dengan ini, berat badan dan pertumbuhan bayi dapat mencapai tahap normal dengan cepat.

Jika bayi terlelap di malam hari, tapi sudah sekitar 2 jam dia belum bangun menyusu lagi, ibu harus mengejutkan si mana anda supaya menyusu. Tidak masalah jika ibu mengejutkan bayi di malam hari untuk menyusu, kerana perbuatan ini akan menjadikan berat badan naik dengan baik.

5. Agar Bayi Membesar Dengan Baik Secara Semulajadi

Susu ibu mengandungi triptofan yang diperlukan oleh bayi membesar dan mengalami pertumbuhan normal. Dalam tubuh, triptofan membantu menghasilkan hormon serotonin yang boleh membantu menjaga kestabilan perasaan si kecil.

Jadual Penyusuan Bayi: Kekerapan Bayi Menyusu

Persoalan ini juga sering menjadi tanda tanya ibu-ibu baharu di luar sana. Untuk pengetahuan mummy di luar sana, bayi baru lahir seharusnya diberikan susu secara 'on demand' iaitu mengikut permintaan bayi.

Oleh itu, anda perlu mengenali corak penyusuan bayi anda dan cuba untuk menyusukan mereka sebelum mereka merengek dan terlalu lapar.

Ini kerana anda berdua masih dalam proses menyesuaikan diri dengan susu badan. Adalah lebih mudah untuk anda menyusukan bayi baru lahir yang tenang, berbanding juga mereka menangis kelaparan.

Namun, perlu diingatkan juga bahawa corak penyusuan dan kekerapan bayi menyusu adalah tidak sama bagi setiap bayi. Tapi jangan risau sebab anda akan lebih biasa dengan corak ini selepas beberapa minggu menyusukan.

jadual penyusuan bayi

Saiz Perut Bayi Mengikut Sains

Ramai pakar dalam bidang kelahiran bayi sering menyamakan perut bayi baru lahir dengan guli. Ia mungkin tak tepat. Satu guli hanya boleh menampung 5 – 7 mililiter cecair.

Kajian menunjukkan, secara purata, saiz perut bayi baru lahir adalah sebesar bola ping pong dan boleh mengandungi lebih kurang 20 mililiter cecair. Sebenarnya, tiada jawapan yang tepat tentang besar mana perut bayi anda. Setiap bayi lahir dengan saiz perut yang berbeza – ada yang kecil, ada yang besar.

Bukan saja saiz perut yang menentukan selera dan kekerapan bayi menyusu. Akan tetapi, lekapan bayi, fleksilibiti perut mereka dan berapa lama masa yang mereka ambil untuk hadam makanan juga beri kesan kepada selera mereka juga.

jadual penyusuan bayi

Jadual Penyusuan Bayi: Posisi Menyusukan Bayi Yang Selesa

Perlu diingatkan juga bahawa keselesaan itu bergantung kepada individu. Tidak semestinya jika orang lain selesa, anda juga selesa dengan posisi yang sama. Jadi adalah lebih baik anda cuba beberapa posisi dan pilihlah yang mana paling anda selesa.

Sesi menyusu boleh mengambil masa sehingga 40 minit jadi ibu perlu pilih tempat yang selesa untuk menyusu. Cari tempat yang tenang jika anda mudah terganggu dengan bunyi bising.

Jika anda rasa bosan ketika menyusu anak, anda boleh cuba menyusu di hadapan televisyen. Tapi hanya lakukan ini jika susu badan ibu sudah lancar malah ibu dan bayi tidak mudah terganggu dengan bunyi bising dari TV. Ada juga yang memilih untuk membaca buku atau melayari internet ketika menyusu. Boleh sahaja ya, ibu-ibu. Asalkan selesa.

Ini Antara Posisi Menyusu Yang 'Common' Di Luar Sana:

#1. Posisi 'Cradlehold'

Ini adalah posisi menyusu bayi yang paling popular dan kita sering lihat ibu menggunakan posisi menyusu bayi ini sebaik saja anak bersalin. Caranya senang saja, ibu cuma perlu mendukung bayi, dan memastikan hidung anak bertentangan dengan puting payudara.

Sokong bahagian belakang bayi, kemudian pusingkan badannya supaya dia berada dalam kedudukkan perut ke perut sebelum menyusu. Anda juga boleh menaikkan payudara dan meletakkan bantal di atas paha untuk mengelak dari menyandar ke depan kerana ini akan menyebabkan sakit punggung.

#2. Posisi Reverse Cradlehold (Cross-Cradle)

Terbalik dari posisi cradlehold, posisi cross-cradle membolehkan ibu melihat mulut bayi apabila dia mula melekap pada payudara. Posisi ini sesuai untuk bayi yang sukar untuk melekap pada payudara, bayi yang tidak ada lekapan yang baik dan senang terlepas puting payudara dan bayi yang kecil dan pramatang.

#3. Menyusu Sambil Baring

Satu lagi posisi menyusu bayi yang sangat popular dalam kalangan ibu menyusu ialah menyusu sambil baring. Ramai ibu berpendapat ini posisi yang paling selesa, terutamanya apabila menyusu pada waktu malam. Cuma dalam keadaan posisi ini anda harus berhati-hati takut tertimpa bayi jika anda tertidur.

#4. Posisi Football Hold

Letakkan beberapa bantal di bawah lengan dan pegang bayi di atas lengan sambil menyokong kepalanya. Bayi perlu dipegang berdekatan dengan badan seperti memegang sebiji bola sepak. Ibu boleh menghalakan mulut bayi ke puting susu.

Jadual Penyusuan Bayi: Tanda Bayi Anda Sudah Kenyang

Sebaik sahaja bayi anda kenyang, bayi anda akan kelihatan santai, tenang dan mungkin sedang tidur. Biasanya tapak tangannya akan terbuka luas dan badan nampak dalam keadaan sangat tenang dan relaks. 

Namun boleh jadi anak anda akan mengalami sedu jika dia kenyang disebabkan pentingnya anda sendawakan bayi sebaik saja dia kenyang. 

Semoga artikel ini bermanfaat buat para ibu di luar sana. Ingat ya, boleh mula susukan anak sebelum dia mula merengek dan kelaparan. Kesian baby nanti!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca Juga: Ini sebab kenapa anda perlu susukan bayi anda mengikut permintaan!

Baca Juga: Panduan Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Kekerapan & Teknik Lekapan, Barulah Berat Anak Bertambah!

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Baca Juga: Ibu Boleh Stres Bila Bayi Kurang Menyusu, Ketahui 12 Punca & Cara Bagi Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Ibu, Ini Pentingnya Jadual Penyusuan Bayi Waktu Malam Yang Anda Wajib Tahu!
Kongsikan:
  • Tangguh Bagi Bayi Baru Lahir Mandi Didapati Beri Impak Pada Penyusuan Ibu! - Kajian

    Tangguh Bagi Bayi Baru Lahir Mandi Didapati Beri Impak Pada Penyusuan Ibu! - Kajian

  • Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

    Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Tangguh Bagi Bayi Baru Lahir Mandi Didapati Beri Impak Pada Penyusuan Ibu! - Kajian

    Tangguh Bagi Bayi Baru Lahir Mandi Didapati Beri Impak Pada Penyusuan Ibu! - Kajian

  • Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

    Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.