X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Bayi Terus Berhenti Menangis Bila Didukung & Dibawa Berjalan-Jalan?

3 min bacaan
Kenapa Bayi Terus Berhenti Menangis Bila Didukung & Dibawa Berjalan-Jalan?

Anda tahu tak apakah cara buat bayi berhenti menangis? Kajian ini ada menerangkan langkah yang paling senang untuk anda cuba di rumah!

Anda perasan tak yang bayi seolah-olah ada sensor yang dapat mengesan sama ada anda meletakkannya dalam posisi berbaring atau duduk. Mulalah dia menangis bagai nak rak! Dan cara buat bayi berhenti menangis tak lain tak bukan terus kita dukung dan bawa berjalan mundar mandir.

Rupanya cara lama yang mak ayah kita sering buat dulu sememangnya berkesan. Bila mereka lihat cucu mereka menangis, mereka akan berkata:

“Dia nak dukung tu. Cuba angkat dia.”

Kita pun mendukungnya dan dia terus senyap! Tapi pernahkah anda terfikir mengapa sebenarnya bayi ni suka didukung dan tak suka dibiar sendiri?

Cara buat bayi berhenti menangis

cara buat bayi berhenti menangis, cara menghentikan bayi menangis

Kenapa agaknya si kecil kita itu akan berhenti menangis bila kita mengangkatnya dan bawa dia berjalan-jalan?

Rupanya, bayi secara amnya akan berasa tenang apabila didukung dengan posisi berdiri. Menurut penerangan kajian, ia berasal daripada proses survival sejak dari zaman primitif lagi!

Waktu itu, orang zaman batu sentiasa melindungi diri daripada haiwan pemangsa dan keadaan berdiri memberikan isyarat kepada bayi yang mereka bersedia untuk berlari dan menyelamatkan diri!

Wah, menarik bukan penerangan ini? Kita tidak pernah terfikir pun tentangnya.

Eksperimen tentang cara buat bayi berhenti menangis

Kenapa Bayi Terus Berhenti Menangis Bila Didukung & Dibawa Berjalan-Jalan?

Dalam satu kajian, 12 orang bayi yang sihat dipasangkan ECG. Pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi ini dalam beberapa posisi seperti:

  • Berbaring dalam katil kot
  • Duduk dengan bayi
  • Berjalan dengan bayi selama 30 saat

Hasilnya mendapati yang bayi didukung dan dibawa berjalan lebih gembira! Yang lain pula mula tidak senang duduk dan meragam.

ECG yang dipasang pada bayi juga menunjukkan degupan jantung yang lebih tenang ketika dibawa berjalan.

Jom tonton video yang menunjukkan situasi menarik ini.

Menurut penerangan pakar:

“Analisis ini membuktikan yang degupan jantung bayi lebih tenang ketika dibawa berjalan. Data ini mengesahkan yang bayi sememangnya suka didukung sambil berdiri, bukan sahaja dari aspek tingkah laku malah dari segi fisiologi juga!”

Tips untuk mak ayah – Rajin-rajinlah dukung anak!

cara buat bayi berhenti menangis, cara menghentikan bayi menangis

Kredit: Phunulife.vn

Dengan lebih memahami keadaan fisiologi bayi, maka lebih mudahlah untuk kita melayan anak kecil.

Selepas ini, kalau bayi meragam, anda boleh cuba untuk mendukungnya dan bawanya berjalan mundar-mandir di sekeliling ruang tamu atau di luar rumah!

Jadi selain hanya mengangkat bayi dan menghenjut-henjut mereka tidak berkesan. Anda boleh cuba bawa mereka keluar jalan, bersiar di taman sampai melihat pokok-pokok, haiwan dan sebagainya. 

Antara cara lain yang boleh dicuba adalah berbual dengan bayi, dokong bayi sambil menenangkan mereka dengan berkata “jangan menangis sayang, ibu ada”, atau gunakan bunyi seperti “shhhh shhh” berulang kali.

Ia bukan saja boleh menenangkan bayi, malah boleh membuat mereka terlena dengan cepat.

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tanda Bayi Menangis Kerana Percaya & Memerlukan Anda

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kenapa Bayi Terus Berhenti Menangis Bila Didukung & Dibawa Berjalan-Jalan?
Kongsikan:
  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham