X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ini Mengepam Susu Badan Secara Eksklusif Selama Setahun, Dia Kongsi Suka Dukanya

5 min bacaan
Ibu Ini Mengepam Susu Badan Secara Eksklusif Selama Setahun, Dia Kongsi Suka Dukanya

Ibu ini tidak berpeluang untuk menyusu badan terus kerana berhadapan dengan masalah kekurangan tahap gula dalam badan tapi dia berjaya mengepam susu badan secara eksklusif selama 1 tahun. Ini bagaimana dia lakukannya!

Seorang ibu, Yasmine Singh, berkongsi pengalaman mengepam susu badan selama setahun untuk menyusukan anak kecilnya. Sepanjang proses itu, dia menahan dirinya daripada menggunakan susu formula.

Beberapa bulan sebelum melahirkan bayi perempuannya, Yasmine banyak membaca buku tentang proses menyusu badan secara semulajadi. Melalui pembacaan yang dilakukan, dia merasakan yang ia tidaklah sesukar mana.

Namun, perkara sebaliknya berlaku. Bayi perempuan yang dilahirkan mengalami masalah kekurangan tahap gula dalam badan. Jadi, Yasmine terpaksa menukar rancangannya daripada menyusu badan secara terus dan semulajadi kepada membancuh susu formula.

Dia kemudian mendapati anak perempuannya tidak sesuai diberikan susu formula kerana perut si kecil itu sering masuk angin. Akibat daripada percubaan memberikan susu formula dari botol, anaknya juga tidak lagi biasa menyusu secara terus dari payudaranya.

Maka, Yasmine terpaksa pula mencuba proses mengepam dan memberi susu badan dari botol kepada anaknya. Sepanjang setahun dia menjadi ibu yang mengepam susu badan dan menyusu melalui botol, ada beberapa pengalaman yang dia ingin kongsikan dengan para ibu di luar sana.

mengepam susu badan

Source: Romper.com

1# Menyusu dengan Mengepam Susu Badan Lebih Menjimatkan Wang? Salah!

“Seperti ibu lain yang memberikan susu badan kepada anak-anaknya, saya ingat saya boleh berjimat kerana tidak perlu membeli susu formula.”

Yasmine menceritakan bagaimana dia terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli beberapa pam susu badan. Pada mulanya, dia menyangkakan yang hadiah pam susu dari majlis baby shower yang diterimanya sudah mencukupi.

Tetapi, dia tidak larat lagi untuk membasuh pam itu setiap kali habis sesi mengepam. Mahu tak mahu, dia terpaksa membeli beberapa lagi.

Malah, dia juga terpaksa membelanjakan wang lebih untuk membeli beberapa peralatan mengepam dan menyusu lain seperti:

  • Pad nursing
  • Krim puting
  • Beg menyimpan botol dan peralatan mengepam
  • Pek ais
  • Bra yang sesuai untuk ibu yang mengepam susu badan
  • Botol susu tambahan

2# Payudara Akan Mengeluarkan Susu Secara Semulajadi Tanpa Sebarang Masalah? Ia Tidak Benar!

Lagi satu perkara yang pada mulanya difikirkan mudah oleh Yasmine ialah proses mengeluarkan susu dari payudaranya.

Selepas mencuba proses mengepam, barulah Yasmine tahu bahawa ianya tidak semudah yang disangka!

Dia menyedari yang badannya hanya akan mengeluarkan susu yang mencukupi jika dia memimik proses menyusu badan secara terus.

Maka, dia perlu mengepam ketika anaknya sedang menyusu! Dia perlu bangun malam seperti ibu lain apabila anaknya dahaga dan lapar. Sewaktu suaminya memberi susu dari botol, Yasmine pula terpaksa bangun malam bersama dan mengepam susu badannya.

“Ramai kawan-kawan saya ingat yang saya boleh terus tidur malam. Susu badan kan sudah disediakan dalam peti ais. Mereka ingat suami saya boleh menguruskannya sendiri. Tetapi, itu bukanlah apa yang berlaku. Saya juga perlu bangun pada waktu yang sama untuk mengepam susu!”

3# Mengepam Susu Badan Tidak Memerlukan Anda Menjaga Payudara Anda dengan Elok? Salah!

mengepam susu badan

Source: Romper.com

Lagi satu pengalaman Yasmine dalam mengepam dan menyusu susu badan kepada anaknya secara eksklusif selama setahun adalah dia menyedari yang payudaranya amat memerlukan penjagaan yang rapi.

Ia adalah supaya payudaranya dapat terus mengeluar dan membekalkan susu badan yang banyak kepada anak kecilnya.

“Saya baru sedar yang bukan sahaja pam yang memerlukan penjagaan rapi, payudara saya juga memerlukan perkara yang sama. Malah, penjagaannya adalah hampir sama banyak dengan jumlah penjagaan yang diberikan kepada bayi saya!”

Antara penjagaan payudara yang dilakukan oleh Yasmine adalah:

  • Dia perlu sentiasa menyapu krim puting
  • Nursing pad perlu selalu ditukar
  • Dia perlu meletakkan sedikit sumber haba pada payudaranya supaya susu badannya mengalir keluar
  • Dia perlu meletakkan ais untuk mengurangkan rasa sakit pada puting
  • Bajunya perlu sentiasa ditukar apabila susu tertumpah

4# Ibu yang Tidak Menyusu Badan Secara Terus Mempunyai Masa yang Banyak untuk Bersosial? Salah!

Ramai orang ingat yang ibu yang menyusu menggunakan botol mempunyai masa lapang yang banyak. Yelah, anak kecil tidak perlu menempek pada badan. Maka, untuk keluar dan berada di tempat awam adalah lebih mudah.

Namun, bukan itu yang dialami oleh Yasmine. Malah, setiap kali kawannya mengajak dia keluar, dia terpaksa menolak kerana memikirkan masa yang perlu dihabiskan untuk mengepam susu.

“Pamlah pada waktu lain!”

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

“Berikan sahaja dia susu formula.”

Itu adalah antara kata-kata yang diluahkan oleh rakan Yasmine apabila mereka mengajaknya keluar.

Tetapi, bagi Yasmine:

“Saya sebenarnya tiada masa untuk keluar. Saya terpaksa mengatur jadual mengikut waktu saya mengepam susu badan. 6 bulan pertama adalah yang paling sukar. Saya mengepam setiap dua ke tiga jam! Selain itu, saya juga terpaksa meluangkan masa yang lama untuk mengepam kerana bekalan susu badan yang banyak!”

Yasmine selalu terfikir untuk berputus asa dan memberikan sahaja susu formula kepada bayi perempuannya. Malah, dia juga sering menangis!

“Saya menangis apabila susu tidak keluar. Saya menangis apabila puting saya rasa sakit. Saya menangis apabila saya terpaksa menghabiskan masa mengepam dan bukannya bermain dengan bayi saya. Saya menangis bila saya terpaksa mencari tempat untuk mengepam ketika berada di luar. Saya juga menangis bila saya rasa ingin berputus asa!”

Pengalaman Mengepam Susu Badan Menginspirasikan

Ibu Ini Mengepam Susu Badan Secara Eksklusif Selama Setahun, Dia Kongsi Suka Dukanya

Dengan berkongi susah payah dan suka duka pengalamannya dalam mengepam dan menyusu susu badan secara eksklusif selama setahun, Yasmine berharap yang ibu-ibu di luar sana mendapat sokongan dan motivasi daripada kisahnya.

Bagi Yasmine Singh, proses tersebut memerlukan disiplin diri dan pengorbanan yang tinggi. Dia merasakan yang jika dia menerima lebih banyak sokongan dari orang di sekeliling, pasti dia akan mendapati yang proses itu lebih mudah untuk dilakukan.

“Saya berharap akan ada lebih ramai orang di luar sana yang menyokong para ibu yang mengepam susu secara penuh dan eksklusif. Kerana, bagi kami, proses (mengepam dan bukannya menyusu secara terus dari payudara) itu sahajalah pilhan yang kami ada!”

Semoga bermanfaat.

Sumber: Romper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu Ini Berjaya Mengepam 8 Gelen Bekalan Susu Badan! Bagaimana Dia Buat?

Baca juga: Bekalan Susu Badan Semakin Berkurang? Ada Ibu Makan Ubat Domperidone, Namun Adakah Ia Selamat?

Baca juga: Apa resipi sup tambah susu badan yang terbukti berkesan dan anda patut cuba ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Ibu Ini Mengepam Susu Badan Secara Eksklusif Selama Setahun, Dia Kongsi Suka Dukanya
Kongsikan:
  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham