X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ibu Boleh Stres Bila Bayi Kurang Menyusu, Ketahui 12 Punca & Cara Bagi Mengatasinya

4 min bacaan
Ibu Boleh Stres Bila Bayi Kurang Menyusu, Ketahui 12 Punca & Cara Bagi MengatasinyaIbu Boleh Stres Bila Bayi Kurang Menyusu, Ketahui 12 Punca & Cara Bagi Mengatasinya

Punca bayi kurang menyusu boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Ibu jangan cepat tertekan kerana ada cara untuk berdepan masalah ini

Ibu mana yang tidak risau bila bayi kurang menyusu. Dup dap dup dap jantung risau sungguh apabila bayi hanya minum 1 ke 2 onz saja. Selebihnya, si kecil hanya berkedip mata tak pun tidur sepanjang hari. Tahukah anda ada beberapa punca bayi kurang menyusu?

Ada ketikanya, bayi hanya menutup malu mulutnya atau mengelak ketika diberi puting payudara ke arah mulut. Bagaikan mogok atau merajuk saja lagaknya! 

Punca bayi kurang menyusu dan langkah bagi mengatasinya

bayi enggan menyusu

credit to sources

Kemudian mulalah ibu makan macam-macam untuk banyakkan lagi susu badan yang berkhasiat tapi bayi kurang menyusu juga. Alahai nak buat apa lagi ini, ya? 

Jangan risau ibu, pertama — apa yang patut anda lihat adalah punca bayi kurang menyusu. Adakah sebab bayi kurang sihat, perut kembung atau posisi ibu dalam kedudukan yang tidak betul ataupun sebab-sebab lain?

Keduanya, ibu perlu tahu bagaimana bayi kurang menyusu ini dapat diatasi. 

#1 . Punca bayi kurang menyusu- kedudukan bayi yang salah

Kedudukan bayi ketika menyusu yang salah boleh menyebabkan si manja berasa tidak selesa.

Langkah penyelesaian: Betulkan posisi bayi dan ibu dengan betul dan selesa. 

#2. Teknik penyusuan salah atau bayi mengalami masalah tongue tie

Langkah penyelesaian: Perbetulkan cara penyusuan supaya susu badan lebih banyak keluar bila dihisap bayi. 

#3. Bayi keliru puting. Biasanya berlaku apabila puting tiruan diberi terlalu awal

Langkah penyelesaian:

– Boleh perah susu dan berikan kepada bayi melalui tiub atau cawan jika tak boleh menyusu secara terus. 

– Berhenti dari memberi susu secara botol. 

-Beri susu menggunakan cawan atau sudu.

-Galakkan sentuhan kulit ke kulit. 

-Beri galakkan dengan lekapkan puting pada bayi tanpa paksaan.

-Rujuk ahli fisioterapi untuk rangsangan otot mulut. 

#4. Bayi tidak sihat

Langkah penyelesaian: Rujuk pakar perubatan dan dapatkan penyusuan bayi yang betul ketika sakit.

#5. Bayi cerewet dengan bunyi bising atau bau ibu yang berbeza

Langkah penyelesaian: Pastikan keadaan selesa dan tiada bau-bauan yang berbeza ketika bayi menyusu. 

#6. Perkembangan fungsi motor sedang berkembang. Mereka masukkan jari ke mulut sedangkan sudah kenyang

bayi taknak menyusu

foto: mommy’s diary of life

Langkah penyelesaian: Ibu perlu lebih memahami tindak balas dan bahasa bayi

#7. Ibu salah anggap bayi nak menyusu tapi sebenarnya si kecil ingin dimanja dan didukung ibu

  • Langkah penyelesaian: Fahami kehendak bayi dan beri perhatian pada bayi dengan cara yang lain. 

#8. Susu tak lancar atau tersumbat. Bayi merajuk bila rasa belum puas menyusu

Langkah penyelesaian: Jika bayi merajuk, tenangkan si kecil itu sebelum menyusu semula. Amalkan cara ini untuk merawat saluran susu tersumbat. 

#9. Bayi tersedak akibat pengeluaran susu yang terlalu laju. Selepas itu, bayi tak mahu lagi menyusu

Langkah penyelesaian: Sendawakan bayi di pertengahan penyusuan kemudian sambung semula. Ia mengelak bayi dari tersedak. 

#10. Payudara bengkak dan areola tegang tapi bayi tak boleh lekap lidah dengan betul kerana pendek

Langkah penyelesaian: Perah susu sebelum menyusu bayi jika payudara membengkak supaya mulut bayi melekap di puting dengan lebih baik. Cuba rawat payudara bengkak dengan rawatan kobis.

#11. Bayi sudah mula minum susu melalui botol dengan terlalu kerap

penyusuan

credit to sources

Langkah penyelesaian: Elakkan guna botol susu atau tambahan susu formula terlalu awal.

#12. Bayi lemah seperti pramatang, kurang gula dalam darah, metabolik dan kurang hormon tiroid. Si kecil ini hanya kemam puting dalam mulutnya tapi tak menghisap

Langkah penyelesaian: Sekiranya bayi tak aktif, segera rujuk ke pakar perubatan.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bersemangat untuk menyusukan bayi sehingga umurnya mencecah dua tahun. Teruskan usaha itu dan kongsikan artikel ini untuk rujukan di masa hadapan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mithali moms

Baca juga: Risaunya Bayi Enggan Menyusu, Ini Sebab & Cara Mengatasi Perubahan Rasa Susu Ibu 

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan 

Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, No #5 Wajib Para Ibu Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Ibu Boleh Stres Bila Bayi Kurang Menyusu, Ketahui 12 Punca & Cara Bagi Mengatasinya
Kongsikan:
  • Normal ke kalau bayi kurang menyusu lepas ambil makanan pejal? Ini kata pakar

    Normal ke kalau bayi kurang menyusu lepas ambil makanan pejal? Ini kata pakar

  • Panduan Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Kekerapan & Teknik Lekapan, Barulah Berat Anak Bertambah!

    Panduan Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Kekerapan & Teknik Lekapan, Barulah Berat Anak Bertambah!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Normal ke kalau bayi kurang menyusu lepas ambil makanan pejal? Ini kata pakar

    Normal ke kalau bayi kurang menyusu lepas ambil makanan pejal? Ini kata pakar

  • Panduan Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Kekerapan & Teknik Lekapan, Barulah Berat Anak Bertambah!

    Panduan Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Kekerapan & Teknik Lekapan, Barulah Berat Anak Bertambah!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.