X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu

5 min bacaan
Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena TahuUmur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu

Umur berapa bayi tumbuh gigi antara persoalan yang kerap ditanya para ibu. Perkembangan anak tidak sama, ada yang usia 7 bulan sudah ada gigi

Ibu yang baru mempunyai anak pasti akan tertanya-tanya umur berapa bayi tumbuh gigi kerana tiada pengalaman yang dapat bantu mengenali tanda-tanda bayi tumbuh gigi. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Umur berapa bayi tumbuh gigi? - Jadual perkembangan gigi susu di bahagian rahang atas 
  • Jadual perkembangan gigi susu di bahagian rahang bawah 
  • Fakta mengenai pertumbuhan gigi si manja
  • Apakah peranan gigi susu?
  • Umur berapa bayi tumbuh gigi dewasa pula? (bahagian gigi atas) 
  • Bila gigi dewasa tumbuh? (bahagian gigi bawah) 
  • Bila patut anda bawa anak jumpa doktor gigi? 

Secara lazimnya, gigi anak mula tumbuh sekitar usia enam bulan dan kebiasaannya, gigi susu pertama yang tumbuh adalah dua gigi tengah di bawah. Seterusnya, akan muncul empat gigi tengah di bahagian atas. 

Umur berapa bayi tumbuh gigi? - Jadual perkembangan gigi susu di bahagian rahang atas 

Gigi lain akan muncul perlahan-lahan dan mula mengisi ruang gusi bayi di sisi rahang atas atau di bawah sehinggalah semua 20 batang gigi keluar pada umur 2 setengah tahun sampai 3 tahun. 

Gigi susu ini bertahan hingga anak berumur 6 ke 7 tahun dan akan tanggal satu persatu bagi menggantikan gigi dewasa atau gigi kekal. 

Di bawah ini kami sertakan umur berapa bayi tumbuh gigi dan tanggal. 

umur berapa bayi tumbuh gigi, gigi bayi lambat tumbuh, terlambat tumbuh gigi pada bayi, bayi lambat tumbuh gigi, perkembangan gigi, tumbesaran gigi susu, tumbesaran gigi dewasa, bayi tumbuh gigi, tumbuh gigi, gigi, gigi bayi, gigi anak, anak tumbuh gigi, tanda anak tumbuh gigi,jadual gigi anak, jadual pertumbuhan gigi bayi, jadual pertumbuhan gigi anak

Gigi atas  Umur gigi keluar  Umur gigi tanggal 
Gigi kacip (Central incisor) 8 sampai 12 bulan 6 sampai 7 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor)  9 sampai 13 bulan 7 sampai 8 tahun
Gigi taring (Canine/cuspid) 16 sampai 22 bulan 10 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama (First molar) 13 sampai 19 bulan 9 sampai 11 tahun
Gigi geraham belakang (Second molar) 25 sampai 33 bulan 10 sampai 12 tahun

Jadual perkembangan gigi susu di bahagian rahang bawah 

Gigi bawah  Umur gigi keluar  Umur gigi tanggal
Gigi kacip tengah (Central incisor) 6 sampai 10 bulan 6 sampai 7 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor) 10 sampai 16 bulan 7 sampai 8 tahun
Gigi taring (Canine/cuspid) 17 sampai 23 bulan 9 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama (First molar) 14 sampai 18 bulan 9 sampai 11 tahun
Gigi geraham belakang (Second molar) 23 sampai 31 bulan 10 sampai 12 tahun

Fakta mengenai pertumbuhan gigi si manja

umur berapa bayi tumbuh gigi, gigi bayi lambat tumbuh, terlambat tumbuh gigi pada bayi, bayi lambat tumbuh gigi, perkembangan gigi, tumbesaran gigi susu, tumbesaran gigi dewasa, bayi tumbuh gigi, tumbuh gigi, gigi, gigi bayi, gigi anak, anak tumbuh gigi, tanda anak tumbuh gigi,jadual gigi anak, jadual pertumbuhan gigi bayi, jadual pertumbuhan gigi anak

  • Secara umumnya, setiap enam bulan, gigi bayi akan mula tumbuh.
  • Gigi anak perempuan lebih cepat tumbuh berbanding anak lelaki
  • Gigi bawah keluar dahulu berbanding gigi atas. 
  • Gigi di kedua rahang biasanya tumbuh berpasangan, satu di sebelah kanan dan satu sebelah kiri. 
  • Ukuran gigi susu lebih kecil dan warna lebih putih berbanding gigi dewasa. 
  • Di usia dua ke tiga tahun, seharusnya gigi susu sudah keluar sepenuhnya. 

Kemudiannya semasa umur empat tahun, rahang dan tulang wajah mula tumbuh dan menciptakan ruang di antara gigi susu.

Ia bertujuan bagi menyediakan ruang yang mencukupi supaya gigi kekal yang lebih besar tumbuh. 

Apakah peranan gigi susu?

  • Pertahankan ruang bagi gigi kekal
  • Membentuk wajah normal
  • Bantu perkembangan bertutur yang jelas.
  • Bantu anak mendapatkan nutrien yang sempurna. 
  • Gigi susu yang tanggal terlalu awal atau cepat rosak membuatkan anak sukar mengunyah sekaligus membuatnya kurang makan. 
  • Memberi pemakanan sihat untuk gigi kekal.
  • Jangkitan gigi bayi boleh menyebabkan bintik gelap berkembang di bawahnya ketika gigi kekal tumbuh. 

Umur berapa bayi tumbuh gigi dewasa pula? (bahagian gigi atas) 

umur berapa bayi tumbuh gigi, gigi bayi lambat tumbuh, terlambat tumbuh gigi pada bayi, bayi lambat tumbuh gigi, perkembangan gigi, tumbesaran gigi susu, tumbesaran gigi dewasa, bayi tumbuh gigi, tumbuh gigi, gigi, gigi bayi, gigi anak, anak tumbuh gigi, tanda anak tumbuh gigi,jadual gigi anak, jadual pertumbuhan gigi bayi, jadual pertumbuhan gigi anak

Gigi atas  Umur gigi keluar 
Gigi kacip (Central incisor)  7 sampai 8 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor) 8 sampai 9 tahun
Gigi taring (Canine/cuspid)  11 sampai 12 tahun
Gigi premolar pertama (Firts premolar) 10 sampai 11 tahun
Gigi premolar kedua (second premolar) 10 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama (First molar)  6 sampai 7 tahun
Gigi geraham belakang (Second molar)  12 sampai 13 tahun
Gigi bongsu (Third molar / wisdom teeth) 17 sampai 21 tahun

Bila gigi dewasa tumbuh? (bahagian gigi bawah) 

Gigi bawah  Umur gigi keluar 
Gigi kacip (Central incisor)  6 sampai 7 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor) 7 sampai 8 tahun
Gigi taring (Canine/cuspid)  6 sampai 7 tahun
Gigi premolar pertama (Firts premolar) 9 sampai 10 tahun
Gigi premolar kedua (second premolar) 10 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama (First molar) 11 sampai 12 tahun 
Gigi geraham belakang (Second molar)  11 sampai 13 tahun
Gigi bongsu (Third molar / wisdom teeth) 17 sampai 21 tahun

Berdasarkan jadual atas, gigi dewasa mula muncul ketika usia anak enam tahun dan ia keluar berbeza-beza bagi setiap anak. 

Pada usia 13 tahun, sebahagian besar 28 gigi kekal sudah berada pada tempat masing-masing. 

Manakala satu hingga empat gigi bongsu akan tumbuh pada usia 17 tahun hingga 21 tahun sampailah jumlah gigi kekal lengkap 32 gigi. 

Bila patut anda bawa anak jumpa doktor gigi? 

Sebaiknya, anak berusia satu tahun perlu membiasakan diri untuk jumpa doktor gigi.

Jika anak sudah tidak menggunakan botol dan tidak ambil makanan manis, maksudnya gigi dia tetap sihat dan pada usia dua tahun sebaiknya melakukan rutin ini setiap enam bulan sekali. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Putri Fitria. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: "Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,''-Ini Penjelasan Dari Doktor

Baca juga: Anak Suka Gigit Orang Adalah Tabiat Normal, Ia Tanda Anak Belajar Tentang Persekitaran

Baca juga: Gigi Bayi Belum Tumbuh Walaupun Umur Sudah Masuk 8 Bulan, Perlukah Ibu Risau?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu
Kongsikan:
  • Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

    Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

  • Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

    Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

  • Ini Sebab Kenapa Badan Panas Semasa Hamil & Perkara yang Boleh Anda Lakukan Mengenainya

    Ini Sebab Kenapa Badan Panas Semasa Hamil & Perkara yang Boleh Anda Lakukan Mengenainya

app info
get app banner
  • Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

    Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

  • Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

    Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

  • Ini Sebab Kenapa Badan Panas Semasa Hamil & Perkara yang Boleh Anda Lakukan Mengenainya

    Ini Sebab Kenapa Badan Panas Semasa Hamil & Perkara yang Boleh Anda Lakukan Mengenainya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.