X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Gigi Bayi Belum Tumbuh Walaupun Umur Sudah Masuk 8 Bulan, Perlukah Ibu Risau?

17 Mar, 2022
Gigi Bayi Belum Tumbuh Walaupun Umur Sudah Masuk 8 Bulan, Perlukah Ibu Risau?Gigi Bayi Belum Tumbuh Walaupun Umur Sudah Masuk 8 Bulan, Perlukah Ibu Risau?

Gigi bayi belum tumbuh walaupun sudah memasuki usia 8 bulan? Ibu-ibu jangan risau kerana setiap perkembangan bayi tidak sama

''Anak orang lain sudah tumbuh gigi, tapi anak saya pula usia sudah 8 bulan, satu gigi langsung tidak kelihatan!'' Pernahkah dalam kalangan ibu-ibu di sini berdepan pengalaman gigi bayi belum tumbuh sedangkan yang seusia dengannya sudah ada gigi.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Normal belum tumbuh gigi walaupun sudah 8 bulan
  • Tips membantu pertumbuhan gigi
  • Tanda-tanda pertumbuhan gigi
  • Petua mengurangkan ketidakselesaan bayi
  • Jadual pertumbuhan gigi

Justeru perlukah ibu-ibu risau jika bayi anda mengalami perkara sedemikian? Sebenarnya adalah sangat normal apabila ibu berasa gelisah jika bayi berusia 8 bulan belum tumbuh gigi.

Adakah normal jika gigi bayi belum tumbuh walaupun sudah 8 bulan?

Ibu jangan panik kerana setiap anak memiliki fasa perkembangan dan pertumbuhan yang berbeza sekali gus ibu bapa seharusnya tidak membuat perbandingan zuriat sendiri dengan orang lain.

gigi bayi

Menurut perkongsian di Facebook, bayi berumur 8 bulan belum tumbuh gigi adalah normal, asalkan dia sudah boleh merangkak dengan aktif dan duduk sendiri.

"Ada je bayi yang berumur 8 bulan dah pandai belajar berdiri dengan cara meniti di tepi dinding sambil memegang sesuatu untuk menahan tubuhnya. Jadi usah khuatir kerana kemampuan duduk ini masih normal sehingga anak umur 9 sampai 12 bulan.

"Biasanya, gigi pertama akan mula tumbuh masa bayi berumur 6 hingga 9 bulan. Pertumbuhan gigi ini akan dimulai dari gigi depan bahagian bawah.''

''Kemudian disusuli dengan gigi depan bahagian atas. Selepas itu diikuti pula dengan pertumbuhan gigi belakang," demikian perkongsian oleh Aizah Zarirah. 

Tips bantu pertumbuhan gigi bayi

gigi bayi

  • Berikan anak minum susu yang mempunyai nutrisi seimbang. Sekiranya anak minum susu badan yang tidak mencukupi, ibu boleh bagi juga bayi anda minum susu formula, atas nasihat doktor.
  • Berikan baby mainan gigit untuk membantu merangsang pertumbuhan giginya. Ia boleh diberikan sejak umur 5 bulan dan carilah mainan gigit yang mengandungi bahan selamat.
  • Pastikan makanan yang disediakan untuk anak mengandungi kalsium tinggi seperti ikan atau sayur-sayuran.

Tanda-tanda pertumbuhan gigi si manja

Bagaimana ibu boleh mengesan pertumbuhan gigi bayi anda? Menurut laman MyHEALTH, terdapat beberapa tanda-tanda menunjukkan pertumbuhan gigi anak.

  • Menangis kerana tidak selesa
  • Suka menggigit atau mengunyah
  • Melelehkan air liur
  • Demam (suhu badan meningkat sedikit)

Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit-birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik atau hospital dengan segera.

Petua mengurangkan ketidakselesaan bayi ketika tumbuh gigi

Pertumbuhan gigi bayi turut mengundang rasa tidak selesa kepada mereka. Justeru ibu boleh ikuti petua ini untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dialami oleh si manja

  • Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
  • Berikan ubat penahan sakit jika perlu.
  • Urut – urut gusi perlahan-lahan dengan jari yang bersih atau kain yang lembut dan basah.
  • Biskut tanpa gula- ini boleh diberikan kepada bayi lebih 6 bulan yang telah mula makan pejal.

Jadual pertumbuhan gigi mengikut usia

gigi bayi

Gigi kacip : (incisor) 6 hingga 9 bulan

Gigi geraham : (molar) pertama 12 hingga 15 bulan

Gigi taring : (kanin) 18 hingga 20 bulan

Gigi geraham : (molar) kedua 24 hingga 36 bulan

Facebook, Better Health
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Persediaan Fizikal & Mental Sebelum Bersalin Caesar, Ini Info PENTING Ibu Kena Tahu!

Baca juga: "Puan Ambil Balik Anak, Dia Peliklah”- Baru 2 Hari Hantar Tadika, Ibu Sedih Anak Dilabel Tidak Normal

Baca juga: Anak Juga Terdedah Dengan Risiko Kemalangan Di Rumah, Ibu Ayah Awasi Si Manja Anda!

Stories Rakan Kongsi
Mums: We Want Resilient Children
Mums: We Want Resilient Children
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Gigi Bayi Belum Tumbuh Walaupun Umur Sudah Masuk 8 Bulan, Perlukah Ibu Risau?
Kongsikan:
  • Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

    Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

  • Ambil Susu & Baring, Ibu Hebat Ini Berjaya Melatih Bayi Kembar Tiga Behave Ketika Menyusu

    Ambil Susu & Baring, Ibu Hebat Ini Berjaya Melatih Bayi Kembar Tiga Behave Ketika Menyusu

  • Empat Hari Masuk Wad Bil Hospital Isteri Cuma RM17, Suami Terkejut Masa Nak Bayar

    Empat Hari Masuk Wad Bil Hospital Isteri Cuma RM17, Suami Terkejut Masa Nak Bayar

app info
get app banner
  • Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

    Allah Ambil Satu Dari Dua, Pilu Bayi Kembar Meninggal Dalam Perut, Tubuh Terbelit Tali Pusat

  • Ambil Susu & Baring, Ibu Hebat Ini Berjaya Melatih Bayi Kembar Tiga Behave Ketika Menyusu

    Ambil Susu & Baring, Ibu Hebat Ini Berjaya Melatih Bayi Kembar Tiga Behave Ketika Menyusu

  • Empat Hari Masuk Wad Bil Hospital Isteri Cuma RM17, Suami Terkejut Masa Nak Bayar

    Empat Hari Masuk Wad Bil Hospital Isteri Cuma RM17, Suami Terkejut Masa Nak Bayar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.