X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

7 min bacaan
Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya

Ramai ibu menyatakan kebimbangan tentang sukatan (onz) susu yang perlu diberikan pada bayi. Ini maklumat lengkap yang anda patut tahu.

Menjadi kebiasaan bila baru bersalin, anda akan tertanya-tanya berapa banyak bayi minum susu dalam satu hari atau dalam satu-satu masa? 

Ada yang menyatakan, si kecilnya minum susu enam hingga lapan auns dalam satu masa. Wah, banyaknya minum! Tapi, tidakkah ia terlalu banyak bagi perut bayi yang baru lahir? 

Kalau dua auns pula nampak macam sikit sangat, alamak! Berapa banyak bayi minum susu dalam satu masa sebenarnya ini? 

Isi Kandungan

  • Berapa Banyak Bayi Minum Susu? 
  • Pola Makan Untuk Bayi Baru Lahir
  • Mengapa Bayi Yang Minum Susu Formula Minum Lebih Banyak Daripada bayi Menyusu Badan?
  • Jadi, Berapa Sukatan Sebenar Untuk Beri Bayi Minum? 
  • Jadual Kuantiti Susu Mengikut Umur Bayi
  • Kuantiti Susu Untuk Bayi Menyusu Badan
  • Sukatan Susu Formula Untuk Bayi 0-6 Bulan

Berapa Banyak Bayi Minum Susu? 

berapa banyak bayi minum susu. sukatan susu bayi, jumlah susu ibu, jumlah susu formula, susu formula, susu ibu, penyusuan susu ibu, jumlah pemberian susu pada bayi, jumlah penyusuan bayi baru lahir, kuantiti susu untuk bayi baru lahir, kuantiti susu untuk baby, kuantiti susu untuk bayi

Persoalan ini sering membelenggu ibu dalam pantang. Berapa banyak bayi minum susu? Kenapa bayi minum susu formula lebih banyak berbanding bayi yang diberi susu ibu?

Pola Makan Untuk Bayi Baru Lahir

Ibu, jangan terlalu risau dan yakin bahawa anda tidak melakukan sesuatu yang salah. Minum lebih banyak susu tidak semestinya lebih baik. 

Terdapat satu kajian dijalankan pada 16,755 bayi di Belarus. Pengambilan susu formula diberi pada kesemua bayi tersebut.

Mereka mendapati bayi yang diberi susu formula minum sebanyak 49% pada usia satu bulan, 57% ketika tiga bulan dan 71% pada umur lima bulan. 

Kajian lain juga dijalankan di Austaralia terhadap bayi yang menyusu terus dari ibu umur antara 1 hingga 6 bulan.

Mereka minum 3 auns dalam satu masa. Tapi sewajarnya, bayi bawah enam bulan minum jumlah susu yang sedikit berbanding bayi 6 bulan hingga 1 tahun. 

Mengapa Bayi Yang Minum Susu Formula Minum Lebih Banyak Daripada bayi Menyusu Badan?

Terdapat beberapa sebab untuk perkara ini. Antaranya ialah

1. Aliran susu 

berapa banyak bayi minum susu. sukatan susu bayi, jumlah susu ibu, jumlah susu formula, susu formula, susu ibu, penyusuan susu ibu, jumlah pemberian susu pada bayi, jumlah penyusuan bayi baru lahir, kuantiti susu untuk bayi baru lahir, kuantiti susu untuk baby, kuantiti susu untuk bayi

Kredit: lifestyle okezone

Hal ini berkaitan aliran susu ketika bulan pertama selepas bersalin. Si kecil mempunyai refleks secara automatik mencetuskan tindakan ketika menyusu. 

Ada beza antara susu ibu dan susu formula. Antaranya, susu ibu akan melalui penurunan jika anda tidak menyusu secara konsisten.

Tapi, susu formula lebih konsisten. Sebab itu bayi akan lebih cenderung rasa kenyang bila minum susu formula. 

2. Bayi yang diberi susu ibu ada kawalan yang lebih besar

Masalah dalam penyusuan adalah anda tidak tahu berapa banyak bayi minum susu. Jika dia nampak puas hati lepas lima minit minum, anda mungkin akan memujuknya lagi untuk minum lebih banyak. 

Walau bagaimanapun, jika anda melihat berat badan bayi semakin meningkat dan kelihatan gembira setiap hari selepas diberi minum susu, anda harus percaya naluri bayi sendiri untuk berapa banyak susu yang si kecil mahu minum.

3. Kadar metabolisme yang berbeza

berapa banyak bayi minum susu. sukatan susu bayi, jumlah susu ibu, jumlah susu formula, susu formula, susu ibu, penyusuan susu ibu, jumlah pemberian susu pada bayi, jumlah penyusuan bayi baru lahir, kuantiti susu untuk bayi baru lahir, kuantiti susu untuk baby, kuantiti susu untuk bayi

Kredit: lunatots

Nutrisi yang terdapat dalam susu ibu adalah lebih bermanfaat. Selain itu, susu ibu mempunyai hormon leptin dan adiponectin. 

Hormon ini membantu bayi mengawal selera makan dan metabolisme tenaga mereka. 

5. Stok susu yang dipam tidak mencukupi 

Situasai lain yang membuat ibu dilema adalah antara direct breast feed atau nak pam susu badan. Ramai ibu tidak ada masalah nak direct feed baby. Namun mereka ada masalah bila susu tidak mencukupi untuk dibuat stok. 

Kadang-kadang ibu perlu pam susu sebanyak dua ke tiga kali sehari supaya si kecil kenyang semasa menyusu. Ini yang membuatkan ibu bimbang tentang berapa banyak bayi minum susu dalam satu masa. 

Jadi, Berapa Sukatan Sebenar Untuk Beri Bayi Minum? 

Bayi yang menyusu dengan botol susu minum lebih banyak dan ia juga berkaitan dengan jenis susu yang diberikan. 

Namun, anda boleh kawal penyusuan itu dengan memberikan botol susu yang mempunyai lubang lebih kecil supaya aliran susu lebih perlahan. 

Bagaimana nak buat? 

  • Jangan upgrade lubang botol susu. Biarkan si kecil minum secara perlahan yang sesuai dengan usianya yang masih bayi. 
  • Pastikan bayi anda tegak ketika menyusu supaya dia berasa penuh dan tidak memerlukan lebih banyak susu.
  • Ketika menyusu rehatkan bayi sekejap. Biarkan si kecil tahu perutnya sudah kenyang dan tidak hanya menghisap puting botol susu dengan lebih lama. 

Jadual Kuantiti Susu Mengikut Umur Bayi

Berikut adalah sukatan susu untuk bayi yang perlu ibu-ibu tahu:

Purata bayi perlukan 2-3OZ bagi setiap 0.5kg berat bayi pada setiap hari.

Usia: 0-3 Minggu, Berat: 0-3.5kg

  • 1-2 oz susu setiap 2-3 jam
  • 8 ke 12 kali susuan dalam sehari
  • 8-24 oz jumlah susu untuk sehari

Usia: 3 Minggu – 3 Bulan

  • 3-4 oz susu setiap 3-4 jam
  • 6-8 susu setiap hari
  • 24-32 oz jumlah susuan dalam sehari

Usia: 3 Bulan – 6 Bulan

  • 4-8 oz susu setiap 4-6 jam
  • 4-6 susu setiap hari
  • 24-32 oz jumlah susuan dalam sehari

Usia: 6 Bulan hingga 9 Bulan

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
  • 6-8 oz susu setiap 4-6 jam
  • 6 kali susuan dalam sehari
  • 32 oz jumlah susu dalam sehari

Nota: Waktu usia 6 bulan ke atas sudah boleh diajar atau perkenalkan makanan pejal sebagai permulaan makanan

Usia: 9 Bulan – 12 Bulan

  • 7-8 oz susu setiap 4-6 jam
  • 3-5 kali susuan dalam sehari
  • 24 oz jumlah susuan dalam sehari

Usia: 12 Bulan Ke Atas

  • 4 oz susu setiap 6 jam
  • 4 kali susuan dalam sehari
  • 16 oz jumlah susu dalam sehari

Nota: Jangan bimbang sekiranya bayi kurang minum berbanding makan. Sediakan jenis makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti puree buah atau sup.

Kuantiti Susu Untuk Bayi Menyusu Badan

Mesti ibu tertanya-tanya berapa kekerapan bayi untuk minum susu terutama bayi baru lahir. Kalau terlebih bayi akan muntah tapi kalau terkurang bayi akan menjadi letih dan kekurangan berat badan.

Berikut adalah adalah kuantiti susu untuk bayi menyusu badan mengikut umur:

  • O – 1 Bulan : 30ml-60ml (1oz-2oz)
  • 1 – 2 Bulan : 90ml-120ml (3oz-4oz)
  • 2 – 6 Bulan : 120ml-180ml (4oz-6oz)
  • 6 – 1 Tahun : 180ml-220ml (6oz-8oz)

Sukatan Susu Formula Untuk Bayi 0-6 Bulan

Semua ibu baru pasti akan berasa bimbang dan keliru mengenai sukatan susu formula yang betul. Pastinya ibu-ibu ingin tahu apakah kuantiti susu formula untuk bayi? Apakah jenis formula yang sesuai?

Susu formula adalah makanan tambahan yang dihasilkan sebagai sumber nutrisi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Biasanya ia dalam bentuk serbuk yang dilarutkan dalam air atau cecair. Komposisi formula bayi direka bentuk berdasarkan susu ibu.

Biasanya formula mengandungi whey susu dan kasein susu yang disucikan sebagai , campuran minyak sayuran sebagai sumber lemak, laktosa sebagai sumber karbohidrat, campuran vitamin-mineral, dan bahan-bahan lain bergantung kepada pengilang.

Di samping itu, terdapat formula bayi menggunakan kacang soya sebagai sumber protein sebagai pengganti susu lembu, dan formula menggunakan protein yang dihidrolisiskan ke dalam asid amino komponennya untuk bayi yang alah kepada protein lain.

Amaran: Jangan berikan bayi anda susu yang terlalu banyak ia akan menyebabkan perut mereka kembung dan melambatkan proses pencernaan.

Berikut adalah menyediakan susu formula bergantung kepada jenis formula yang anda pilih:

  • Serbuk: Masukkan serbuk ke air selepas diukur, dan goncang dengan kuat. Ibu boleh menyediakan sebotol setiap kali minum atau menyediakan dalam kuantiti yang besar untuk disimpan.
  • Cecair pekat: Cecair padat ini juga dicampur dengan air. Untuk mengisi botol 2 ounce, tambah 1 auns air kepada 1 auns cecair cecair, kemudian goncangkan bersungguh-sungguh.
  • Sedia untuk suapan: Cuma buka dan tuangkan formula siap pakai ke dalam botol bayi anda. Tiada pengukuran atau pencampuran diperlukan. Formula siap untuk suapan datang dalam kontena 2, 6, atau 8-bendalir. Sebaik sahaja dibuka, tutup sebarang formula yang tidak digunakan dan simpankannya sehingga 48 jam.

Nota: Kebanyakan bayi yang baru lahir meminum kira-kira 1.5 hingga 3 auns formula setiap 2 hingga 3 jam.

Semoga artikel ini bermanfaat dan ibu pun tak bimbang lagi tentang berapa banyak bayi minum susu dalam satu masa. 

Rujukan:

  1. Centers for Disease Control and Prevention. (2022, March 22). How Much and How Often to Feed Infant Formula.  https://www.cdc.gov/nutrition/infantandtoddlernutrition/formula-feeding/how-much-how-often.html
  2. NHS Choices. (n.d). https://www.nhs.uk/conditions/baby/breastfeeding-and-bottle-feeding/bottle-feeding/formula-milk-questions/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Berat Boleh Naik!

Baca juga: Cara Keluarkan Susu Badan Sebelum Bersalin, Ini Panduan Buat Ibu Baru Agar Penyusuan Jadi Lancar!

Baca juga: Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Berapa Banyak Bayi Perlu Minum Susu Sehari? Ketahui Sukatan Susu Bayi Yang Betul Mengikut Usianya
Kongsikan:
  • Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

    Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

  • Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

    Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

    Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

  • Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

    Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.