Jika anak kecil tidak mahu menyusu badan lagi, langkah alternatif ialah memberi susu formula untuk si manja anda. Namun, susu formula haruslah dibancuh dengan betul agar boleh mengekalkan khasiat kepada bayi. Apakah cara bancuh susu formula yang betul?
Air yang melebihi 70 darjah Celcius tidak selamat untuk botol susu yang mengandungi BPA, di mana ia akan bertindak balas dengan haba dan akan membebaskan bahan kimia yang berbahaya untuk si kecil
Langkah-langkah membancuh susu tepung haruslah dipatuhi agar dapat membekalkan khasiat kepada si kecil. Ibu ayah tahu tak apa cara bancuh susu formula yang betul? Berikut cara-caranya:
Cara Bancuh Susu Formula Yang Betul
- Air masak yang telah sejuk harus dituangkan ke dalam botol susu
- Tuangkan sedikit demi sedikit sehingga air di dalam botol berkeadaan suam. Nisbahnya adalah 1 bahagian air panas dicampurkan 4 bahagian air masak.
- Sudu yang disediakan di dalam tin harus digunakan untuk menyukat susu formula. Ikuti arahan pada kemasan tin.
- Tutup dan ketatkan botol susu. Goncangkan botol susu hingga larut dan sebati.
- Uji suhu susu dengan menuang botol susu di atas tapak tangan. Ia sepatutnya tidak panas, dan suam.
Elak Benda Ini Semasa Menyediakan Susu Bayi
- Terus masukkan susu formula yang disukat ke dalam botol.
- Menuang air panas terus dalam botol.
- Nisbah yang selebihnya tuang air sejuk.
- Memanaskan susu menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Info Tambahan Tentang Cara Buat Susu Bayi
- Lebihan susu yang terdedah harus dibuang jika tidak diminum selepas 2 jam.
- Elakkan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan susu bayi kerana ia akan menyebabkan berlakunya titik panas, menyebabkan mulut bayi melecur.
- Elakkan menggunakan botol susu yang mengandungi BPA (Bisphenol A), yang amat berbahaya jika bertindak balas terhadap haba dan boleh menghasilkan bahan kimia yang berbahaya terhadap anak-anak.
Semoga perkongsian tentang cara bancuh susu formula dengan betul berguna untuk semua ibu ayah di luar sana!
Selamat mencuba.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 18 Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja
Baca juga: Untuk Ibu-Ibu Yang Baru Menimang Bayi, Ini Antara Susu Formula Langkah 1 Terbaik
Baca juga: 9 Susu Formula Tahap 3 Terbaik & Penuh Khasiat Untuk Si Cilik Anda!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!