X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Keluarkan Susu Badan Sebelum Bersalin, Ini Panduan Buat Ibu Baru Agar Penyusuan Jadi Lancar!

5 min bacaan
Cara Keluarkan Susu Badan Sebelum Bersalin, Ini Panduan Buat Ibu Baru Agar Penyusuan Jadi Lancar!

Cara keluarkan susu badan sebelum bersalin membolehkan para ibu lebih bersedia menimang cahaya mata tanpa sebarang masalah penyusuan

Menimang cahaya mata yang pertama memerlukan ibu mempelajari pelbagai ilmu baharu seperti menguruskan bayi, menyusu dan pemakanan harian. Walau bagaimanapun ramai ibu tidak tahu ada cara keluarkan susu badan sebelum bersalin.

Hal ini adalah untuk mengelakkan masalah puting tersumbat atau bengkak susu. Ramai ibu menganggap bahawa susu badan akan keluar secara semula jadi dan mudah sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan.

Namun sebenarnya jika anda kali pertama bergelar ibu dan belum pernah menyusukan bayi, ia memerlukan beberapa persediaan awal bagi melancarkan proses penyusuan ini.

Cara keluarkan susu badan sebelum bersalin

banyakkan susu badan

Penyusuan adalah salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh ibu baru. Sesetengah wanita atau bayi mungkin berdepan beberapa masalah atau keadaan lain yang menyebabkan penyusuan ini tidak dapat dilaksanakan.

Justeru bagi membolehkan anda lebih bersedia, cuba beberapa cara keluarkan susu badan sebelum bersalin.

Para ibu dinasihatkan untuk menunggu usia kehamilan memasuki 36 minggu sebelum melakukannya. Bagi anda yang hamil kembar, adalah lebih baik bermula lebih awal kerana risiko bersalin awal dari due date adalah sangat tinggi.

Justeru perahan susu menggunakan tangan disaran buat ibu menyusu kali pertama kerana mengurangkan rasa sakit berbanding menggunakan pam susu. 

Ia juga dapat memastikan bayi mendapat manfaat daripada kolostrum. Teknik ini  disaran oleh NHS Trusts.

Berikut panduan dan cara keluarkan susu badan sebelum bersalin

  1. Bersihkan tangan dan pastikan bekas simpanan susu yang anda gunakan adalah bersih
  2. Cari tempat yang selesa untuk anda melakukan perahan dan kekal bertenang
  3. Pegang payudara dengan jari dengan bentuk ‘C’. Jari andda perlulah dekat dan tidak menyentuh areola. 
  4. Condongkan tubuh sedikit ke hadapan dan biarkan payudara terjuntai ke arah bekas yang mengumpul susu perahan
  5. Tekan jari dan ibu jari ke belakang, ke arah dada anda
  6. Picit perlahan-lahan untuk memampatkan payudara di antara jari dan ibu jari. Luncurkan jari ke arah puting tanpa mengangkat payudara
  7. Lepaskan mampatan tanpa mengalihkan tangan anda dari payudara
  8. Ulang langkah. Gerakkan tangan anda ke bahagian payudara yang berbeza. Mampatkan dengan baik agar susu dapat mengalir dari payudara sepenuhnya. 
  9. Cuba lepaskan dan tekan secara berirama seperti bayi memberi tekanan semasa penyusuan

Alasan anda perlu membuat perahan susu badan dengan tangan

susu badan

Terdapat banyak sebab ada ibu memilih untuk memerah susu badan. Antaranya:

#1. Menyimpan kolostrum ketika bayi tidak bersama

Sesetengah bayi yang dilahirkan dengan masalah kesihatan atau pramatang akan ditahan di wad untuk tempoh yang agak lama. Perahan tangan sebenarnya boleh membuatkan kolostrum dapat dikumpul dan disimpan.

Justeru si kecil anda memperoleh manfaat dari penyusuan ini.

#2. Mengelakkan bengkak susu dan saluran tersumbat

Sesetengah ibu tidak gemar pam susu kerana sifatnya yang agak kasar dan menyakitkan terutamanya bagi wanita kali pertama. 

Justeru jika anda telah bersedia awal sebelum kelahiran bayi, ia sekaligus mengelakkan masalah saluran tersumbat dan bengkak susu.

#3. Mengatasi bayi tidak pandai menyusu

Dalam kes tertentu ada bayi baru lahir enggan menyusu badan disebabkan oleh puting ibu tenggelam, rata atau terlalu besar.

Susu ibu yang tidak lancar juga boleh menyebabkan si kecil anda tidak mahu menyusu secara terus (direct feeding) Bagi ibu yang pertama kali bersalin atau mempunyai masalah kesihatan tertentu, anda mungkin mengambil masa lebih lama untuk susu keluar.

Justeru dengan cara keluarkan susu badan sebelum bersalin dapat membuatkan lebih bersedia dan elakkan dari bergantung pada susu formula.

Ibu juga terhindar daripada tekanan yang sekaligus boleh menganggu penghasilan susu badan.

Kepentingan kolostrum untuk bayi baru lahir

kolostrum susu ibu

Kolostrum boleh berbeza rupa. Kadangkala ia kelihatan agak tebal dan kuning atau oren. Pada masa lain, ia lebih pucat dan nipis. Memerah kolostrum dengan lebih awal tidak akan menjejaskan bekalan susu anda selepas bayi dilahirkan.

Bagi sesetengah ibu, ia boleh menjadi alat berguna bagi memastikan bayi memulakan hidup tanpa bergantung pada ramuan susu formula.

Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk semua bayi telah terbukti oleh penyelidikan saintifik.

Kolostrum mengandungi sifat imunologi yang penting dan mengekalkan kesihatan usus bayi dengan bakteria baik yang melindungi daripada alahan dan penyakit.

Ia juga mengandungi manfaat lengkap seperti protein, lemak dan mikronutrien yang diperlukan untuk bayi serta bertindak sebagai julap dalam membantu pembuangan najis pertama si kecil anda.

Adakah cara keluarkan susu badan sebelum bersalin selamat?

Hormon oksitosin yang dikeluarkan semasa melakukan perahan dapat merangsang pembukaan rahim. Sebenarnya ada pendapat yang berbeza tentang sama ada mengeluarkan kolostrum secara perahan turut berkemungkinan mendorong kelahiran.

Mereka yang menyokongnya tidak percaya bahawa teknik ini dapat membentuk rangsangan yang mencukupi untuk memulakan kontraksi.

Bahkan hubungan seks semasa hamil turut melepaskan hormon oksitosin. Justeru kedua-duanya dianggap selamat semasa ibu mengandung.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada  Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Semoga bermanfaat!

Association of Breastfeeding Mother

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Susu Ibu Adalah Suci & Tidak Boleh Buang Merata, Ini Hukum Buang Susu Badan Ibu Kena Tahu!

Baca juga: Bayi Menangis Hanya Ingin Susu Badan, Ibu Burnout Tak Larat Nak Hadap & Cuba Bertenang

Baca juga:  Lobak Putih Antara Sayur Yang Terbaik Berkesan Membantu Perbanyakkan Susu Badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Cara Keluarkan Susu Badan Sebelum Bersalin, Ini Panduan Buat Ibu Baru Agar Penyusuan Jadi Lancar!
Kongsikan:
  • Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

    Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
    Stories Rakan Kongsi

    Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

  • Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

    Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

  • Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

    Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
    Stories Rakan Kongsi

    Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

  • Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

    Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.