X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

14 Persoalan Penyusuan Yang Sering Dihadapi Ibu Kali Pertama, Ini Penjelasan Pakar Laktasi

6 min bacaan
14 Persoalan Penyusuan Yang Sering Dihadapi Ibu Kali Pertama, Ini Penjelasan Pakar Laktasi

Menyusukan anak kali pertama memerlukan ibu menggali banyak ilmu penyusuan. Mesti dalam fikiran anda tertanya-tanya banyak perkara

Menjadi ibu bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi jika ia adalah pengalaman pertama anda dalam menguruskan bayi. Segala perkara akan berasa kekok termasuklah bila bab menyusukan anak.

Tidak dinafikan proses menyusukan bayi antara salah satu cabaran terbesar kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu. Sehingga ada yang menangis dan kecewa dengan diri sendiri apabila berdepan masalah puting tersumbat, bengkak susu, air susu tidak keluar dan pelbagai lagi.

Soalan yang sering timbul ketika ibu menyusukan bayi

Perunding laktasi, doktor perubatan dan pengasas Bondahaven, Dr Tengku Nur ‘Atiqah sedia memberi jawapan terhadap beberapa permasalahan dan persoalan yang dihadapi oleh kebanyakan ibu.

bondahaven

1. Bagaimana cara untuk menyiapkan diri sejak dari kehamilan bagi melancarkan penyusuan?

Persediaan paling penting untuk penyusuan adalah menyertai kelas penyusuan susu ibu yang dijalankan oleh kaunselor bertauliah. Menjayakan penyusuan pada awal kelahiran memerlukan pengetahuan dan teknik yang betul.

2. Bagaimana cara berdepan dengan sesetengah ibu yang kerap kali menyatakan dirinya tiada susu badan sehingga bergantung pada susu formula sejak dari bayi lahir?

Kita tidak tahu sebenarnya apa cabaran disebalik kata-kata dan pilihan seorang ibu. Jangan terlalu cepat untuk menghukumi dia atas pilihannya.

Boleh cuba tanyakan kenapa dia rasa begitu, dan jika ada fakta yang salah, boleh terangkan. Beritahu pada dia saluran bantuan penyusuan berdekatan yang boleh dia dapati.

Selain itu, jangan memaksa ibu itu. Jagalah tutur bicara supaya tidak menekan emosi ibu lain.

3. Adakah penyusuan bayi pramatang dengan bayi cukup bulan sama?

Tidak semestinya. Ada bayi pramatang yang memerlukan bantuan yang lebih kerana ototnya belum begitu kuat untuk menjalankan penyusuan susu ibu.

Ibu yang melahirkan bayi pramatang perlu diberikan bantuan untuk menghasilkan susu ibu dengan segera, kerana usus bayi pramatang amat sensitif dan akan mudah mendapat komplikasi jika diberikan susu formula.

4. Pentingkah susu badan pekat? Jika terlalu cair adakah ia kurang khasiat?

susu badan

Selain dari khasiat, zat dan antibodi, bayi juga perlukan air. Jadi, susu awal yang cair itu juga sangat penting untuk bayi, bukan hanya susu akhir yang pekat sahaja.

Jika berat anak naik macam biasa dan anak tidak mengalami kembung perut dengan kerap, jangan terlalu fikirkan tentang kepekatan susu ibu. Menyusulah dengan tenang dan gembira 😊

5. Benarkah bayi yang menyusu badan kurang berat badan berbanding dengan bayi minum susu formula

Selepas usia tiga bulan, berat badan bayi yang menyusu susu ibu akan meningkat dengan kadar yang lebih perlahan berbanding bayi yang minum susu formula.

Jangan risau, perbezaan berat badan ini tidak melambangkan kesihatan bayi. Bayi yang lebih berat bukanlah lebih sihat dari kawan kawannya yang lebih ringan.

6. Bagaimana cara bagi mengelakkan masalah oversupply?

Untuk mengelakkan oversupply, jangan mengepam semasa berpantang sekiranya ibu menyusukan anak secara ‘direct’ dengan sepenuhnya.

Hanya ketika terpisah dengan anak sahaja buat perahan susu ibu. Kalau perlu, boleh mula kumpul stock sebulan sebelum ibu masuk kerja semula.

7. Perlukah setiap ibu mengambil suplemen milk booster? Apakah cara lain yang lebih jimat dan selamat?

Cara yang paling berkesan untuk menaikkan ‘supply’ susu ialah dengan meningkatkan ‘demand’. Boleh cuba lakukan power pumping sebanyak sekali sehari selama seminggu.

Uutan payudara untuk kesihatan turut membantu melancarkan dan meningkatkan pengeluaran susu. Pastikan minyak urutan yang digunakan ialah minyak yang selamat, seperti Buds Organics Organic Breast Massage Oil, atau boleh cuba urutan Milk Booster di Bondahaven.

Tiada yang salah dengan pengambilan milk booster, tapi ia bukanlah satu kewajipan. Amalkan pemakanan sihat dengan jumlah kalori yang berpatutan.

8. Apakah cara yang perlu dilakukan jika ibu menyedari susu tidak keluar selepas melahirkan bayi

Sekiranya susu matang tidak dihasilkan dengan banyak pada hari ketiga selepas kelahiran, ibu mungkin mengalami ‘delayed lactogenesis 2’.

Jangan risau, teruskan menyusu bayi setiap kali dia lapar, sehingga 20 minit atau sehingga bayi mula menangis. Kemudian, berikan topup feeding kepada anak menggunakan picagari, sudu, atau cawan (jangan gunakan botol susu).

Lakukan perahan susu selama 15-20 minit sekiranya bayi hanya melekap pada payudara kurang dari 10 minit.
Ulang perkara yang sama setiap kali bayi lapar atau setiap 2 jam, walaupun tiada susu yang keluar semasa perahan.

Percayalah, susu ibu akan keluar juga dalam masa seminggu atau kurang dari itu.

9. Jika bayi baru lahir tidak pandai menghisap, apakah yang perlu ibu lakukan?

Ibu perlu segera dapatkan bantuan dari kaunselor penyusuan yang berdekatan. Jika anda tinggal berdekatan Bangi, boleh hubungi saya di Bondahaven untuk dapatkan temu janji.

Sementara itu, boleh lakukan perahan dan berikan pada anak susu perahan menggunakan picagari, sudu atau cawan (jangan guna botol).

10. Bayi baru lahir kerap kembung selepas menyusu, bagaimana cara yang boleh ibu buat?

cara menyusukan bayi

Bayi yang menyusu selalunya tidak perlu disendawakan. Tetapi, jika bayi kerap kembung atau muak susu, boleh sendawakan dahulu setiap kali selepas penyusuan.

11. Ada yang mengatakan susu ibu dapat membina antibodi bayi. Tapi mengapa anak saya masih kerap jatuh sakit?

Tahniah kerana menyusukan anak dengan susu ibu! Susu ibu sememangnya kaya dengan antibodi. Anak akan mempunyai sistem imun yang kuat, tapi ini tidak bermakna dia akan menjadi kebal dari jangkitan kuman.

Bayi yang disusukan dengan susu ibu tetap akan jatuh sakit, tapi selalunya akan lebih cepat sihat semula.

12. Bagaimana cara yang betul untuk menyusu bayi bagi mengelakkan rasa sakit belakang

Ibu perlu pastikan postur menyusu sentiasa dijaga semasa menyusu, sama ada ketika duduk atau mengiring.

Gunakan bantal yang sesuai untuk lapik belakang dan kepala ibu, dan gunakan juga bantal penyusuan untuk membantu menyokong berat bayi dan mengekalkan posisi bayi yang betul sepanjang penyusuan.

13. Anak saya sudah mula makan makanan pejal, perlukah saya mengurangkan kekerapan menyusu badan?

Pada usia anak 6-12 bulan, susu ibu masih lagi menjadi sumber utama nutrisi untuknya. Tidak perlu kurangkan kekerapan menyusu susu ibu. Ikut sahaja rentak bayi.

Selepas usianya mencecah setahun, barulah makanan akan menjadi sumber utama nutrisi pada bayi dan susu ibu pula menjadi pelengkap nutrisi yang sempurna.

Teruskan juga penyusuan seperti biasa mengikut permintaan anak. Dengan penyediaan makanan yang seimbang, anak dengan sendirinya akan mengurangkan kekerapan penyusuan.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

14. Bolehkah saya masukkan susu ibu di dalam menu makanan anak? Selamatkah jika saya memanaskan susu ibu?

Boleh! Ini akan membantu anak untuk lebih mudah menerima makanan itu. Cuma, ibu perlu sentiasa berwaspada dan berikan makanan itu mengikut tarikh luput susu ibu.

Untuk anda yang masih tercari-cari produk penjagaan bayi, kanak-kanak dan ibu menggunakan bahan semula jadi, boleh terus klik Facebook Buds Organics atau Instagram Buds Organics

Manakala jika ibu ingin dapatkan info dan bantuan berkaitan kehamilan, postpartum dan penyusuan, boleh terus Instagram Bondahaven. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Susu Ibu Adalah Suci & Tidak Boleh Buang Merata, Ini Hukum Buang Susu Badan Ibu Kena Tahu!

Baca juga: ‘Saya Teruskan Penyusuan Badan Walaupun Positif Covid’- Ibu Kongsi Pengalaman Dilaluinya

Baca juga:  7 Soalan Pelik Yang Selalu Ibu Fikir Tentang Penyusuan, Ini Jawapan Dari Pakar Laktasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 14 Persoalan Penyusuan Yang Sering Dihadapi Ibu Kali Pertama, Ini Penjelasan Pakar Laktasi
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham