Pengalaman setiap ibu sepanjang proses menyusukan bayi berbeza bagi setiap orang terutama yang kali pertama bergelar ibu. Perkara ini diakui sendiri oleh usahawan dan selebriti tanah air, Neelofa apabila turut berdepan cabaran saat menyusukan anak iaitu selepas bersalin.
Apa yang anda boleh baca daripada kisah Neelofa?
- Neelofa bersalin dan pantang, pilih belajar ilmu penyusuan dengan pakar
- Neelofa ambil konsultan laktasi, belajar dari A-Z
- Sebar kepentingan mengenai penyusuan ibu
- Penyusuan susu ibu, masalah dan cara atasi
Neelofa bersalin dan pantang, pilih belajar ilmu penyusuan dengan pakar
Pada sesi live Instagram bersama pelakon Izara Aishah, isteri Haris Ismail atau PU Riz itu berkata, dia berkongsi cerita berdepan cabaran menyusukan anaknya, Muhammad Bilal.
“Lofa ada cerita mencabar bila bercakap mengenai breastfeeding. Kalaulah I tahu breastfeeding ini mencabar, Lofa akan buat sebelum beranak.
“I akan berhubung dengan seseorang, bayar dia dan datang ajar saya mengenai breastfeeding. Tiada siapa beritahu saya mengenai breastfeeding.
“Maksudnya orang tak cerita dengan detail, macam mana nak lacth baby betul-betul. Apa dia kalau berlaku bengkak susu, macam mana nak beri ikut jadual. Semua tak ada siapa bagitahu, kena belajar sendiri,” katanya pada sesi tersebut.
Neelofa ambil konsultan laktasi, belajar dari A-Z
Bagaimanapun, Neelofa memaklumkan berkemungkinan dia terlepas mengenai ilmu penyusuan tersebut sewaktu bersalinkan anaknya di hospital.
“Mungkin saya terlepas bahagian itu. Kalau berpatah balik masa itu (sebelum bersalin), mungkin saya akan buat (belajar penyusuan bayi). Belajar betul-betul nak ambil kursus pendek,” katanya berkongsi cerita.
Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia berjaya menghubungi konsultan laktasi yang akan datang ke rumahnya untuk mempelajar ilmu dan teknik penyusuan.
“Masalah susu banyak itu tak sangat tetapi lebih kepada masalah lain macam bengkak susu semua tu. Banyak ibu-ibu dan kita pun tak berapa tahu, tak ada ilmu.
“Tapi saya berjaya berhubung konsultan laktasi dan dia akan datang ke rumah dan ajar dari A to Z mengenai penyusuan ibu dan saya sangat teruja,” katanya.
Mahu sebar kepentingan penyusuan ibu
Pada masa sama, Neelofa juga memberitahu dia merancang untuk memberikan kesedaran kepada ibu-ibu mengenai penyusuan ibu.
“Lofa cakap kat dia (konsultan laktasi), kalau kata Lofa boleh go back on track breastfeeding, saya akan bekerjasama dan bantu dia untuk mewujudkan kesedaran breasfeeding ni sama-sama dengan dia,” katanya.
Penyusuan susu ibu: masalah, rawatan dan cara atasi
Beberapa masalah seperti bengkak payudara, puting melecet dan tidak cukup susu antara masalah biasa dilalui oleh ibu-ibu terutama dalam tempoh dua minggu pertama terutama yang baru melalui pengalaman pertama.
#1) Bengkak susu
Rawatan
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak payudara
- Jangan berhentikan penyusuan.
- Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
- Susukan bayi anda dengan kerap.
- Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
- Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
- Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
- Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
#2) Puting melecet
Rawatan
- Jangan hentikan penyusuan
- Periksa sama ada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
- Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
- Tidak perlu gunakan losyen.
- Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.
#3) Tidak cukup susu
Langkah atasi
- Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
- Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
- Pastikan bayi melekap dengan betul.
- Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
- Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Yakin pada diri sendiri. Anda boleh menyusukan anak anda.
- Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!
Baca juga: Bayi Lelaki Kuat Menyusu Berbanding Bayi Perempuan, Pakar Laktasi Jelaskan Ini Sebabnya
Baca juga: 7 Soalan Pelik Yang Selalu Ibu Fikir Tentang Penyusuan, Ini Jawapan Dari Pakar Laktasi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!