Jika anda baru mula memberi susu badan, mungkin anda ada banyak soalan untuk ditanya kepada pakar laktasi tentang penyusuan susu badan. Bagi sesetengah ibu, menyusu mungkin adalah satu proses semulajadi untuk mereka.
Tapi, ada juga ibu-ibu yang susah untuk menyusukan anak mereka. Jadi, anda jangan risau lagi, okay? Anda tak keseorangan. Ada banyak lagi ibu di luar sana yang mengalami situasi yang sama.
Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, No #5 Wajib Para Ibu Cuba!
7 jawapan dari pakar laktasi bagi soalan pelik yang bermain di fikiran ibu sewaktu menyusu badan
credit to sources
Oleh sebab itu, kami di theAsianparent telah mengumpulkan 7 soalan pelik yang pernah ditanya oleh ibu-ibu tentang penyusuan susu badan.
Semua soalan ini dijawab oleh pakar laktasi. Jom semak apakah jawapan yang anda cari!
1 – Cuaca di luar panas sangat! Adakah susu dalam payudara saya akan basi?
Jawapannya: Tidak.
“Susu di dalam payudara anda berada dalam suhu 37 darjah,” kata Diana West, dari La Leche League International.
Selagi susu masih di dalam payudara anda, ia tidak akan basi. Bakteria hanya akan berkembang di dalam susu ibu yang telah dipam keluar dan menyebabkan ia cepat basi apabila cuaca panas.
Jadi, jangan risau lagi, ya!
2 – Adakah susu saya akan bocor ketika saya melakukan hubungan seks?
Jawapannya: Tidak.
“Ibu-ibu yang menyusu jangan bimbang. Susu anda takkan bocor ketika anda sedang menikmati hubungan seks,” kata Laura María Gruber, seorang pakar laktasi.
Tapi, ada satu perkara yang menggemparkan! Susu badan boleh terpancut jika anda mencapai klimaks. Ini kerana oxytocin, hormon cinta yang ada dalam badan akan menghasilkan tindak balas yang penuh kejutan ini.
3 – Adakah susu badan yang berwarna oren atau biru itu selamat?
Jawapan: Ya, selamat.
Susu badan yang keluar dari payudara seorang ibu tak selalunya berwarna putih.
Rasa dan warna susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan si ibu. Diet yang penuh dengan labu dan lobak merah boleh menjadikan susu berwarna kuning ataupun oren, kata La Leche International.
Sesetengah minuman sukan juga boleh menyebabkan perubahan warna susu.
Tapi jika anda mendapati susu anda berwarna merah, hubungi doktor anda dengan segera. Susu yang berwarna merah, merah jambu, coklat, hitam ataupun hijau boleh mencadangkan ia mengandungi darah, kata Persatuan Penyusuan Australia.
Jika terdapat darah dalam susu ibu, ia mungkin disebabkan oleh puting yang terluka. Ia tidak berbahaya, tetapi ia memerlukan pengesahan doktor.
4 – Payudara saya kecil. Adakah penyusuan akan terjejas?
Jawapan: Ya, ia boleh menjejaskan proses penyusuan anda.
Tapi, jangan risau sangat. Mari dengar apa kata pakar, okay?
“Ibu-ibu dengan pelbagai bentuk payudara dan saiz badan boleh menyusu,” kata Gina Boling, Pengarah Breastfeeding Center for Greater Washington.
Tapi, wanita dengan payudara yang lebih kecil hanya akan mempunyai ruang penyimpanan yang lebih kecil. Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh wanita tersebut?
Tambah Boling lagi –
“Mereka perlu menyusu dengan lebih kerap.”
5 – Bolehkah ibu dengan puting terbalik beri susu badan?
Jawapannya: Ya, boleh.
Tapi, anda perlu menyediakan beberapa langkah persiapan yang bijak sebelum memberi susu badan tersebut.
Antara persiapan yang digalakkan oleh pakar adalah senaman regangan.
“Anda harus melakukan senaman regangan sebelum bayi lahir lagi,” tambah Boling.
Jika ibu gagal merangsangkan puting terbalik sebelum menyusukan anak, penggunaan puting silikon juga boleh membantu.
6 – Bolehkah wanita dengan implan beri susu badan?
Gambar: BBC
Jawapannya: Ya. Wanita dengan implan masih boleh menyusu.
Nicky Naoko Lawnsby, pengasas Pusat Penyusuan dan Kesejahteraan Honolulu, berkata dia telah membantu ramai ibu yang mempunyai implan untuk menyusu secara eksklusif walaupun mereka telah menghadapi beberapa cabaran.
“Apabila terdapat objek tambahan di rongga dada, ia mungkin agak sukar untuk bayi menyusu. Tapi, ibu dengan implan payudara masih boleh berusaha dan memastikan proses memberi susu badan kepada si manja berjaya!”
Lawnsby menjelaskan implan boleh melambatkan pengeluaran susu dan meningkatkan peluang mastitis.
7 – Berapa lama susu badan boleh ada dalam payudara selepas cerai susu?
Jawapan: Tidak menentu. Mungkin sebulan atau bertahun-tahun.
Menurut Boling lagi –
“Sesetengah ibu akan mempunyai susu untuk masa yang lama, sehingga berbulan ataupun bertahun selepas itu.”
Bagaimana? Dapat jawapan yang anda cari-cari selama ini? Jika anda masih mempunyai pelbagai soalan peribadi tentang proses penyusuan susu badan, jangan segan untuk mengajukan soalan anda di ruangan komen di bawah.
Mari sama-sama kita belajar untuk menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak, okay? Selamat berjaya memberi susu badan secara eksklusif selama 6 bulan, ibu semua! Yakin anda boleh!
Sumber: USA Today
Baca juga: Risaunya Bayi Enggan Menyusu, Ini Sebab & Cara Mengatasi Perubahan Rasa Susu Ibu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!