Penyusuan ibu merupakan satu tanggungjawab wanita yang melahirkan anak dan hakikatnya, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Dalam keadaan tertentu, payudara ibu menyusu boleh terkena abses payudara yang menyebabkan adanya bisul di payudara dan bengkak payudara yang disebabkan oleh mastitis.
Bisul di payudara ini terjadi akibat pengumpulan nanah yang terbentuk di bawah kulit akibat serangan bakteria. Keadaan ini dikenali sebagai breast abscess.
Dalam artikel ini menceritakan tentang:
- Kisah benar: bisul payudara rupanya nanah terkumpul
- Penyebab abses payudara
- Bila perlu berjumpa doktor
- Risiko mastitis
- Komplikasi
- Pencegahan
Bisul Di Payudara Rupa-Rupanya Nanah Yang Terkumpul
Seorang wanita berkongsi pengalamannya semasa merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada payudaranya semasa menyusukan bayi.
Siapa sangka, ketulan di payudara semasa menyusu bukan sahaja disebabkan susu yang tersumbat yang boleh dipulihkan dengan tuaman sahaja ya, malah boleh menjadi sesuatu yang lebih serius!
Malah dalam kes wanita ini, dia terpaksa melakukan pembedahan dengan segera. Berikut perkongsian Chynta Eyma di Facebook:



Menurutnya, doktor mengesahkan yang bisul di payudaranya merupakan breast abscess, yang berlaku akibat jangkitan kuman disebabkan luka di payudara.
Tambahnya lagi, ia bukan sahaja boleh berlaku kepada ibu yang menyusukan anak, malah berisiko terjadi kepada wanita lain juga.
Ye, breast abcess boleh terjadi kepada wanita lagi2 ibu2 yang menyusukan anak. Penyebab dia ialah dijangkiti kuman. Jgn cakap sy dan ibu2 yg terkena tu sbb x bagi anak menyusu da tidak perah susu yg tidak disusui. Ianya JANGKITAN KUMAN ok. Antibodi tak kuat mmg mudah ler kena. Tak kira awak menyusukan anak atau tidak, jika ada luka pada breast haruslah dijaga elok2, jaga kebersihan baju dalam,dan kalau yg buat implan tu awak terdedah juga dgn abcess ni. Nampak simple tapi kita perempuan msti ambil kisah perubahan pada payudara kita.
Apa Yang Menyebabkan Abses Payudara?
sumber: www.medicosite.com
Abses payudara sering dikaitkan dengan mastitis, keadaan yang menyebabkan sakit payudara dan keradangan, dan biasanya memberi kesan kepada wanita yang sedang menyusu.
Semasa menyusu, jangkitan boleh berlaku apabila bakteria memasuki tisu payudara, atau jika saluran susu (tiub kecil yang membawa susu) tersekat. Ini boleh menyebabkan mastitis yang yang tidak dirawat boleh menyebabkan pembentukan abses atau nanah.
Malahan, wanita tidak menyusu juga boleh terkena mastitis jika bakteria memasuki saluran susu melalui puting sakit atau retak, atau menerusi puting yang ditindik. Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat mastitis walaupun tidak menyusukan bayi.
Abses payudara berupa benjolan yang menyakitkan dan juga boleh menyebabkan:
- kemerahan
- berasa panas
- menyebabkan kulit di sekitarnya membengkak
- menyebabkan suhu tinggi (demam)
Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor
Segera berjumpa doktor sekiranya payudara kelihatan merah dan sakit. Jika anda mempunyai mastitis, anda mungkin diberi antibiotik untuk merawat jangkitan.
Jika simptom-simptom anda berterusan selepas mengambil antibiotik, doktor mungkin akan melakukan imbasan ultrasound yang akan mengesahkan sama ada anda mempunyai abses payudara.
Sekiranya anda mempunyai abses payudara, cecair atau nanah di payudara akan disedut keluar hanya dengan menggunakan syringe dan jarum suntikan. Untuk abses yang lebih besar, potongan kecil mungkin diperlukan untuk mengeluarkan nanah.
Faktor risiko mastitis
Serangan mastitis semasa menyusu
Puting sakit atau merekah — walaupun mastitis boleh berkembang tanpa kulit pecah
Memakai bra yang ketat atau memberi tekanan pada payudara anda apabila menggunakan tali pinggang keledar atau membawa beg berat, yang mungkin menyekat aliran susu
Teknik menyusu yang tidak betul
Menjadi terlalu letih atau tertekan
Pemakanan yang kurang baik
Merokok
Komplikasi
Mastitis yang tidak dirawat dengan secukupnya atau disebabkan oleh saluran tersumbat boleh menyebabkan pengumpulan nanah (abses) berkembang di dalam payudara anda. Abses biasanya memerlukan saliran pembedahan.
Untuk mengelakkan komplikasi ini, berbincang dengan doktor anda sebaik sahaja anda mengalami tanda atau gejala mastitis.
Pencegahan
Untuk memulakan sesi penyusuan susu ibu dengan bayi pada permulaan yang terbaik — dan untuk mengelakkan komplikasi seperti mastitis — pertimbangkan untuk berjumpa dengan perunding laktasi. Perunding laktasi boleh memberi anda petua dan memberikan nasihat yang tidak ternilai untuk teknik penyusuan yang betul.
Kurangkan peluang anda mendapat mastitis dengan mengikuti petua ini:
- Perah sepenuhnya susu dari payudara anda semasa menyusu.
- Benarkan bayi anda mengosongkan sepenuhnya satu payudara sebelum beralih ke payudara yang satu lagi semasa penyusuan.
- Tukar kedudukan yang anda gunakan untuk menyusu daripada satu penyusuan kepada yang seterusnya.
- Pastikan bayi anda melekap dengan betul semasa penyusuan.
- Jika anda merokok, tanya doktor anda tentang berhenti merokok.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya – Kenali Tanda-Tandanya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!