Siapa sahaja tidak meminta untuk berada dalam keadaan penuh dengan ujian. Namun mungkin ada hikmah sudah ditetapkan oleh Allah buat hambaNya yang sabar. Baru-baru ini telah tular seorang ibu dengan dua anak anaknya pesakit kronik mohon bantuan daripada orang ramai bagi meringankan beban mereka.
Dengan masalah kesihatan dialami tidak mengizinkan dirinya mengerah kudrat bagi memenuhi keperluan diri dan anak-anak, keluarga ini hanya mengharapkan simpati dari badan kebajikan dan orang ramai sahaja untuk terus berjuang meneruskan hidup mereka.
3 beranak hidap penyakit kronik, mohon bantuan orang ramai
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan bagi menggambarkan situasi dihadapi oleh keluarga kecil ini apabila mereka bertiga sama-sama menerima ujian hebat daripada Allah S.W.T.
Memetik kiriman di laman Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial- KELSS, seorang ibu yang dikenali sebagai Nurulhaslina bersama dua anaknya telah menghidap penyakit kronik dan mereka tidak memiliki sumber kewangan yang tetap.
Memahami akan situasi getir ini, sebuah tabung khas untuk mereka telah dilancarkan bagi tujuan sumbangan membeli keperluan harian keluarga ini.
Tabung untukmu sayang- ibu dan dua anak derita penyakit kronik
9.11.20
Assalamualaikum. Kami dengan ini melancarkan tabung tersebut di atas bagi membantu meringankan beban terhadap kos keperluan keperluan khas 3 beranak yang menghidap penyakit kronik.
Ibu- Nurulhaslina Mohamad 34, menghidap penyakit SLE, buah pinggang bocor, asma kronik, injap jantung bocor dan tersumbat, selain disahkan pula kanser payudara pada bulan Ogos lalu. Beliau sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital di Pasir Puteh.
credit to sources
Namun terpaksa berhenti sejak 3 tahun lalu kerana tiada daya lagi untuk bertugas, sebaliknya hanya sering berulang untuk rawatan dan temu janji 3-4 kali sebulan.
Manakala anak pertama- Mohd Rusydan 14, pelajar tingkatan dua SMK Jeram disahkan mengalami masalah jantung tersumbat (heart block) dan bergantung pada susu khas jenis Appeton.
Anak bongsunya pula- Nur Aina Mikayla berusia 1 tahun, menghidap penyakit saluran air mata tersumbat menyebabkan matanya berair, pedih selain menjadi bengkak di awal pagi. Adik Aina juga tiada selera untuk makan seperti kanak-kanak sebayanya dan hanya bergantung sepenuhnya pada susu segera.
Di samping itu, bebanan kos keperluan untuk Nurulhaslina dan dua anaknya itu mencecah RM900 sebulan amat dirasai apabila sumber pendapatan mereka hanya bergantung pada bahu seorang suami yang bekerja sebagai buruh binaan dengan gaji RM50 sehari.
Melalui tabung yang dilancarkan ini, penyerahan akan dilakukan dalam bentuk seperti di bawah selepas kutipan mencecah sasaran dan selesai proses pembelian:
#1. Bekalan susu khas Appeton 900 gram
-2 tin sebulan x 6 bulan x RM120= RM1, 440
#2. Bekalan susu Lactogrow 1.8kg
-3 tin sebulanx 6 bulan x RM60= RM1,080
#3. Bekalan lampin Diaper Wonder Pants ‘XL’
-2 pek sebulan x 6 bulan x RM29= RM348
#4. 1 unit mesin nebulizer RM200
#5. Mohon bantuan kewangan bagi kos ulang alik rawatan RM2, 000
Jumlah keseluruhan yang diperlukan: RM5, 068
Semoga perkongsian rezeki ini dapat membantu meringankan beban mereka, anda boleh salurkan ke akaun rasmi kami seperti yang telah dipersetujui:
CIMB BANK 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Maklumat dan pertanyaan melalui aplikasi Whatsapp boleh tekan:
www.wasap.my/60179404640/TigaBeranak
Keluarga ini beberapa hari lalu disantuni oleh kru kami menerusi lawatan awal ke rumah sewa mereka di belakang SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan.
Nabi SAW pernah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Kami mendoakan semoga keluarga ini diberikan ketabahan untuk melalui setiap ujian dan segera sembuh seperti sedia kala.
Sumber: KELSS, Muftiwp
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compenyakit-payudara
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!