X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya

4 min bacaan
Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya

Tiada perkahwinan yang sempurna tanpa adanya dugaan. Disebabkan oleh ancaman Covid-19, suami hilang sumber pendapatan dan perlu menanggung bebanan hutang.

Ekoran peningkatan kes Covid-19, tempoh kawalan pergerakan telah dipanjangkan lagi. Justeru, setiap individu dilanda kegusaran kerana mereka bimbang akan kehilangan sumber pendapatan.

Hidup sememangnya tidak akan terlepas dari sebarang dugaan. Pada hari ini, masyarakat seluruh dunia berada dalam keadaan ketakutan kerana ancaman Covid-19 dilihat semakin mengganas.

Sumber pendapatan keluarga

sumber pendapatan keluarga

foto: keluarga

Bagi anda yang berdepan dengan sumber pendapatan yang semakin terjejas kerana perlu berada di rumah, pastinya ia akan memberikan tekanan dalam membiayai keperluan dapur dan anak-anak.

Dalam hal ini, suami dan isteri perlu bersatu padu untuk mencari jalan keluar dan bijak menggunakan wang yang ada untuk tujuan penting sahaja.

Sokongan dari seorang isteri yang tidak putus-putus mampu memberikan semangat kepada suami untuk bertenang ketika berhadapan dengan ujian kewangan ini.

Menurut Joann dari Focus On The Family, segelintir isteri tidak tahu untuk bertindak ketika rumah tangga dilanda masalah.

”Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk bercakap dengan suami. Ketika berada di rumah, raut wajahnya kelihatan sugul dan pastinya dia sedang dilanda masalah,” ujarnya.

Sekiranya anda berleter, ia hanya menambahkan lagi masalah lain dan memberikan lebih banyak tekanan.

Justeru, bagi sama-sama hadapi masalah sumber pendapatan ketika wabak Covid-19 ini, anda perlu:

#1. Seimbangkan dua perkara ini

sumber pendapatan ketika covid-19

credit to sources

Tidak dinafikan, masalah kewangan atau hilang sumber pendapatan boleh memberikan kesan yang begitu besar dalam rumah tangga.

Ia akan memberikan bebanan yang agak besar sekiranya satu pihak sahaja yang mencari jalan bagi mendapatkan duit untuk membayar segala bil dan keperluan di rumah.

Namun, anda perlu sedar bahawa berleter atau bersikap dingin adalah bukan penyelesaian terbaik.

Jadi, sebagai seorang isteri ambil langkah mudah dengan seimbangkan tugas sebagai pasangan yang menyokong dan seorang guru berterus-terang.

Sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasangan, elakkan daripada memaksa dan jangan biarkan suami tidak melakukan apa-apa untuk rumah tangga anda.

#2. Membuat perancangan hari esok

Sebaik sahaja rumah tangga anda dilanda masalah kehilangan sumber pendapatan, adalah lebih baik suami isteri bertenang dan duduk berbincang.

Berbincang bukanlah meliputi luahan perasaan sahaja, tetapi perlu merancang strategi baru untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Malah, anda sebagai ‘orang rumah’ perlu memotong perbelanjaan yang tidak penting dan mengetahui cara untuk mengelakkan diri lebih tertekan.

Mungkin ia sedikit mencabar, tetapi dengan adanya perancangan yang baik pastinya membantu anda dan suami untuk bertahan sehingga keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

#3. Mengekalkan hubungan perkahwinan

sumber pendapatan ketika coronavirus

credit to sources

Perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah berfikiran positif dengan mengatakan ”wabak Covid-19 ini akan berakhir dengan segera.” Hal ini sekaligus membuatkan anda percaya bahawa Allah akan membantu setiap hambaNya.

Bukan itu sahaja, sentiasa bersyukur kerana ujian sebeginilah yang akan menguji kesabaran anda dan pasangan. Anggap juga setiap dugaan ini terpalit seribu hikmah untuk anda belajar sesuatu menjadi insan lebih baik.

Hal yang paling utama adalah setiap insan perlu berkorban untuk menyelesaikan masalah. Misalnya, anda boleh mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan mengikut saranan oleh kerajaan.

#4. Ambil masa untuk  bersendirian

Luangkan sedikit masa untuk anda mencari diri sendiri dalam menangani tekanan masing-masing. 

Sentiasa elakkan diri dari berfikiran buruk seperti ”kami selalu tidak bernasib baik.” Meskipun pernyataan ini ringkas, namun ia cukup mematahkan semangat anda untuk bangkit dari dugaan.

Perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan adalah mendekatkan diri kepada Allah dan memohon pertolongan daripadaNya.

Sentiasa bersyukur kerana anda boleh berada bersama keluarga tercinta ketika perintah kawalan pergerakan ini.  Lakukan rutin harian untuk kekal positi seperti bangun awal pagi dan sama-sama melakukan tugasan rumah.

Sumber: Petua Ibu

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya

Baca juga: Anda Suri Rumah Yang Ingin Bantu Tambah Pendapatan Keluarga? Cuba Cara Mudah Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham