Keadaan ekonomi negara kita sememangnya agak mencabar ketika ini. Inflasi semakin meningkat dan kos sara hidup juga semakin tinggi. Sejak dilanda pandemik COVID-19, semakin ramai kehilangan kerja ataupun dipotong gaji. Jika anda ingin membantu pasangan anda dengan mencari cara tambah pendapatan sekeluarga, anda boleh cuba lakukannya hanya secara online.
Kini rata-rata lebih ramai gemar menjana pendapatan sendiri dari rumah dalam talian kerana ia lebih mudah, tidak memakan banyak (kecuali menjual barang), fleksibel dan pada masa yang sama menguntungkan.
Jom cuba cara mudah ini!
Ini Cara Tambah Pendapatan Tanpa Mengorbankan Masa Bersama Keluarga
Kredit: Freepik
Mungkin anda risau yang membuat kerja sampingan akan mengambil masa anda dari meluangkan waktu dengan anak-anak. Ataupun, anda merasakan yang anda sudah cukup sibuk dengan urusan rumah tangga dan tidak mampu untuk membuat sebarang pekerjaan sampingan lain.
Tidak perlu risau! Tip yang kami kongsikan di sini agak mudah. Ia tidak mengambil banyak masa anda. Semuanya boleh dibuat secara online selama dua atau tiga jam sahaja.
Selebihnya, ia bergantung kepada keinginan dan keazaman anda. Jika anda rajin, maka anda boleh meluangkan lebih banyak masa bagi kerja-kerja online yang kami cadangkan di sini.
Malah, kalau anda hendak tahu, pulangan pendapatannya juga agak lumayan. Bayaran semuanya dalam US dollar! Anda hanya perlu menyediakan akaun Paypal sendiri bagi urusan pembayaran kelak.
Haa…jadi, tentu anda tertanya-tanya apakah cara-cara berkesan untuk anda tambah pendapatan secara online dari rumah! Jom baca lanjut.
#1 Cara Tambah Pendapatan dengan Jual Barang Kraftangan di Etsy
Kredit: Pexels
Etsy merupakan satu laman yang menjual pelbagai barangan kraftangan dan hasil seni buatan tangan. Kalau anda sememangnya minat akan seni dan mahir membuat baju, dompet, lukisan portrait, ataupun apa sahaja hasil seni, ini adalah platform yang sesuai.
Anda hanya perlu membuat akaun pengguna di Etsy (ianya percuma). Kemudian, tangkap gambar barangan seni yang anda ingin jual dan masukkan ke dalam senarai katalog di akaun anda.
Tetapkan harga dalam USD yang akan ditukar ke matawang Ringgit dan tunggu sahaja email masuk menyatakan yang ada orang dari US, Eropah ataupun UK menempah barang kraftangan anda. Setiap barangan yang anda masukkan ke dalam listing atau senarai barang akan dicaj sebanyak $0.20 dan ianya akan kekal aktif selama 4 bulan.
Anda hanya perlu luangkan sejam dua sehari untuk memuat naik hasil produk anda dan setiap bulan, tidak mustahil untuk anda mendapat pendapatan tambahan antara RM500 ke RM1,000!
#2 Cara Tambah Pendapatan dengan Buat Kerja-Kerja Kecil di Fiverr
Kredit: Pexels
Jadi, apakah kerja mudah, atau turut dikenali sebagai micro service, yang boleh anda lakukan di Fiverr? Ada banyak piilhan!
Antaranya adalah mereka logo, mengisi borang survey, menaip dokumen PDF ke Word, menyediakan Power Point dan menangkap gambar mengikut permintaan pelanggan. Setiap satu tugasan mikro ini tidak akan menelan sehingga 5 ke 6 jam dan ianya bergantung kepada kemahiran anda!
Mungkin bagi anda, $5 itu kecil nilainya. Namun, ia adalah dalam US dollar. Jika anda mampu membuat 5 hingga 6 kerja yang mudah setiap hari, sudah pasti anda akan mendapat $25 (kira-kira RM100 sehari).
Sama seperti Etsy, anda boleh menerima bayaran melalui akaun Paypal. Dari situ, anda hanya perlu menghubungkan akaun tersebut ke bank pilihan anda di Malaysia. Memang mudah – yang anda perlukan hanyalah talian internet yang stabil, komputer, sedikit bakat, dan disiplin diri.
#3 Cara Tambah Pendapatan dengan Jual Foto Profesional di Laman Web Stock Photo
Kredit: Pexels
Jika anda gemar mengambil gambar menggunakan kamera DSLR atau telefon pintar, inilah platform yang dapat memberikan anda pendapatan tambahan secara online dari rumah.
Gambar kanak-kanak, portrait, bunga, rumah, gambar spontan, serta panorama bandar dan alam semulajadi – semuanya boleh dijual di sini!
Apa yang anda perlu lakukan adalah mengedit sedikit foto-foto tersebut supaya kelihatan profesional, muat naik ke laman web, dan tunggu pelanggan dari seluruh dunia membeli dan memuat turunnya. Antara laman web terkemuka yang menyediakan perkhidmatan penjualan foto digital adalah seperti Shutterstock, 123RF, Dreamstime, dan iStock Photo.
Jika gambar anda berkualiti tinggi, anda mampu memperoleh sehingga USD120 bagi setiap imej yang dimuat turun!
#4 Ajar Kursus Pendek Secara Online di Udemy
Kredit: Freepik
Anda seorang bekas pensyarah atau guru yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa? Teruskan karier anda sebagai pengajar di laman web Udemy.
Ia merupakan satu platform online yang memberi peluang kepada guru di luar sana untuk mengajar kursus-kursus pendek mengikut minat dan kemahiran mereka.
Di laman web ini, anda boleh membuat kursus anda sendiri, menetapkan harga kursus dan menunggu sahaja pelajar untuk melanggan dan menyertai kelas anda. Kelas seperti Kursus Bahasa Melayu dan Seminar Pemasaran juga boleh dibuat di sini.
Setakat ini, ada hampir 3 juta pelajar yang menyertai Udemy. Dengan network pelajar yang luas ini, tidak mustahil untuk anda mendapat beratus US dollar setiap bulan. Anda hanya perlu menyediakan material pembelajaran seperti slaid PowerPoint, video syarahan, kertas rujukan dan e-Book supaya pelajar anda dapat mengikuti kelas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
#5 Buat Pelbagai Kerja Online di Upwork
Kredit: Freepik
Lagi satu platform yang boleh anda cuba untuk tambah pendapatan secara online dari rumah adalah melalui laman web Upwork. Disini, terdapat pelbagai pilihan pekerjaan yang boleh anda buat setiap hari.
Selepas membuat akaun pengguna dan memilih kategori pilihan anda (IT, penulisan/penterjemahan, tugasan bantuan admin, design, laman web, dan sebagainya), anda akan mula dapat melihat senarai pekerjaan yang baru dimuat naik oleh para pelanggan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih pekerjaan yang anda ingin cuba, hantar proposal dan tunggu sahaja jemputan untuk ditemuramah. Jika anda berjaya, sudah pasti anda akan dapat imbuhan antara $5 sehinggalah ke ratusan dollar!
Cukup bulan sahaja, pindahkan matawang US itu sama ada ke Paypal anda atau terus ke akaun bank di Malaysia seperti Maybank dan CIMB. Sangat mudah, bukan?
Cuba salah satu daripada pilihan di atas dan nikmati kemudahan bekerja dari rumah. Ia tidak mengambil masa yang terlalu lama tetapi pendapatan yang anda dapat kumpul di hujung bulan pasti tidak mengecewakan.
Kami berharap artikel tentang cara tambah pendapatan ini dapat membantu anda.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!