Merancang aktiviti hujung minggu atau hari cuti memang seronok. Beruntungnya kita di Malaysia kerana mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi tanpa perlu ke luar negara. Antara tempat yang menjadi tumpuan adalah taman-taman tema seperti water park, nature park, adventure park, dan amusement park.
4 Jenis Taman Tema — Mana Satu Gaya Anda?
- Water Park
Bayangkan anda meluncur turun dari gelongsor air gergasi, dikelilingi gelak tawa dan percikan air seronoknya macam bercuti di pulau, tapi dekat je!
- Adventure Park
Adakah anda suka cabaran dan degupan jantung yang laju? Cuba panjat, zipline atau terjun bebas. Confirm adrenaline naik!
- Nature Park
Tenang, hijau dan penuh flora fauna. Macam masuk dunia lain! Sesuai untuk yang nak healing sambil belajar tentang alam.
- Amusement Park
Roller coaster, rumah hantu, permainan klasik, semuanya ada! Satu taman, seribu pengalaman.
Masih tak pasti nak pilih yang mana? Jom explore 4 taman tema terkemuka di Malaysia, mana tahu jumpa yang paling ngam dengan gaya anda!
GL Play — Taman Tema Ikonik oleh Gamuda Land
Pernahkan anda dengar tentang GL Play? GL Play adalah salah satu cabang tarikan riadah atau leisure attractions yang diusahakan oleh Gamuda Land merangkumi destinasi seperti SplashMania, Paya Indah Discovery Wetlands, Discovery Park, dan FunPark. GL Play menawarkan keseronokan menyeluruh untuk keluarga dan golongan muda, dengan gabungan 4 jenis taman tema yang dinyatakan di atas.


Lokasi: SplashMania @ Gamuda Cove, Kuala Langat, Selangor
Where Nature Meets Fun – SplashMania terletak di kawasan taman tema air seluas 18 ekar yang mempunyai 39 permainan dan tarikan yang mendebarkan! Takluki The Plunge, gelongsor tercuram di Malaysia, bermandi-manda di Treasure Tower, dan nikmati keseronokan bermain air untuk semua peringkat umur. SplashMania ada 4 zon pengembaraan utama, semuanya direka untuk meningkatkan pengalaman anda di sekitar kapal lanun besar yang dinamakan Amazonia!

Lokasi: Paya Indah Discovery Wetlands @ Gamuda Cove, Kuala Langat, Selangor
Paya Indah Discovery Wetlands adalah tarikan alam semulajadi yang direka berdasarkan landskap tanah lembab semula jadi yang sedia ada. Nikmati pengembaraan menaiki trak safari, menaiki bot menyusuri tasik, dan berjumpa dengan badak air dan buaya di dalam persekitaran alam semula jadi yang liar! Paya Indah Discovery Wetlands pasti akan meninggalkan pengalaman menyegarkan untuk anda, sesuatu yang lain daripada yang lain!

Lokasi: Discovery Park @ Gamuda Cove, Kuala Langat, Selangor
Great Fun at a Great Price – Discovery Park adalah adventure park yang berada di dalam kawasan seluas 23 ekar, sesuai untuk aktiviti berkumpulan dan untuk adventure-seekers. Uji kemahiran memanah dan pemanduan go-kart anda, selami peperangan paintball, atau sahut cabaran obstacle rope course, semuanya di dalam satu kawasan taman tema. Sama ada anda datang dengan keluarga atau berkumpulan dengan rakan-rakan, Adventure Park pasti meninggalkan pengalaman berharga untuk semua!


Lokasi: FunPark @ Gamuda Luge Garden, Sungai Buloh Utara, Selangor
A Wholesome Playground – FunPark adalah taman hiburan outdoor yang terletak di Gamuda Luge Gardens. Nikmati pemandangan menakjubkan dari roda Ferris terbesar dan tertinggi dalam taman tema di Malaysia, segarkan diri di Big Bucket Splash, atau luangkan masa dengan menaiki permainan riadah mendebarkan untuk seisi keluarga!
Semua pengalaman taman tema nampak menakjubkan tapi masih rasa tak mencukupi? Mahukan lebih banyak keriangan sehingga lewat malam?
Lokasi: SplashMania @ Gamuda Cove, Hulu Langat, Selangor
Dibawa khas sempena sambutan ulang tahun GL Play, anda boleh dapatkan tiket SplashMania Day + Night Entry dengan hanya RM100! Alami semua keseronokan taman air ini di siang hari dan kekal di situ untuk Night Splash!: Call of the Tribe @ SplashMania – satu parti waterpark malam bertemakan tribal dengan DJ, pertunjukan api, persembahan tribal drums dan glowing tribes, serta gelongsor malam. Acara ini berlangsung setiap Jumaat dan Sabtu pada bulan Julai, dari pukul 7pm – 11 malam. Pastinya satu pengalaman yang tak mahu anda lepaskan!
GL Play Birthday Bash – Tawaran Tiket Beli 1 Percuma 1

Wow, semua taman tema kelihatan menarik! Bukan itu saja, taman-taman lain pun ada tawaran hebat sempena GL Play Birthday Bash yang confirm tak kering poket! Kalau anda teringin nak bawa keluarga dan rakan-rakan ke semua lokasi GL Play, inilah masanya!
Anda kini boleh menikmati tawaran terhad untuk bulan Jun dan Julai 2025, dengan promosi GL Play Birthday Bash! GL Play Birthday Bash adalah promosi merentasi lokasi yang berlangsung dari 21 Jun – 31 Julai 2025 dengan tawaran tiket dalam talian Beli 1 Percuma 1.
Promosi Beli 1 Percuma 1 ini berlangsung secara eksklusif untuk pembelian tiket online sahaja untuk SplashMania, Discovery Park, FunPark, dan Paya Indah Discovery Wetlands (tidak termasuk tiket untuk Paya Indah Discovery Wetlands pada 26 & 27 Julai 2025).
GL Play Birthday Bash adalah waktu terbaik untuk anda merasai keseronokan taman tema terkemuka di Malaysia dengan harga yang sangat berbaloi! Jangan lepaskan peluang ini dan layari laman web rasmi GL Play untuk pembelian tiket di https://glplay.com.my/
Jom kita sama-sama kita raikan terhad ini kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang sedang merancang aktiviti hujung minggu atau hari cuti mereka. GL Play Birthday Bash, tawaran harga tiket berbaloi untuk semua!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!