X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sayang Nak Buang Barang? Hati-Hati, Anda Mungkin Ada Hoarding Disorder!

4 min bacaan
Sayang Nak Buang Barang? Hati-Hati, Anda Mungkin Ada Hoarding Disorder!

Penyakit sayang nak buang barang adalah penyakit mental yang serius dan ramai tak sedar mereka punyai penyakit ini. Anda ada tak tanda-tanda ini?

Cuba tengok sekeliling rumah anda. Banyak tak barang yang anda beli tapi tak guna? Nak buang sayang pula! Mana tahu satu hari nanti boleh guna, kan? Hati-hati! Anda mungkin ada penyakit sayang nak buang barang ini.

Anda mungkin rasa sayang nak buang barang ini bukanlah masalah besar, tapi percaya atau tidak, penyakit sayang nak buat barang atau dipanggil hoarding disorder ini merupakan penyakit mental yang serius. 

Jom tengok kalau anda ada tanda-tanda penyakit ini atau tidak.

Apa itu penyakit sayang nak buang barang?

penyakit sayang nak buang barang, penyakit hoarder, penyakit hoarding disorder, rumah banyak barang, rumah bersepah, sayang nak buang barang

Penyakit hoarding disorder adalah penyakit susah untuk buang barang walaupun barang tersebut tak ada nilai.

Bagi orang dengan penyakit hoarder ini, jumlah barangan yang mereka kumpul mengasingkan mereka dengan orang lain.

Barang-barang yang biasanya dikumpul adalah surat khabar, kertas, majalah, beg plastik, kotak, gambar, barangan rumah, makanan dan pakaian.

Penyakit ini boleh terjadi kerana seseorang mempunyai kompulsif untuk memberi barang atau mengambil barang percuma seperti flyers atau mengumpul barang yang dirasakan unik (tapi tak unik pada orang lain, seperti tin lama).

Tanda-tanda anda ada penyakit sayang nak buang barang

1. Beberapa bahagian rumah tak boleh digunakan

Anda akan mengalihkan perabot untuk menyediakan ruang bagi meletakkan barang-barang yang anda tak gunakan.

Kemudian, perabot anda akan penuh dengan barang-barang tak berguna ini. Lama-kelamaan, ruang rumah anda hanya cukup untuk berjalan dari satu bilik ke bilik yang lain saja.

2. Barang bersepah

Beberapa orang mempunyai barang yang banyak, tapi mereka tahu di mana barang mereka.

Orang dengan penyakit sayang nak buang barang pula akan meletakkan barang-barang mereka di merata tempat atau hanya mencampakkannya di dalam bilik hingga bersepah. Bahaya itu!

3. Barang yang dikumpul tak ada nilai

penyakit sayang nak buang barang, penyakit hoarder, penyakit hoarding disorder, rumah banyak barang, rumah bersepah, sayang nak buang barang

Perhatikan barang yang anda kumpul di rumah. Antara tanda anda ada penyakit hoarding disorder ini adalah, barang tersebut tak ada nilai seperti surat lama, katalog, majalah atau surat khabar lama.

Anda juga mungkin sayang untuk buang baju yang anda dah lama tak pakai kerana anda fikir mungkin anda akan pakai semula satu hari nanti.

4. Anda ada banyak haiwan peliharaan

Dalam beberapa kes, penyakit ini akan buat anda memelihara haiwan peliharaan yang banyak hingga ia memberi kesan kepada kebersihan rumah.

Memelihara haiwan yang banyak ini dipanggil sebagai animal hoarding. Anda pelihara haiwan dengan jumlah yang banyak hingga anda sukar untuk menjaga kebersihan atau keselamatan mereka atau diri anda.

5. Rumah jadi kotor

Biasanya, orang dengan penyakit ini akan mempunyai rumah kotor seperti pinggan mangkuk yang tak dibasuh dan tandas kotor.

6. Anda menjauhkan diri dengan orang lain

Bila penyakit ini sampai ke tahap yang memalukan, orang dengan penyakit ini biasanya akan menjauhkan diri dari keluarga dan rakan-rakan mereka untuk menyembunyikan masalah.

7. Marah bila ditanya tentang sikap kumpul barang

Selalunya, bila orang yang mereka sayang seperti ahli keluarga cuba untuk membantu masalah sayang buang barang ini, mereka akan marah dan mengatakan mereka ada rancangan untuk gunakan semua barang ini.

8. Mereka ada gangguan cemas atau penyakit mental lain

Penyakit suka kumpul barang yang berlebihan adalah lebih dari hanya barang bersepah. Ia adalah penyakit mental, dan orang yang mengalaminya memerlukan bantuan untuk pulih.

Kerana barang yang dikumpul terlalu banyak, ia juga boleh menyebabkan penyakit mental lain seperti tekanan perasaan.

penyakit sayang nak buang barang, penyakit hoarder, penyakit hoarding disorder, rumah banyak barang, rumah bersepah, sayang nak buang barang

Orang dengan penyakit sayang nak buang barang ini percaya, barang yang mereka simpan mungkin berguna untuk masa hadapan.

Atau mereka rasa ia mempunyai nilai sentimental yang unik dan tak boleh diganti.

Mereka juga akan merasakan barang yang mereka simpan boleh membuatkan mereka ingat kembali memori dan tanpa barang tersebut, mereka tak boleh ingat tentang seseorang atau sesuatu kejadian.

Penyakit ini tak sama dengan orang yang suka kumpul barang berharga. Pengumpul barang berharga biasanya mempunyai tempat untuk mereka simpan barang mereka dengan kemas dan bangga dengan koleksi mereka.

Orang dengan penyakit hoarding disorder pula akan rasa malu dengan keadaan rumah mereka yang dipenuhi dengan barang-barang tak ada nilai yang mereka kumpul.

Jika anda ada tanda-tanda penyakit ini, pastikan anda cepat carikan bantuan untuk mengatasi masalah ini sebelum ia memakan diri anda sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ADAA, Mayo Clinic, Everyday Health

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkeselamatan-di-rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Sayang Nak Buang Barang? Hati-Hati, Anda Mungkin Ada Hoarding Disorder!
Kongsikan:
  • Checklist Barang Baby & Ibu Untuk Bawa Ke Hospital, Ini Senarainya!

    Checklist Barang Baby & Ibu Untuk Bawa Ke Hospital, Ini Senarainya!

  • Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

    Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Checklist Barang Baby & Ibu Untuk Bawa Ke Hospital, Ini Senarainya!

    Checklist Barang Baby & Ibu Untuk Bawa Ke Hospital, Ini Senarainya!

  • Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

    Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

  • Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

    Serum Terbaik dan Selamat Digunakan Semasa Hamil Untuk Semua Masalah Kulit

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.