X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

4 Bulan Tinggal Dalam Kereta, Suami Isteri 'Perit' Hilang Punca Pendapatan Akibat Covid-19

20 Oct, 2020
4 Bulan Tinggal Dalam Kereta, Suami Isteri 'Perit' Hilang Punca Pendapatan Akibat Covid-19

Kerana pandemik Covid-19, ramai dilaporkan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Tahun 2020 memberikan impak terbesar terhadap ekonomi masyarakat dunia

Menjalani kehidupan norma baharu bukanlah semudah yang disangka. Ia memberikan pelbagai dugaan hebat dalam setiap aspek khususnya ekonomi sesebuah institusi kekeluarga. Ramai mengeluh akan nasib diri kerana kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan dalam sekelip mata.

Walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan meskipun ia adalah sukar. Sekiranya berada dalam situasi ini, ingatlah bahawa anda tidak keseorangan. Malah ada yang lebih teruk apabila tiada tempat untuk berteduh!

Kehilangan pekerjaan ketika pandemik Covid-19

hilang pekerjaan kerana covid-19

credit to sources

Kisah menyayat hati telah dilalui oleh sepasang suami isteri dari Kampar, Johor. Mereka terpaksa merelakan diri untuk menginap di dalam sebuah kenderaan setelah tidak memiliki wang membayar kos sewa rumah.

Difahamkan sebelum ini J Rajakumari dan suaminya, P Sivagamyselvan, kedua-duanya berusia 45 tahun bekerja sebagai pencuci kereta di Johor Bahru selama hampir 8 tahun.

Mereka terpaksa pulang ke kampung halaman sejak bulan Julai yang lalu bagi menumpang tinggal di rumah mendiang bapa Rajakumar. Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila keadaan kediaman berkenaan sudah rosak teruk. Pasangan ini terpaksa berteduh dan tidur dalam kereta jenis proton Iswara kepunyaan mereka.

”Sejak 4 bulan yang lalu, kami berdua akan makan dan mandi di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Kampar kerana tidak mampu untuk menyewa rumah ataupun hotel bajet.”

”Ia sememangnya tidak selesa dan kami susah hati kerana terpaksa tinggal dalam kereta. Tambahan pula kesihatan diri saya kini tidak berapa baik,” katanya.

Dapat bantuan dari pihak yang prihatin

Kesusahan hidup mereka seakan menemui sinar baharu apabila menerima bantuan daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pejabat Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri).

Menurut Pengerusia Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Nolee Ashilin berkata, pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan NGO serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Mlaaysia (JBPM) membina sebuah rumah dengan dua bilik untuk suami isteri terbabit.

”Ia adalah tanggungjawab sosial korporat dalam menghulurkan bantuan untuk golongan yang miskin tegar memiliki kediaman selesa seterusnya mereka dapat menjalani kehidupan lebih sempurna.” jelasnya.

hilang pekerjaan

gambar hiasan: berita harian

Dalam pada itu, Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman mengatkan seramai 32 orang anggota bomba telah ditugaskan untuk membina rumah tersebut yang dijangka siap sepenuhnya sebelum sambut Hari Deepavali pada bulan hadapan.

Menurut laporan oleh Astro Awani, Rajakumar dan Sivagamselvan turut menzahirkan kegembiraan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang datang menghulurkan bantuan untuk mereka berdua.

Trend kehilangan kerja terus meningkat

Menurut laporan bertajuk ”Employment Outlook, the 1st Quarter of 2020, Volume 4/2020, The Impact of Covid-19 on Loss of Employment (LOE), sistem Insurans Pekerjaan memaklumkan pandemik ini telah menjejaskan banyak perniagaan sehingga mengalami penurunan permintaan sebanyak 37 peratus atau tidak dapat beroperasi seperti biasa (42 peratus).

”Trend ini dijangka meningkat dari April yang lalu dengan kehilangan pekerjaan meningkat 50 peratus kepada 200 peratus tahun ke tahun bagi setiap suku berikutnya pada 2020,” menurut kenyataan laporan.

Manakala, kadar pengangguran pula dijangka mencecah 4 peratus pada 2020 berbanding 3.2 peratus semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 3.7 peratus ketika kegawatan ekonomi pada 2018.

Angka pemberhentian pekerja dijangka sama seperti krisis kewangan Asia pada 1997 berikutan langkah pencegahan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU) yang diambil kerajaan untuk mengelakkan berlakunya pemberhentian pekerja secara besar-besaran.

”Data LOE menunjukkan sebanyak 61 peratus kehilangan pekerjaan dan pendapatan adalah dalam kalangan pekerja berusia 40 tahun ke bawah. Pekerja lelaki lebih cenderung diberhentikan berbanding wanita iaitu 69 peratus.”

hilang punca pendapatan kerana covid-19

credit to sources

”Ini menggambarkan kenyataan bahawa terdapat lebih ramai pekerja lelaki daripada wanita dalam tenaga kerja.” kata laporan tersebut.

Bagi majikan yang tidak menghentikan pekerja, mereka sedang melakukan langkah-langkah penjimatan kos dengan satu daripada kaedah populor ialah mengurangkan gaji terutama bagi pekerja yang bekerja lebih daripada 5 tahun. 

Hal ini kerana gaji bulanan mereka biasanya adalah 45 peratus lebih tinggi daripada pekerja baharu. Sebanyak 79 peratus kehilangan pekerjaan berlaku di 4 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

Sumber: Lobak Merah, Berita Harian

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkesihatan-mental-di-malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 4 Bulan Tinggal Dalam Kereta, Suami Isteri 'Perit' Hilang Punca Pendapatan Akibat Covid-19
Kongsikan:
  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

    Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

  • Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

    Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

    Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

  • Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

    Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.