TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

21 May, 2025
Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Siapa sangka perselisihan faham antara suami isteri yang teruk boleh mendorong seorang ibu untuk bertindak di luar kawalan

MAYNILA — Seorang ibu berusia 28 tahun dan tiga anak lelakinya yang berumur satu, tiga dan enam tahun maut dalam kejadian kebakaran di Bgy. San Vicente, Sta. Maria, Bulacan pada pagi Khamis, 15 Mei.

Menurut jiran mangsa, dia sempat melihat ibu kepada kanak-kanak itu keluar dari rumah sebelum kejadian berlaku.

“Ada dua orang yang menjerit mengatakan ada kebakaran. Bila saya toleh, memang sudah berasap. Kami semua bergotong-royong merobohkan pagar,” kata jiran tersebut.

“Kami semua bantu ambil air, kemudian saya ambil selimut untuk menutup (melindungi) budak, tapi malangnya budak itu tak kelihatan kerana keadaan dalam rumah sangat gelap,” tambahnya.

Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak tersebut tiada di rumah kerana bekerja di Batangas. Pintu rumah juga didapati berkunci, menyebabkan jiran-jiran terpaksa memecahkan kunci pintu untuk masuk.

Anak Bongsu Tidak Bernyawa

Menurut salah seorang responden kejadian, mereka mula-mula menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun yang sudah tidak bernyawa di atas katil.

Dua lagi kanak-kanak ditemui di dalam bilik air.

“Yang saya dukung waktu itu ialah anak yang kedua. Ketika saya dukung dia di dalam rumah, dia masih menangis sebab saya masih boleh dengar degupan jantungnya. Tapi saya sudah tak dapat buat apa-apa,” cerita responden tersebut.

Dua kanak-kanak dan ibu mereka sempat dikejarkan ke hospital, namun akhirnya disahkan meninggal dunia.

Menurut siasatan awal oleh Biro Perlindungan Kebakaran (Bureau of Fire Protection), mereka menemui mancis dan dua botol paint thinner di dalam rumah mangsa.

Anak Meninggal Terbakar Dahulu

“Daripada siasatan awal kami, kami dapati kanak-kanak itu yang terbakar terlebih dahulu. Katilnya hanya terbakar akibat terkena api. Kemungkinan besar, memang ada api terbuka… Kami lihat kebakaran pada harta benda berlaku kemudian. Yang mula-mula terbakar hanyalah manusia,” kata SFO3 Alfredo Hernandez, Ketua Penyiasat Kebakaran Sta. Maria BFP.

Menurut Kapten Potenciano Lorenzo dari Barangay San Vicente, pada awal pagi sebelum kejadian, ibu kepada kanak-kanak tersebut datang ke pejabat mereka untuk membuat aduan mengenai masalah rumah tangganya.

“Sebelum kejadian, wanita itu ada membuat laporan pada malam sebelumnya dan kami bercadang untuk memanggil dan mempertemukan mereka, tetapi tidak sempat berlaku kerana keesokan harinya kami dikejutkan dengan berita kebakaran ini… Ia melibatkan masalah peribadi mereka,” kata Lorenzo.

Ibu Bertindak Membakar Diri Sendiri

Pihak berkuasa telah mengisytiharkan kes terhadap seorang ibu berusia 31 tahun yang didakwa membakar diri sendiri dan tiga anaknya sebagai telah ditutup, selepas insiden tragik itu berlaku.

Menurut Ketua Polis Sta. Maria, Kolonel Voltaire Rivera, wanita tersebut yang dikenali dengan nama samaran “Mommy”, telah dikenakan tuduhan membunuh ahli keluarga sendiri (parricide) selepas dia membakar ketiga-tiga anak lelakinya sebelum membakar diri.

Anak bongsunya yang berusia setahun maut di tempat kejadian, manakala dua anak yang lain, masing-masing berusia 3 dan 6 tahun, dikejarkan ke hospital tetapi kemudian meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Pada 15 Mei, si ibu disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan East Avenue, dan susulan itu, pihak berkuasa menganggap kes ini telah selesai secara rasmi.

Perselisihan Faham Suami Isteri

Berdasarkan siasatan polis, kejadian berpunca daripada perselisihan faham serius antara si ibu dan suaminya, seorang koperal polis berusia 34 tahun yang bertugas di Pasukan Maritim PNP di Batangas.

Ketiga-tiga anak malang itu kini telah dikebumikan di Sta. Maria, Bulacan, manakala mayat ibu mereka telah dibawa pulang ke Batangas.

Walaupun kes ini telah ditutup secara rasmi, Pasukan Polis Kebangsaan Filipina (PNP) masih meneruskan siasatan bagi memahami sepenuhnya punca sebenar di sebalik tragedi menyayat hati ini.

Tindakan Ibu Bawa Anak Bersama 

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa seorang ibu sanggup membawa bersama tiga orang anaknya dalam tindakan tragis itu?

Jawapannya mudah kerana dia tidak mempunyai sesiapa yang boleh dipercayai untuk menjaga anak-anaknya, dan tiada siapa yang boleh memberikan kasih sayang seutuh dirinya sendiri.

Ramai yang tidak memahami keputusannya: marah, keliru, dan tertanya-tanya mengapa anak-anak turut menjadi mangsa, sedangkan dia boleh pergi seorang diri.

Namun bagi mereka yang pernah melalui tekanan emosi dan kebimbangan yang melampau, mereka mungkin memahami tindakan itu. Dia memilih untuk membawa anak-anaknya bersama agar mereka semua boleh ‘berehat’ bersama, daripada meninggalkan mereka dalam dunia yang penuh ketidakpastian tanpa jaminan kasih sayang dan penjagaan secukupnya.

Utamakan Kesihatan Mental Dan Emosi Isteri

Kesihatan mental dan emosi seorang isteri sering kali dipandang ringan, walhal ia memainkan peranan penting dalam keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan seluruh keluarga.

Stories Rakan Kongsi
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
Walau Bagaimana Lain Pun Cara Parenting Kita & Ibu Bapa Kita Dulu, Mesti Ada Satu Yang Sama, Ini Dia!
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money

Seperti yang kita lihat dalam tragedi di Sta. Maria, Bulacan, beban emosi yang tidak dirawat boleh membawa kepada keputusan yang sangat tragik.

Berikut ialah beberapa aspek penting berkaitan isu ini:

1. Tekanan Emosi Dalam Perkahwinan

Ramai isteri memikul beban emosi yang besar iaitu mengurus rumah, menjaga anak, melayani suami, dan ada kalanya turut bekerja. Jika tidak mendapat sokongan mental dan emosi daripada pasangan atau keluarga, tekanan ini boleh menjadi beban yang memudaratkan kesihatan mental.

2. Kesunyian Dan Rasa Tidak Difahami

Seorang isteri yang menghadapi masalah rumah tangga tetapi tidak mempunyai tempat selamat untuk meluahkan rasa boleh terperangkap dalam kesunyian yang mendalam. Perasaan tidak didengar atau tidak difahami boleh mendorong kepada kemurungan, kebimbangan melampau, atau bahkan fikiran untuk mencederakan diri atau orang lain.

3. Stigma Terhadap Kesihatan Mental

Masih ramai wanita, termasuk isteri, takut untuk bercakap tentang kesihatan mental mereka kerana takut dilabel lemah, atau “banyak fikir.” Stigma ini menyebabkan mereka memilih untuk berdiam diri walaupun sudah di ambang krisis.

4. Peranan Suami dan Keluarga

Suami bukan sekadar pasangan hidup, tetapi juga sistem sokongan emosi utama. Suami yang tidak peka atau tidak memberikan perhatian boleh mempercepatkan keruntuhan emosi isteri. Penting untuk suami bertanya khabar secara mendalam, memberi ruang untuk isteri meluahkan perasaan tanpa dihukum, dan sudi membantu mencari penyelesaian bersama.

5. Ibu dan Isteri Bukan Robot

Masyarakat sering meletakkan harapan yang tinggi kepada seorang wanita bergelar isteri. Namun, mereka juga manusia biasa yang perlukan rehat, penghargaan, dan perhatian. Bila emosi mereka tidak dipedulikan, mereka boleh patah secara senyap.

Kisah tragis seperti yang berlaku di Bulacan bukan sekadar berita sedih, ia adalah peringatan besar kepada semua pihak. Kesihatan mental dan emosi isteri bukan isu kecil. Ia perlu ditangani dengan empati, sokongan, dan tindakan yang proaktif.

Jika anda seorang isteri yang sedang berjuang dalam diam, anda tidak keseorangan. Jika anda seorang suami, anak, atau rakan, jadilah pendengar yang benar-benar peduli.

Kami.com, Dzrh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila
Kongsikan:
  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham