TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

19 Jun, 2025
Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Bayi berusia 3 bulan tertindih bapa yang terkena serangan jantung dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia akibat lemas setelah tertindih lengan bapanya yang terkena serangan jantung di kediaman mereka di Jalan Perigi Hang, di sini pada Khamis.

Kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi itu disedari oleh ibu bayi berkenaan, Azura Abdul Malik, 40, yang pulang dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu, Muhammad Nur Daniel Nurul Effendy, ke klinik bagi mendapatkan suntikan imunisasi.

Bayi Di Bawah Lengan Bapa

Menurut Azura, sebaik tiba di rumah, beliau terkejut apabila mendapati bayinya berada di bawah lengan suaminya, Nurul Effendy Ibrahim, 35, yang ketika itu tidak sedarkan diri.

“Saya panik kerana tidak melihat sebarang kesan darah, namun apabila masuk ke dalam bilik tidur, saya dapati kedua-duanya tidak sedarkan diri di atas katil.

“Pada masa itu, suami saya sudah tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya. Bayi saya masih bernyawa ketika itu, namun keadaannya sangat lemah,” katanya yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Meninggal Dunia Ketika Rawatan

Azura segera membawa kedua-duanya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, namun anak bongsunya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Supian Md. Dali memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital pada jam 9.58 pagi.

Beliau berkata, laporan awal memaklumkan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bayinya pula disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.

Kematian Berpunca Serangan Jantung

“Pemeriksaan awal dijalankan di kediaman bagi mengenal pasti kemungkinan berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati kematian berpunca daripada serangan jantung. Justeru, bantuan daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” katanya.

Kejadian Bayi Tertindih (Overlaying)

Risiko bayi tertindih atau overlaying ialah satu situasi yang jarang berlaku tetapi amat berbahaya, terutamanya ketika ibu bapa tidur bersama bayi di atas katil yang sama. Walaupun ramai ibu bapa percaya tidur bersama bayi boleh mengeratkan ikatan kasih sayang dan memudahkan penyusuan, namun tanpa langkah keselamatan yang betul, ia boleh membawa padah.

Apa Maksud Bayi Tertindih (Overlaying)?

Istilah overlaying merujuk kepada situasi di mana bayi yang sedang tidur tertindih oleh tubuh orang dewasa, biasanya ibu atau bapa semasa berkongsi tempat tidur. Ini boleh menyebabkan bayi:

  • Sukar bernafas

  • Kehilangan oksigen

  • Lemas atau mengalami kecederaan serius

Bagaimana Overlaying Berlaku?

Situasi bayi tertindih sering berlaku dalam keadaan berikut:

  • Ibu bapa tertidur dalam keletihan melampau, lalu tidak menyedari pergerakan bayi.

  • Tidur bersama bayi atas katil dewasa tanpa sokongan keselamatan.

  • Permukaan tidur yang lembut seperti tilam empuk atau sofa, yang menyebabkan bayi tenggelam dan tercekik.

  • Bantal atau selimut tebal yang menutupi wajah bayi.

  • Ibu bapa tertidur di atas sofa atau kerusi sambil memangku bayi.

Siapa Berisiko Tinggi?

Walaupun overlaying boleh berlaku kepada mana-mana bayi, terdapat beberapa faktor yang secara signifikan meningkatkan risikonya. Mengenalpasti siapa yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi amat penting untuk mencegah kejadian yang tidak diingini.

1. Bayi Berumur Bawah 6 Bulan

Bayi yang baru lahir hingga berusia 6 bulan adalah paling berisiko kerana mereka belum mempunyai kawalan otot yang matang. Sistem pernafasan mereka juga masih dalam fasa perkembangan dan sangat sensitif terhadap tekanan atau halangan di saluran pernafasan.

Jika tertindih walaupun sebahagian kecil badan seperti lengan atau dada bayi tidak mampu mengalihkan diri atau menjerit meminta bantuan. Malah, mereka mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda jelas seperti menangis sebelum kehilangan oksigen, menjadikan risiko ini lebih berbahaya.

2. Ibu Bapa Yang Terlalu Penat atau Kurang Tidur

Menjaga bayi baharu lahir sememangnya mencabar, terutamanya bagi ibu bapa yang kekurangan rehat. Apabila badan berada dalam keadaan sangat letih, seseorang boleh jatuh tidur dengan sangat nyenyak dan tidak sedar pergerakan sendiri.

Dalam situasi ini, ibu atau bapa mungkin secara tidak sengaja menggolek ke arah bayi, meletakkan tangan atau bahagian tubuh lain di atas bayi tanpa sedar. Keletihan juga mengurangkan keupayaan untuk bertindak balas cepat apabila bayi bergerak atau mengeluarkan bunyi kesusahan.

Stories Rakan Kongsi
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Makanan Pepejal Untuk Anak: Adakah Makanan Organik Bayi Lebih Baik?
Makanan Pepejal Untuk Anak: Adakah Makanan Organik Bayi Lebih Baik?
Little Étoile Mothers’ Care: Pregnancy‑Suitable Skincare That Goes Beyond Beauty
Little Étoile Mothers’ Care: Pregnancy‑Suitable Skincare That Goes Beyond Beauty
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

3. Pengambilan Ubat Penenang, Ubat Tidur atau Alkohol

Bagi ibu bapa yang mengambil ubat seperti penenang (sedatives), ubat tidur, atau alkohol – risiko overlaying menjadi lebih tinggi. Bahan-bahan ini menjejaskan kesedaran dan refleks tubuh, menyebabkan tidur menjadi terlalu lena.

Orang dewasa yang berada dalam keadaan ini mungkin tidak merasa jika mereka menindih bayi. Lebih malang lagi, mereka juga sukar untuk terjaga walaupun bayi menunjukkan tanda-tanda kesusahan seperti menangis atau menggelupur.

Kesimpulannya tiada mana-mana ibu bapa yang menginginkan sebarang kejadian buruk menimpa bayi apatah lagi yang melibatkan kehilangan nyawa. Namun, dalam keletihan, kekangan masa, atau serangan penyakit boleh menyebabkan risiko overlaying berlaku tanpa anda sedar.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Sinar Harian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Kongsikan:
  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham