Sekiranya anda hamil ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jangan risau, bukan anda seorang! Malah, kehamilan sememangnya meningkat di seluruh negara sepanjang tempoh kuarantin. Ini bermakna ramai lagi bayi yang akan dilahirkan! Anda salah satu keluarga yang kini dalam persiapan untuk menimang cahaya mata, tentunya banyak persediaan sebelum bersalin yang perlu dilakukan dalam keadaan pandemik sekarang.
Pertama sekali, keadaan ekonomi sekarang yang tidak berapa baik. Dan moratorium pula sudah berakhir, jadi ramai orang kini merancang strategi penjimatan agar duit simpanan cukup untuk menampung keadaan yang sukar ini.
Kedua, norma baharu yang perlu diamalkan sekarang melibatkan terlalu banyak prosedur penting yang perlu diikuti. Memakai pelitup muka, kerap membasuh dan sanitasi tangan adalah rutin baru yang perlu kita amalkan agar sentiasa selamat.
Jadi, dalam keterujaan untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga dan membuat persediaan sebelum bersalin, adalah penting untuk anda menyediakan persekitaran yang selamat untuk si kecil.
Ini antara cara persediaan menyambut kelahiran bayi PKP anda:
Persediaan Sebelum Bersalin #1: Biasakan dengan SOP
Sama ada rawatan wajib di klinik kesihatan atau ketika bersalin, anda perlu peka dan biasakan dengan SOP yang ditetapkan. Jadi apabila tibanya waktu untuk anda bersalin nanti, anda tidak kekok untuk melaksanakan SOP yang betul. Jika anda tidak pasti sentiasa bertanya pada pihak hospital sebelum tibanya tarikh anda dijangka bersalin. Anda juga boleh sentiasa semak di sosial media atau forum-forum aplikasi keibu-bapaan untuk ketahui maklumat lanjut.
Persediaan Sebelum Bersalin #2: Aksesori lengkap untuk keluarga
Baik pelitup muka, pelindung muka dan hand sanitizer.
Pastikan anda mempunyai stok pelitup muka yang mencukupi sepanjang anda di hospital dan pastikan juga anda sediakan pelindung muka untuk si kecil yang bakal lahir nanti.
Pelitup muka tidak sesuai digunakan untuk bayi dibawah umur 3 tahun kerana ia menyukarkan pernafasan mereka. Jadi lebih baik untuk anak kecil amalkan pemakaian pelindung muka sejak kecil agar dia mudah terbiasa. Bila dan besar baru nak biasakan agak sukar nanti.
Persediaan Sebelum Bersalin #3: Terhadkan jumlah pelawat
Ini sememangnya telah ditetapkan oleh kebanyakan hospital, namun apabila sekembalinya anda ke rumah, pastikan anda masih patuhi SOP lawatan pengunjung agar bayi dan keluarga anda sentiasa selamat. Malah anda juga tentunya tidak selesa untuk dikunjungi pelawat waktu ini kan?
Inilah waktu terbaik untuk anda berpantang dengan aman agar anda cepat pulih tanpa gangguan tetamu.
Persediaan Sebelum Bersalin #4: Mula membeli barang kelengkapan bayi (online!)
Sekiranya anda tidak selesa untuk keluar bersesak-sesak dengan orang ramai di pusat membeli belah waktu ini, adalah baik untuk anda hanya beli saja barangan keperluan bayi secara online.
Ibu bapa sepatutnya membeli daripada sumber yang dipercayai untuk mendapatkan barang keperluan bayi yang berkualiti dalam masa dengan harga yang murah!
Ibu bapa mana yang tidak sukakan tawaran hebat? Jadi untuk anda yang ingin menyediakan barang keperluan bayi yang bakal lahir juga untuk ibu bapa yang ingin menambah stok keperluan, jangan lepaskan peluang anda pada baby fair yang sedang berlangsung.
Tesco Baby Fair berlangsung dari 24 September hingga 7 Oktober dengan tawaran yang menarik untuk produk rangkaian mereka Fred & Flo, pakaian bayi Tesco, barangan dapur dan item yang berkaitan dengan bayi seperti permainan dan kelengkapan rumah (botol, dan termos).
Top 10 barang keperluan bayi yang perlu dibeli di Tesco Baby Fair:
- Tesco Fred & Flo liquid cleanser – RM7.99/600ml sepeket
Bukankah mudah untuk sentiasa ada pencuci cecair ini untuk membasuh botol susu dan permainan anak-anak.
- Tesco Fred & Flo concentrated anti-bacterial liquid wash – RM7.99 satu
Waktu sebegini, penting untuk anda beri perlindungan secukupnya kepada anak-anak. Pencuci anti bakteria dapat memberikan pelrindungan ekstra yang diperlukan.
- Tesco Fred & Flo moisturising baby wipes 2 x 80s – RM8.99 setiap paket
Tesco Fred & Flo moisturising baby wipes (refill pack) – 2 x 150s – RM9.99 setiap paket
Satu item yang cukup penting apabila anda mula bergelar ibu bapa. Jadi tidak rugi beli banyak tisu basah, malah anda dapat penjimatan lebih!
- Tesco Fred & Flo diapers – RM26.99 setiap paket (untuk saiz M81, L69, XL56 and XXL46)
Antara item yang sangat penting untuk ibu bapa jadikan stok. Jangan lupa untuk membeli lampin bayi Fred & FLo ini di Tesco Baby Fair, ia memudahkan hari-hari anda selepas ini!
5. Pet Pet Diapers – RM27.90 setiap satu pek (dari saiz S-XL)
Sekiranya anda menggunakan jenama Pet Pet sebagai lampin anak anda, ini antara item yang akan diberi potongan harga dan anda tidak mahu ketinggalan! Potongan harga adalah dari RM34.50 hingga RM27.90. Banyak anda boleh jimat!
- Dutch Lady Milk Powder – RM18.99 Sepeket (Harga Normal: RM23.45)
Susu tepung adalah antara item yang ibu bapa perlu belanjakan setiap bulan. Setiap penjimatan pada susu tepung boleh membantu meringankan beban perbelanjaan rumah.
7. Enfagrow A+ milk powder – from RM99.99 to RM125.99 setiap satu unit
Beli 2 unit untuk nikmati potongan harga RM20 semasa Tesco Baby Fair.
8. PediaSure 1.6kg – RM138.99 setiap satu unit
Beli 2 tin susu Pediasure untuk nikmati potongan harga RM10 semasa Tesco Baby Fair.
9. Similac Gold Gain 1.8kg – RM112.99 – RM119.99 satu tin
Beli 2 untuk nikmati potongan harga RM10 semasa Tesco Baby Fair.
10. Anmum Essential Step 3/4 Asli 1.5kg – RM82.90 setiap satu unit
Beli 2 tin Anmum Essential Step 3 atau 4 untuk nikmati potongan harga RM20 semasa Tesco Baby Fair.
Mulakan pengalaman membeli belah dengan penjimatan sekarang! Jumpa semua ibu-ibu di Tesco Baby Fair!
Anda juga boleh membeli belah secara online di Lazada dan Shopee.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!