X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Suka Conteng Dinding? Jangan Terus Marah! Ini 5 Kebaikannya Untuk Anak

4 min bacaan
Anak Suka Conteng Dinding? Jangan Terus Marah! Ini 5 Kebaikannya Untuk Anak

Anak anda suka 'melukis' di dinding rumah? Jangan risau, biarkan minda anak anda menjadi lebih kreatif. Ketahui manfaat seni bagi anak anda di sini!

Tahukah anda manfaat seni sebenarnya ada banyak untuk anak-anak anda?

Ibu pernah tak ternampak anak selalu menconteng dinding rumah? Pasti ibu rasa sedikit terganggu, kadang-kadang rasa pening kepala tengok rumah jadi kotor!

Namun tahukah anda yang aktiviti ini sememangnya memberi kelebihan kepada anak anda?

Manfaat Seni: Aktiviti Seni Mempengaruhi Cara Pemikiran Kanak-Kanak

Seperti sains, aktiviti seni juga akan memberikan kanak-kanak kelebihan dalam cara berfikir dengan lebih kreatif. 

Hal ini akan memberi tindakbalas positif dalam perkembangan otak kanak-kanak sekaligus mempengaruhi cara kanak-kanak ini membuat keputusan.

5 Manfaat Seni Kepada Anak Anda

Menurut kajian yang diterbitkan Creativity Research Journal pada 2006, anak yang sering terlibat dengan aktiviti seni lebih cenderung berfikir secara kreatif dan bijak menyelesaikan masalah. 

Berikut merupakan manfaat seni kepada kanak-kanak:

Manfaat Seni Untuk Kanak-Kanak #1: Meningkatkan Keupayaan Otak

manfaat seni, hobi anak, jenis-jenis seni, tujuan seni, apa itu seni, pengertian seni, ciri anak pintar, melukis kartun, mewarna gambar, melukis orang, melukis kartun,

Samanta Ananta, M.Psi., pakar psikologi anak dan keluarga.

Samanta Ananta, M.Psi., pakar psikologi anak dan keluarga menyatakan, ini manfaat seni kepada kanak-kanak sekiranya mereka berminat sejak kecil.

“Sudah banyak kajian yang membuktikan, aktiviti seni dapat memperbaiki aktiviti otak. Otak akaan membebaskan hormon endorfin dan dopamin yang membuatkan kanak-kanak menjadi lebih gembira,” katanya dalam acara Media Gathering Kick Off Koko Olimpiade 2019 & Media Art Class by Bartega di Jakarta Selatan, Selasa (22/1).

Katanya lagi, ibu bapa tidak perlu membekalkan aktiviti yang rumit untuk anak, sebaliknya hanya menyediakan aktiviti yang ringan dan mudah dilakukan di mana sahaja oleh anak.

Contohnya menyediakan buku kosong dan pensil untuk aktiviti melukis.

Manfaat Seni Kepada Kanak-Kanak  #2: Anak Menjadi Lebih Gembira

Seni juga ternyata  memberi kesan positif kepada kanak-kanak, malah membentuk anak menjadi seseorang yang lebih gembira!

“Besar kesannya. Semasa melukis, seseorang akan melepaskan hormon kortisol iaitu hormon yang berhubungan dengan tekanan. Ini sama saja dengan kesan kita makan coklat, iaitu membuat kita lebih gembira!,” jelas Samanta.

Manfaat Seni Kepada Kanak-Kanak  #3 Berfikir Lebih Kreatif

manfaat seni, hobi anak, jenis-jenis seni, tujuan seni, apa itu seni, pengertian seni, ciri anak pintar, melukis kartun, mewarna gambar, melukis orang, melukis kartun,

Ibu, membiarkan anak sibuk dengan kertas dan krayon ternyata efektif untuk menjadikan pemikiran anak lebih kreatif.

“Ketika melakukan aktiviti mewarna, otak kanan akan lebih aktif untuk membentuk anak lebih kreatif. Anak akan menjadi lebih bijak dan pantas menyelesaikan masalah semasa dewasa,” kata Samanta.

Manfaat Seni Kepada Kanak-Kanak  #4: Anak Mudah Ekpresikan Diri

Samanta juga berkata, salah satu manfaat seni adalah meningkatkan kemampuan daya ingatan anak. Kanak-kanak yang meminati seni juga cenderung untuk lebih percayakan diri sendiri!

“Membuat garisan di kertas akan mengaktifkan otak bahagian depan. Anak akan mudah mengekspresikan diri dan mampu menunjukkan respon positif. Malah, emosi mereka juga lebih stabil.” ujar Samanta.

Manfaat Seni Kepada Kanak-Kanak  #5: Menjalin Hubungan Yang Baik Dengan Ibu Bapa

Melakukan aktiviti seni bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran positif sahaja, malah ia juga menjadi pendekatan baik untuk menjalin hubungan yang positif bersama ibu bapa.

Ibu bapa dan anak dapat berkomunikasi dengan baik, dan dapat meluahkan dengan cara pendekatan seni iaitu penyampaian melalui lukisan.

Manfaat Seni: Bagaimana Nak Kenalkan Seni Pada Anak?

manfaat seni, hobi anak, jenis-jenis seni, tujuan seni, apa itu seni, pengertian seni, ciri anak pintar, melukis kartun, mewarna gambar, melukis orang, melukis kartun,

Bagaimana cara untuk kita memperkenalkan seni kepada anak-anak? Jom semak cara bawah ya!

1. Memberikan Kemudahan

Ibu bapa boleh mula memperkenalkan seni dengan cara yang menarik perhatiannya, misalnya membawa anak-anak berjalan ke muzium. Jika anda anda lebih berusia, daftarkan anak ke mengikuti kelas sesuai dengan umurnya.

“Yang paling penting adalah jangan menghakimi anak anda. Terus yakinkan anak agar dia semakin percaya kepada diri sendiri,” ujar Samanta.

2. Memilih Seni Yang Bersesuaian

Jika anak sudah mulai berminat, langkah selanjutnya yang boleh dilakukan adalah membiarkan anak memilih cabang seni yang disukainya. 

“Sesuaikan dengan kebokehan anak. Misalnya untuk anak yang mudah cemas, jangan kenalkan dengan cat air kerana ia mungkin menyebabkan dia bertambah risau,” tegas Samanta.

3. Membuat Latihan

Teruskan melatih anak untuk menimbulkan rasa minatnya, bila dia sudah pandai melakukan seni tertentu sudah tentu dia akan bersemangat untuk terus belajar!

“Jangan berat mulut untuk memberi pujian. Contohnya jika anak melukis dengan rapi dan tidak ke luar garis, berikan pujian dengan kata-kata yang positif kepadanya.” 

Jadi anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memperkenalkan seni kepada anak-anak ya. Ternyata manfaat seni dapat mempengaruhi keperibadian anak-anak kelak!

Stories Rakan Kongsi
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
6 ways playtime can shape your child's learning!
6 ways playtime can shape your child's learning!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erinintyani Shabrina Ramadhini dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comminat-yang-mendalam/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Aktiviti anak
  • /
  • Anak Suka Conteng Dinding? Jangan Terus Marah! Ini 5 Kebaikannya Untuk Anak
Kongsikan:
  • Tak Ramai Yang Tahu, Ini 3 Kesan Sampingan Lukis Kening Yang Berbahaya Pada Anda!

    Tak Ramai Yang Tahu, Ini 3 Kesan Sampingan Lukis Kening Yang Berbahaya Pada Anda!

  • Jika Anak Minat Seni Kraf & Lukisan, Elok Sangat Daftar Mereka Ke 10 Tempat Kesenian Ini

    Jika Anak Minat Seni Kraf & Lukisan, Elok Sangat Daftar Mereka Ke 10 Tempat Kesenian Ini

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Tak Ramai Yang Tahu, Ini 3 Kesan Sampingan Lukis Kening Yang Berbahaya Pada Anda!

    Tak Ramai Yang Tahu, Ini 3 Kesan Sampingan Lukis Kening Yang Berbahaya Pada Anda!

  • Jika Anak Minat Seni Kraf & Lukisan, Elok Sangat Daftar Mereka Ke 10 Tempat Kesenian Ini

    Jika Anak Minat Seni Kraf & Lukisan, Elok Sangat Daftar Mereka Ke 10 Tempat Kesenian Ini

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.