Walaupun tetap sayang, ada kalanya kita boleh terlupa untuk mengeratkan hubungan bersama anak. Anak mengeratkan hubungan dengan anak tidaklah senang apatah lagi bila kita selalu sibuk dengan kerja dan tekanan hidup setiap hari.
Namun, adalah menjadi harapan semua ibu bapa agar anak mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan dengan bimbingan yang tepat.
Tetapi dalam zaman kita hari ini, semakin sukar untuk memberi perhatian yang konsisten pada anak. Di bawah ada 5 tips keibubapaan yang kami harap boleh membantu ibu bapa mengeratkan hubungan bersama anak.
Tapi sebelum itu, mari kita fahami mengapa penting untuk ibu bapa memiliki hubungan yang erat dan rapat dengan anak.
Kepentingan mengeratkan hubungan bersama anak
Apakah maksudnya menjadi ibu bapa yang lebih peka?
Cara untuk menjadi ibu bapa yang peka terhadap keperluan anak ialah untuk sentiasa meningkatkan diri supaya menjadi contoh yang baik kepada mereka.
Ini tidak bermakna kita mesti menjadi ibu bapa yang “perfect” setiap masa. Ia cuma bermakna sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa bersikap positif dan sabar walaupun banyak tekanan dan gangguan kehidupan.
Kenapa ibu bapa perlu mengeratkan hubungan bersama anak? Kerana kita boleh lihat kebanyakkan kanak-kanak hari ini membesar tetapi terasing dari ibu bapa mereka. Anak dan ibu bapa kini lebih suka mengasingkan diri sendiri.
5 tips untuk mengeratkan hubungan bersama anak
1. Memberi respons tanpa bertindak balas dan tahu bila untuk berhenti seketika
Apabila ingin membesarkan anak yang pandai mengawal emosi, kita sebagai ibu bapa juga perlu semak dulu emosi sendiri. Memang ada masanya kita akan hilang kawalan.
Ibu bapa perlu sedar anak sangat sensitif terhadap perubahan emosi ibu bapa. Jangan ingat kata-kata dan kelakuan anda tidak akan menakutkan anak.
Sebelum ibu bapa hilang kawalan, cuba berhenti seketika dan pertimbangkan perasaan anak. Tenangkan diri dahulu sebelum memberi respons.
2. Beri kelonggaran kepada anak, tetapi jangan lupa untuk beri bimbingan dengan penuh kasih sayang
Tips ibu dan anak yang anda harus cuba ialah dengan menetapkan disiplin dan batasan yang sihat apabila anak masih kecil lagi. Ini juga adalah salah satu petua keibubapaan penting dalam mengukuhkan hubungan ibu bapa dan anak.
Sebenarnya, ibu bapa juga akan mendapat manfaat apabila memberi ruang kepada anak dalam situasi yang tegang.
3. Dengar kata-kata anak dengan teliti
Anak akan rasa disayangi jika ibu bapa meluangkan masa untuk mendengar luahan hati mereka. Anak perlu tahu perasaan dan pendapat mereka penting di mata ibu bapa.
Ini tidak bermakna ibu bapa mesti setuju 100% dengan pendapat anak, tetapi sekurang-kurangnya kita dengar dengan teliti apa yang mereka ingin katakan.
Apabila anak buat perangai, cuba fokuskan perhatian anda kepada mengeratkan hubungan bersama anak. Ini akan membantu ibu bapa untuk menenangkan diri dan bertindak dengan positif tanpa hilang kawalan.
4. Kuatkan diri untuk mengendali stress dan tekanan
Apabila tertekan, jangan lupa setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Jadi jangan paksa diri untuk menjadi ibu bapa yang sempurna, dan jangan paksa anak untuk melakukan yang sama.
Sebaliknya, ibu bapa perlu peka terhadap keperluan anak. Ajar mereka untuk mengenali kelemahan dan kekuatan mereka sendiri, kemudian berikan bimbingan langkah seterusnya untuk menangani masalah yang dihadapi.
Apabila anak boleh bergantung kepada ibu bapa untuk memberi tunjuk ajar, ini dapat membantu ibu bapa mengeratkan hubungan bersama anak.
5. Ajar anak pentingnya kebaikan dan belas kasihan
Jangan hanya pandai cakap sahaja ya ibu bapa. Kita perlu menunjukkan kebaikan dan belas kasihan yang sama di rumah. Apabila ibu bapa selalu mempraktikan penerimaan dan sikap yang positif, ia akan menjadi perkara yang biasa apabila berinteraksi dengan anak.
Ia adalah tugas kita sebagai ibu bapa supaya peka terhadap keperluan mereka dan untuk membimbing anak ke jalan yang betul.
Ajar mereka kepentingan hubungan yang erat kerana satu hari nanti mereka juga akan menjadi ibu, ayah, isteri ataupun suami kepada orang lain.
Selagi mereka masih kecil, ibu bapa boleh menjadi contoh terbaik dengan mengeratkan hubungan dengan anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!