TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

6 min bacaan
Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

Skrin rosakkan tingkah laku anak kerana ia mengganggu perkembangan emosi dan sosial dengan mudah marah, sukar beri tumpuan dan kurang empati

Adakah anak anda sukar mendengar kata? Suka menjerit dan menendang bila marah? Anda mungkin perlu pertimbangkan semula masa skrin mereka, menurut satu artikel yang diterbitkan Isnin lalu dalam Psychological Bulletin, jurnal Persatuan Psikologi Amerika.

▲▼Isi Kandungan

  • Hubungan Skrin Dan Tingkah Laku Kanak-Kanak
  • Masalah Sosial-Emosi Akibat Permainan Video
  • Had Kajian
  • Jangan Jadikan Skrin Sebagai Penjaga Anak
  • Anak Guna Skrin Ketika Sedih Atau Menyendiri
  • Berhati-hati Dengan Permainan Video
  • Tetapkan Peraturan & Gunakan Kawalan Ibu Bapa
  • Tak Salah Kata “Tidak” Kepada Anak
  • Hadkan Telefon Pintar

Hubungan Skrin Dan Tingkah Laku Kanak-Kanak

Satu meta-analisis melibatkan 117 kajian terhadap kanak-kanak di bawah umur 10½ tahun menunjukkan bahawa lebih banyak masa yang dihabiskan menatap skrin berkait rapat dengan tingkah laku dan emosi yang tidak seiring dengan tahap perkembangan mereka.

Masalah sosial-emosi ini termasuklah kebimbangan, kemurungan, hiperaktif dan sikap agresif. Walaupun kaitannya kecil, ia tetap signifikan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak perempuan.

Kajian-kajian ini mempunyai reka bentuk yang berbeza, namun gambaran keseluruhan menunjukkan masalah mula timbul apabila:

  • Kanak-kanak bawah 2 tahun didedahkan kepada sebarang skrin (selain panggilan video)

  • Kanak-kanak berumur 2-5 tahun mempunyai masa skrin melebihi satu jam sehari

  • Kanak-kanak lebih besar pula melebihi dua jam masa skrin setiap hari

Masalah Sosial-Emosi Akibat Permainan Video

Kanak-kanak yang kerap bermain permainan video amat berisiko. Malah, mereka yang berumur 6 hingga 10 tahun didapati lebih cenderung mengalami masalah sosial-emosi berbanding kanak-kanak bawah umur 5 tahun.

Lebih membimbangkan, kanak-kanak yang sudah mengalami masalah ini cenderung untuk terus bergantung kepada skrin sebagai cara untuk mengatasi tekanan sekali gus memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

“Masa skrin yang tinggi bukan sahaja punca masalah, malah ia juga boleh jadi simptom,” kata penulis utama kajian, Roberta Pires Vasconcellos melalui e-mel, merujuk kepada dapatan paling mengejutkan dalam kajian tersebut.

“Dalam banyak kes, kanak-kanak yang sedang bergelut secara emosi akan berpaling kepada skrin, terutamanya permainan video, sebagai cara untuk mengelak atau menghilangkan tekanan,” kata Vasconcellos, pensyarah di University of New South Wales, Sydney, Australia.

“Walaupun ia mungkin beri kelegaan sementara, dalam jangka masa panjang ia boleh memerangkap mereka dalam kitaran yang hanya memperburuk masalah emosi mereka.”

Had Kajian

Walaupun meta-analisis ini adalah antara yang terbesar seumpamanya, ia tetap mempunyai had. Vasconcellos menjelaskan bahawa ia tidak mengambil kira faktor seperti gaya keibubapaan atau status sosioekonomi.

Kajian juga menilai masa skrin secara umum, jadi ia tidak dapat menentukan kesan khusus penggunaan media sosial terhadap kesihatan mental kanak-kanak.

Namun begitu, dapatan ini menunjukkan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa atau penjaga untuk memberi kesan positif terhadap kesihatan mental anak-anak.

Jangan Jadikan Skrin Sebagai Penjaga Anak

Ibu bapa sering memberi skrin kepada anak-anak untuk menenangkan mereka, terutamanya ketika waktu bekerja atau semasa berada di restoran.

“Walaupun nampak membantu dalam jangka pendek, ia boleh menyebabkan masalah jangka panjang,” tegas Vasconcellos. Ini kerana ia menghalang kanak-kanak daripada belajar mengurus tingkah laku dan emosi mereka sendiri.

“Sebaliknya daripada membina kemahiran mengawal diri, mereka jadi bergantung kepada skrin untuk keselesaan dan gangguan,” katanya. “Ini memperkukuhkan kitaran yang tidak sihat, di mana kesukaran emosi hanya disembunyikan, bukan ditangani.”

Anak Guna Skrin Ketika Sedih Atau Menyendiri

Perhatikan tanda-tanda anak menggunakan skrin sebagai cara untuk mengelakkan masalah emosi. Vasconcellos menyarankan ibu bapa melihat gambaran lebih besar, bukan hanya salahkan skrin semata-mata.

“Jika anda perasan anak semakin kerap gunakan skrin ketika mereka bersedih atau menyendiri, mungkin sudah tiba masanya anda semak keadaan emosi mereka,” katanya.

“Mereka mungkin mencari sokongan atau hubungan yang tidak mereka rasai dalam hubungan bersemuka sama ada di rumah, di sekolah, atau dengan rakan.”

Waktu inilah mereka paling perlukan sokongan dan bimbingan ibu bapa “untuk bantu mereka rasa didengar, difahami dan selamat dari segi emosi, sama ada dalam talian atau luar talian,” katanya lagi.

Kaunselor sekolah atau ahli terapi juga boleh menjadi sumber bantuan yang baik.

Berhati-hati Dengan Permainan Video

Kajian ini juga menunjukkan masa yang dihabiskan dalam permainan video perlu diberi perhatian khusus.

“Permainan dalam talian berisiko tinggi kerana ia berfungsi seperti platform media sosial,” jelas Vasconcellos. “Permainan ini biasanya berterusan walaupun pemain log keluar, jadi kanak-kanak akan rasa tertekan untuk terus sambung bermain, dan ini boleh buat mereka abaikan tidur, kerja sekolah, dan interaksi sebenar dengan orang lain.”

Disebabkan itu, aktiviti permainan memerlukan had yang lebih jelas — terutamanya bagi kanak-kanak lebih besar yang biasanya diberi lebih kebebasan mengurus masa sendiri.

Tetapkan Peraturan & Gunakan Kawalan Ibu Bapa

Menetapkan peraturan masa skrin dan mematuhinya adalah penting.

“Peraturan yang konsisten membantu anak tahu apa yang dijangka dan memudahkan mereka ikut had tersebut,” kata Vasconcellos.

Kawalan ibu bapa dalam telefon dan aplikasi juga boleh dimanfaatkan. “Kebanyakan peranti ada fungsi terbina untuk mengurus masa skrin dan tapis kandungan,” katanya.

“Gunakan tetapan ini untuk menetapkan had harian dan pastikan anak hanya akses kandungan yang sesuai dengan usia.”

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Untuk elakkan anak terlalu bergantung pada peranti, Vasconcellos mencadangkan agar aplikasi seperti platform penstriman video yang sangat menggoda dipadamkan. Sebaliknya, berikan kandungan yang mendidik atau memberi manfaat.

Tak Salah Kata “Tidak” Kepada Anak

Hasil kajian ini tidak mengejutkan penulis asal. Dalam kajiannya, ramai ahli terapi dan guru mengadu bahawa ibu bapa tidak sanggup menetapkan had atau mengatakan tidak kepada permintaan anak.

Apabila penulis sendiri berkata “tidak” kepada anak-anaknya, reaksi mereka tidaklah menyenangkan. Namun beliau perlu sentiasa ingat bahawa sebagai ibu, dia bertanggungjawab membuat keputusan terbaik demi kesihatan anak dalam jangka masa panjang walaupun menyakitkan hati seketika.

Hadkan Telefon Pintar

Mengehadkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak juga sangat wajar. Kenyataan konsensus terbaru yang dikarang bersama pakar global mendapati penggunaan telefon pintar dan media sosial secara berlebihan berkait dengan masalah tidur, tumpuan, ketagihan dan ketidakpuasan terhadap tubuh badan.

Kesimpulannya, tidak kira apa bentuk ganjaran atau strategi anda, paling penting ialah fikir semula cara anak anda menggunakan teknologi. Memandangkan masa skrin boleh menjadi punca dan tanda masalah tingkah laku serta emosi, belajarlah untuk berkata tidak.

Ia mungkin menimbulkan jeritan dan tangisan sekarang, tetapi ia boleh membawa kepada kesihatan mental yang lebih baik dalam jangka panjang.

Edition CNN

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Awas! 8 Gaya Asuhan SALAH Ini Punca Anak Nakal & Tak Dengar Cakap – Pakar Pediatrik

Baca juga: Tegur Anak Bila Dia Rampas @ Ambil Barang Orang Supaya Tidak Jadi ‘Raja’ Bila Besar

Baca juga:  Ajarkan Anak Tingkah Laku Yang Baik Seawal 2 Tahun Agar Mereka Hormat Orang Lain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham