Pada usia 5 tahun 9 bulan, anda sendiri tak mampu mengikut perkembangan anak anda. Apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak umur 5 tahun 9 bulan mereka?
Selain perkembangan fizikal yang memuncak, Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak anda.
Perkembangan Anak Umur 5 Tahun 9 Bulan: Perkembangan Fizikal
- Melompat tali, walaupun hanya untuk beberapa lompatan
- Baling dan tangkap bola tanpa sebarang kesukaran
- Menyertai sukan berkumpulan dan faham peraturan
- Mengayuh basikal tanpa roda bantuan
- Mengikat simpulan dan ikatan, termasuk tali kasut sendiri
Tips Untuk Ibu Bapa
- Minta anak anda memilih satu jenis sukan dan bermain dengan mereka.
- Galakkan anak anda menulis dan melukis.
- Beri ruang dan masa untuk anak anda bermain di luar dan menjadi aktif
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Mengalami kesukaran untuk tidur atau berehat.
- Tak boleh memegang objek yang kecil atau menggunakan pen atau pensil dengan betul.
- Mempunyai koordinasi tubuh badan yang lemah
Perkembangan Kognitif
- Berbual dengan orang lain dan rakan-rakan sebaya
- Berjenaka dan ketawa kepada jenaka orang lain
- Menyelesaikan masalah matematik yang mudah seperti: 1+1 dan 1+2
- Membaca perkataan dalam buku yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan
- Faham konsep masa yang berkait dengan masa silam, sekarang dan masa depan
- Berdebat untuk dapatkan apa yang dia nak
- Boleh kira ke belakang daripada 10 ke 1
- Faham arahan yang terdiri daripada tiga peringkat
- Mengingati dan mengulang semula kejadian yang baru terjadi
Tips Untuk Ibu Bapa
- Dapatkan mainan yang boleh membantu perkembangan kognitif anak anda
- Galakkan anak anda membaca
- Jadikan setiap aktiviti harian sebagai peluang untuk anak anda belajar
- Kerap bertanya soalan kepada anak anda yang tidak boleh dijawab dengan setakat “Ya” atau “Tidak”.
- Bawa anak anda ke perpustakaan awam dan ajar mereka bagaimana mencari buku yang mereka nak.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar benda baru
- Mengalami kesukaran mengira sampai 20
- Tak dapat membaca sebarang ayat yang mudah
Perkembangan Sosial dan Emosi
- Boleh membuat rakan-rakan baru
- Tantrum hilang atau kurang kerap
- Kerap menggunakan kata-kata untuk menjelaskan perasaan mereka
- Ingin menggembirakan anda
- Mula menjadi malu dalam sesetengah situasi, seperti menyanyi depan orang asing
- Suka bermain berseorangan kadang-kadang
Tips Untuk Ibu Bapa
- Galakkan anak anda untuk sertai sukan berkumpulan
- Apabila anak anda marah, sedih atau kecewa, tunjukkan bahawa anda peduli tentang perasaan mereka.
- Ajar anak anda adab yang baik dan untuk hormati semua orang
- Bawa anak anda bersosial dengan kanak-kanak lain tapi jangan memaksa mereka jika mereka ingin berseorangan
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tidak boleh berkawan baik dengan kanak-kanak lain
- Masih ada tantrum kerap dan sukar mengawal emosi
- Sentiasa ingin berseorangan dan mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Menyampuk apabila orang dewasa sedang berbual
- Belajar dan hafal 5-10 perkataan setiap hari
- Pandai menggunakan kata ganti
- Bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat
- Mengugut atau berjanji
- Menceritakan semula cerita yang mudah
- Kenal pasti huruf besar atau huruf kecil
- Faham buku dibaca daripada kiri ke kanan, atas ke bawah
- Cuba mengeja dengan kuat sambil menulis
Tips Untuk Ibu Bapa
- Tunjukkan contoh yang baik kepada anak anda, bercakap dengan sopan dan hormati orang lain.
- Berikan buku dan bahan bacaan sebagai hadiah kepada anak anda.
- Kenalkan anak anda kepada perkataan baru setiap hari
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagap atau mengalami kesukaran bercakap
- Susah fahami perkataan baru
- Tak boleh menyusun ayat yang mudah
Perkembangan Nutrisi
- Anak anda memerlukan 1200-2000 kcal sehari dan air masak yang cukup.
Jumlah sajian yang dicadangkan:
- 0.5 cawan protein
- 0.75 cawan bijirin
- 2.5 cawan susu
Tips Untuk Ibu Bapa
- Bawa anak anda ke doktor gigi untuk membuat pemeriksaan.
- Kenalkan anak anda kepada pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan daging untuk nutrisi yang seimbang.
- Elakkan memberi anak anda air berkarbonat dan cadangkan jus buah-buahan.
- Sediakan snek berkhasiat untuk anak anda seperti kacang, buah-buahan, lobak dan saderi.
Vaksin dan Penyakit Kerap
Pada usia ini, anak anda telah lengkap mendapat perlindungan vaksin sepenuhnya. Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.
Baca juga: 7 Tahap Perkembangan Anak Usia 2 Tahun, Adakah Anak Anda Lengkap Semua?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!