X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mudah & Menyeronokkan, Ini 12 Cara Mengajar Anak Menguasai Matematik Di Rumah

5 min bacaan
Mudah & Menyeronokkan, Ini 12 Cara Mengajar Anak Menguasai Matematik Di Rumah

Belajar matematik boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi anak kecil jika ibu ayah menggunakan beberapa kaedah praktikal dan berkesan di rumah

Belajar Matematik sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi jika ibu ayah menggunakan cara mudah dan berkesan untuk difahami. Anda digalakkan mendedahkan anak-anak dengan angka seawal usia mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.

Untuk mengajar anak kecil, perlu tahu caranya kerana ia tidak sama dengan anak yang sudah bersekolah. Justeru kami kongsikan 12 teknik mengajar si manja dengan ilmu matematik di rumah.

Teknik belajar matematik dengan mudah dan berkesan

anak belajar matematik

credit to sources

1. Batang aiskrim + pengepit baju

Untuk mengajar anak kecil yang baru berusia 2 hingga 4 tahun tentang nombor dan susunannya, anda boleh menggunakan batang aiskrim. Lukis sebarang objek menarik dan klipkan pengepit baju berwarna-warni berserta label nombor.

Untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, minta si kecil anda sendiri melukisnya. Ia tidak perlu kelihatan sempurna atau cantik, cukup sekadar mudah difahami dan dikira.

2. Belajar matematik dengan kertas + pen + snek

Cara ajar matematik yang seterusnya ini juga mudah untuk dicuba di rumah. Apa yang anda boleh lakukan adalah melukis bulatan dan label nombor. 

Minta si kecil susun snek kegemarannya pada kertas tersebut. Sambil meletak, minta anak menyebut nombor dengan suara yang kuat agar dapat mengingatinya.

3. Kertas + pensel warna + alat muzik

Selain ilmu matematik, anak anda juga boleh belajar muzik dengan cara yang menyeronokkan ini.

Letakkan label nombor pada kekunci di piano atau xylophone dan minta anak anda untuk mengetuk kekunci berdasarkan nombor yang anda sebut.

Makin selalu dibuat, semakin cepat anak anda mengingati nombor. Seronok, kan?

4. Kertas + barangan kraftangan

cara ajar anak matematik

credit to sources

Lagi satu cara ajar matematik yang sesuai untuk anak kecil adalah dengan menggunakan seni. Berikan si kecil anda kertas yang telah dilukis objek pokok berserta nombor.

Mintanya letakkan kertas berwarna atau bebola kecil warna-warni pada objek mengikut label nombor yang ditulis di sebelahnya.

5. Lantai rumah + kapur

Kalau anda sejenis ibu ayah yang sempoi dan tidak kisah untuk “menconteng” sedikit lantai rumah anda, anda boleh menggunakan cara ajar matematik yang seterusnya ini.

Lukis nombor pada lantai dan buatkannya seolah-olah mainan “ting-ting”, atau hopscotch.

Kemudian, biarkan anak melompat-lompat sambil menyebut nombor yang dipijaknya. Anak dapat bermain dengan gembira sambil belajar matematik!

6. Marshmallow + dadu + kertas

mashmallow kertas dadu

Dadu dan mashmallow juga boleh anda gunakan dalam usaha untuk membuatkan anak cepat menguasai nombor. Untuk membuatkan pengajaran matematik kurang membosankan, minta anak anda untuk membaling dadu.

Berdasarkan nombor yang diperolehinya, minta si kecil menyusun bilangan marshmallow di atas kertas hiasan (contohnya, kertas berbentuk cawan).

7. Pen marker + cawan polisterin

Apabila sudah menguasai nombor, kini anak boleh mula belajar tambah dan tolak. Untuk memastikan pembelajaran kekal menyeronokkan, mari kita gunakan objek menarik.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Contohnya, cawan polisterin. Susun beberapa cawan dan tulis nombor serta operasi yang ingin anda ajarkan pada anak anda. Mintanya menulis jawapan pada cawan tersebut.

8. Kertas dengan lukisan objek menarik + bebola kecil

Selain dengan menggunakan cawan, anda boleh melukis objek menarik pada kertas. Buat juga dua kotak yang berisi nombor yang perlu dicongakkan.

Minta si kecil anda letak bebola kecil dan gabungkan semua bebola dalam objek besar (contohnya, gambar snowman).

Melalui bantuan visual dan pembelajaran interaktif sebegini, anak anda pasti cepat faham bagaimana caranya untuk menambah dan menolak nombor.

9. Bebola kecil + klik berbentuk buaya

teknik mengajar matematik

Bagaimana pula jika kita mahu anak kecil kita membezakan mana satu nombor yang besar dan mana satu nombor yang kecil?

Buatkan klip berbentuk mulut buaya menggunakan kertas. Kemudian ajar anak anda secara visual dengan menyusun bebola kecil.

Bukaan mulut buaya akan sentiasa terbuka ke arah nombor yang besar. Ia membantu anak anda untuk cepat faham dan mudah mengingatinya.

10. Pen marker + kertas berwarna + pepaku payung (thumbtack)

Untuk mengajar anak kecil anda mengetahui cara untuk melihat masa, ia memerlukan sedikit kreativiti daripada anda. Menggunakan kertas warna, buatkan objek jam yang besar. Kemudian, lukis nombor pada jam dan buatkan juga jarum jam.

Jangan lupa untuk melabel jarum (jam & minit) dan lekatkan pada muka jam dengan menggunakan pepaku payung, atau thumbtack.

Ajar anak anda tentang jam dan minit dengan menggerak-gerakkan jarum tersebut. Pasti mereka terhibur!

11. Epal + pisau

Pecahan merupakan satu bidang matematik yang mungkin sedikit rumit untuk dipelajari oleh anak kecil.

Untuk memudahkan anak anda membayangkannya, potong sebiji buah epal kepada separuh (1/2) dan suku (1/4). Sambil memotong, terangkan pada anak anda dan mintanya mengulang apa yang difahaminya.

12. Pen marker + kertas berwarna

Apabila anak sudah mahir pecahan dan melihat masa, gabungkan kedua-dua ilmu ini. Sekali lagi, gunakan bantuan kertas berwarna untuk membuat objek jam yang besar.

Labelkan nombor pada muka jam dan letakkan juga nombor pecahan pada bahagian belakangnya. Lipatkan jam untuk menunjukkan pecahan. Seterusnya, ajar anak tentang jam dan minit dengan bantuan nombor yang telah anda lukiskan.

Kredit foto: Azzyati Azmi, google images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: PKPB Kali Ini Ibu, Ayah Boleh Ajar Anak Faham Sifir Dengan Kaedah Gigi, Mudah Je!

Baca juga: Sementara Tengah PdPR Ni, Jom Ikuti Teknik Mudah Ini Untuk Anak Hafal Sifir!

Baca juga: Tips Untuk Mengajar Matematik

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Mudah & Menyeronokkan, Ini 12 Cara Mengajar Anak Menguasai Matematik Di Rumah
Kongsikan:
  • Tips Untuk Mengajar Matematik

    Tips Untuk Mengajar Matematik

  • Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini

    Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Tips Untuk Mengajar Matematik

    Tips Untuk Mengajar Matematik

  • Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini

    Anda Adalah Guru Anak Anda - Dan Anda Harus Mengajarnya Dua Pelajaran Ini

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.