X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!

4 min bacaan
Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!

Ibu bapa pasti pening mencari aktiviti untuk anak dalam masa PKPB ini.Antara yang boleh dibuat adalah praktikkan cara mudah hafal sifir dan faham konsepnya.

Anak-anak sudahpun mula sesi persekolahan jadi tidak salahkan jika anda mula mempraktikkan cara mudah hafal sifir agar mereka tidak ketinggalan. Ramai anak-anak memang tidak gemar subjek Matematik kerana ia sedikit sukar.

Benar, lain budak lain caranya. Ada yang sekali ajar sudah faham dan ingat semuanya, ada pula yang sedikit liat untuk menerima pembelajaran baru.

Sebenarnya ada cara lain untuk mengajar anak cara mudah hafal sifir yang bukan sahaja mereka dapat ingat dengan cemerlang bahkan lebih memahami konsep sifir secara menyeluruh.

Dalam artikel ini, anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang:

  • Cara belajar sifir gigi kaedah cikgu
  • Tip untuk anak anak pandai matematik

Cara Mudah Hafal Sifir Agar Anak-Anak Lebih Faham

cara mudah hafal sifir

Kredit foto: Nor Syaqiera Adni

Seperti dikongsikan seorang guru matematik ini, Nor Syaqiera Adni beliau berkongsi mengenai cara untuk mengajar anak faham sifir. Jadi ibu bapa bolehlah gunakan cara ini di rumah.

Dua minggu anda ada masa untuk ajar mereka, cubalah, mana tahu menjadi kan? Ini antara perkara yang dikongsikan guru itu:

Sifir Tanpa Hafal – Kaedah Gigi

Ramai anak-anak akan suka guna kaedah ini. Tak perlu hafal, hanya lukis dan kira gigi yang comel. Perkara terpenting dalam sifir ialah faham. Bila kita dah mula beri cara mudah, lama kelamaan, sifir itu akan hidup dalam otak anak kita.

Melalui kaedah gigi ini, anak akan lebih senang nampak dengan jelas konsep sifir. Apa konsep sifir tu? Penambahan berulang-ulang jawapannya.

Bila anak jelas dengan konsep, maka akan keluarlah sifir secara spontan dari mulut mereka. Jemput share, biar anak-anak kita sedar yang sifir ni senang je.

Syaqiera Adni,

Fahamkan sifir, semuanya akan jadi mudah.

**Cuba try test buat pada anak-anak. Have fun.

Menurutnya, konsep sifir adalah penambahan berulang-ulang jadi jika anak jelas dengan konsep sifir maka mudahlah mereka untuk memahaminya tanpa perlu menghafal pun. Tak salah pun nak hafal, tetapi bila faham lagi mudah. 

Cara Belajar dengan Konsep Sifir Gigi

Ini caranya belajar dengan sifir gigi menurut cikgu berkenaan:

  1. Lukiskan gambar muka atau buat bulatan dan lukiskan mata seperti dalam gambar atau ikut kreativiti anda
  2. Lukiskan rambut (rambut perlulah mengikut bilangan sehingga yang anda mahu anak ingat atau faham seperti 1-10)
  3. Selepas lukiskan rambut lukiskan mulut dan gigi (mengikut bilangan sifir yang mahu diajar) jika sifir dua, lukis dua gigi sahaja jika sifir empat lukiskan empat batang gigi sahaja.
  4. Kirakan bermula dengan gigi. Jika sifir dua, cara kiraan gigi adalah satu, dua. Dan tuliskan nombor dua pada rambut pertama.
  5. Seterusnya teruskan gandaan iaitu tiga empat, tuliskan empat pada rambut kedua. dan seterusnya. Anak akan faham bahawa sifir adalah penambahan berulang-ulang.
  6. Selamat mencuba!

5 Tip Hebat untuk Anak Pandai Matematik

cara mudah hafal sifir

Untuk melatih anak pandai matematik ada perkara yang perlu anda praktikkan pada mereka. Anda boleh cuba cara ini:

#1. Aktifkan pergerakan mereka

Ini kerana menyebabkan otak mereka mudah peka dan berkembang cepat. Bawa meraka buat aktiviti luar seperti berjoging di taman atau bawa mereka buat aktiviti yang banyak menggunakan anggota fizikal dan mental sekaligus boleh mengaktifkan otak mereka.

#2. Gubah lagu (unsur matematik)

Menarik minat mereka dan melazimkan dengan nombor. Boleh saja nyanyikan lagu dengan mereka yang membantu untuk mengajar mereka mengenai nombor dan sebagainya. 

#3. Ajar anak melihat jam

Supaya mereka mengenal nombor dan tahu fungsi jam. Jangan anggap dia kecil dia tak perlu tahu mengenai waktu, cuba ajarkan mereka.

#4. Ajar anak menabung

Secara tidak langsung mereka belajar untuk mengira duit mereka. Ajar anak untuk menabung akan mengajar mereka dan mendedahkan mereka cara mengira duit. Kemahiran mengira duit amat penting kerana mereka akan gunakan dalam kehidupan seharian mereka nanti.

#5. Kaitkan persekitaran dengan nombor

cara mudah hafal sifir

Sebagai contoh. Apabila ibu-ibu menaiki tangga. Suruh anak-anak mengira berapa anak tangga yang dinaiki. Jika menaiki kenderaan bersama boleh kira berapa kenderaan dengan warna yang sama. Kreatifkan cara anda mengajar mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Nor Syaqiera Adni, montessoriestoys

Baca juga: Nak Anak Selalu Bertanya & ‘Ringan’ Mulut? Ibu Ini Kongsi Petuanya Untuk Anak Cepat Bercakap Yang Pasti Menjadi!

Baca juga:  8 Kesilapan Biasa Ibu Bapa Membuat Apabila Membesarkan Anak Dwibahasa

Baca juga: Anak Cakap Dia Tidak Suka Membaca? Tiru Cara Memupuk Minat Membaca Ini, No #6 Paling Penting!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Sekolah rendah
  • /
  • Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!
Kongsikan:
  • Sementara Tengah PdPR Ni, Jom Ikuti Teknik Mudah Ini Untuk Anak Hafal Sifir!

    Sementara Tengah PdPR Ni, Jom Ikuti Teknik Mudah Ini Untuk Anak Hafal Sifir!

  • Gagal Jawab Soalan Matematik, Guru Naik Angin Denda Pelajar Perempuan Sampai Mati

    Gagal Jawab Soalan Matematik, Guru Naik Angin Denda Pelajar Perempuan Sampai Mati

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Sementara Tengah PdPR Ni, Jom Ikuti Teknik Mudah Ini Untuk Anak Hafal Sifir!

    Sementara Tengah PdPR Ni, Jom Ikuti Teknik Mudah Ini Untuk Anak Hafal Sifir!

  • Gagal Jawab Soalan Matematik, Guru Naik Angin Denda Pelajar Perempuan Sampai Mati

    Gagal Jawab Soalan Matematik, Guru Naik Angin Denda Pelajar Perempuan Sampai Mati

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.