Setiap anak mempunyai cara pembelajaran berbeza iaitu auditori, visual dan kinestetik. Kinestetik maksud adalah gaya pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan pengalaman secara langsung. Jika anak anda suka bergerak dan sukar duduk diam ketika belajar, mereka mungkin pelajar kinestetik!
Jom fahami gaya ini dan cara membantu mereka belajar dengan lebih efektif.
Gaya Pembelajaran Auditori, Visual & Kinestetik
Sebelum kita bincangkan kecenderungan kinestetik, jom kenali dulu pelbagai jenis gaya pembelajaran yang boleh dikategorikan kepada tiga jenis utama:
1. Auditori
- Belajar dengan mendengar dan berbincang.
- Lebih mudah menghafal melalui lagu atau irama.
- Suka mendengar bacaan kuat atau ulang kaji secara lisan.
2. Visual
- Mudah memahami melalui gambar, carta atau video.
- Suka melihat ilustrasi dan warna-warni untuk lebih fokus.
- Lebih mudah mengingat sesuatu dengan membaca.
3. Kinestetik
- Belajar dengan menyentuh, bergerak dan melakukan aktiviti fizikal.
- Sukar duduk diam dalam tempoh yang lama.
- Lebih mudah memahami sesuatu konsep dengan membuat eksperimen atau aktiviti praktikal.
-
Kinestetik Maksud
Secara mudahnya, kinestetik maksud merujuk kepada gaya pembelajaran yang menekankan pergerakan fizikal sebagai cara utama untuk memahami sesuatu.
Pelajar kinestetik cenderung belajar dengan lebih baik apabila mereka dapat menyentuh, bergerak atau mengalami sesuatu secara praktikal.
Sebagai contoh, mereka lebih mudah memahami konsep sains melalui eksperimen, belajar matematik dengan blok atau objek fizikal dan menghafal fakta dengan pergerakan tangan atau tubuh.
Ciri-Ciri Anak Kinestetik
Bagaimana nak tahu jika anak anda seorang kinestetik? Berikut adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:
1. Sukar Duduk Diam
Kanak-kanak ini sering gelisah dan sukar untuk duduk diam dalam jangka masa yang lama. Mereka mungkin suka menggoyangkan kaki, bermain dengan pensil atau mencari sesuatu untuk dipegang ketika belajar.
Ini bukan kerana mereka tidak fokus, tetapi kerana pergerakan membantu mereka menyerap maklumat dengan lebih baik.
2. Belajar Melalui Sentuhan & Pengalaman Praktikal
Mereka lebih mudah memahami sesuatu konsep apabila dapat menyentuh, merasai atau mencuba sendiri.
Sebagai contoh, mereka mungkin lebih cepat memahami konsep matematik dengan menggunakan blok kira-kira berbanding hanya membaca nombor di atas kertas.
3. Cenderung Aktif Dalam Sukan & Aktiviti Fizikal
Kanak-kanak kinestetik biasanya sangat aktif dan suka melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti berlari, menari, berenang atau bermain bola.
Mereka juga mungkin cenderung menyertai kelas seni pertahanan diri atau aktiviti lasak seperti memanjat dan berkhemah.
4. Suka Menggunakan Isyarat Tangan & Pergerakan Tubuh Ketika Berbual
Mereka sering menggunakan tangan atau gerakan badan untuk menjelaskan sesuatu.
Jika mereka sedang menceritakan sesuatu yang menarik, tangan mereka akan turut bergerak seolah-olah mereka sedang menunjukkan sesuatu kepada anda.
5. Cepat Bosan Dengan Kaedah Pembelajaran Tradisional
Pelajar kinestetik kurang gemar hanya duduk diam mendengar ceramah atau membaca buku teks tanpa aktiviti tambahan.
Mereka mungkin kelihatan mudah terganggu atau hilang fokus jika sesi pembelajaran terlalu pasif dan tidak melibatkan interaksi fizikal.
Kelebihan Gaya Pembelajaran Kinestetik
Anak dengan gaya pembelajaran ini mempunyai banyak kelebihan! Antaranya:
- Daya Ingatan Yang Kuat. Mereka mudah mengingati sesuatu yang mereka lakukan secara fizikal.
- Cepat Menyesuaikan Diri Dengan Situasi Baru. Lebih fleksibel dalam menyesuaikan diri kerana mereka biasa belajar melalui pengalaman.
- Lebih Kreatif & Inovatif. Mereka gemar meneroka dan mencuba kaedah baru dalam menyelesaikan masalah.
- Bersemangat & Bertenaga. Gaya pembelajaran ini menjadikan mereka lebih aktif dan kurang tertekan dalam proses pembelajaran.
Cara Ibu Bapa Menyokong Anak Dengan Gaya Pembelajaran Kinestetik
Jika anak anda seorang pelajar kinestetik, berikut beberapa cara yang boleh membantu mereka belajar dengan lebih efektif:
1. Gunakan Alat Pembelajaran Interaktif
Gunakan bahan pembelajaran yang melibatkan sentuhan dan pergerakan seperti kad imbasan, puzzle, model tiga dimensi atau mainan pendidikan.
Sebagai contoh, untuk mengajar mereka tentang sistem tubuh manusia, gunakan model badan manusia yang boleh dibuka dan ditutup untuk menunjukkan organ dalaman.
2. Libatkan Aktiviti Fizikal Dalam Pembelajaran
Jangan hadkan mereka untuk hanya duduk dan mendengar. Sebaliknya, biarkan mereka menggunakan pergerakan untuk membantu mereka memahami sesuatu.
Contohnya, jika belajar perkataan baru dalam bahasa Inggeris, galakkan mereka melakonkan aksi berkaitan dengan perkataan tersebut.
3. Beri Ruang Untuk Berehat & Bergerak
Elakkan memaksa mereka untuk duduk diam terlalu lama kerana ini boleh membuatkan mereka hilang fokus. Sebaliknya, sediakan masa rehat yang mencukupi atau benarkan mereka berjalan-jalan seketika sebelum kembali belajar.
Ini boleh membantu mereka lebih fokus dan menyerap maklumat dengan lebih baik.
6. Gunakan Teknologi & Aplikasi Interaktif
Terdapat banyak aplikasi pendidikan yang direka khas untuk pelajar kinestetik seperti permainan pembelajaran interaktif yang memerlukan mereka untuk melibatkan diri secara fizikal.
Contohnya, aplikasi yang menggunakan realiti maya (VR) boleh membantu mereka ‘merasai’ sesuatu konsep dengan lebih mendalam.
7. Galakkan Pembelajaran Secara Bermain
Permainan adalah salah satu cara terbaik untuk pelajar kinestetik belajar kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan pengalaman langsung.
Permainan seperti teka-teki, permainan memori atau aktiviti luar seperti mencari harta karun boleh menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.
Setiap kanak-kanak mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, dan memahami kinestetik maksud membantu ibu bapa menyesuaikan cara pembelajaran anak mereka dengan lebih baik.
Jika anak anda suka bergerak ketika belajar, jangan risau! Sokong mereka dengan kaedah yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
Pembelajaran tidak semestinya hanya duduk dan membaca buku. Dengan pendekatan yang betul, anak kinestetik boleh belajar dengan lebih berkesan dan menikmati proses pembelajaran mereka!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Masalah Disleksia Mungkin Punca 27% Murid Darjah Satu Tidak Boleh Membaca
Baca juga: Kelas Koding Untuk Anak, Galakkan Pembelajaran Awal STEM! Ini 10 Kelas Koding Terbaik Untuk Si Kecil
Baca juga: Penguasaan Matematik Menjadi Seronok: 8 Tips Berjaya Daripada Sandra Lim, Pengasas Math Nuggets
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!